BTC USD 83,356.5 Gold USD 4,124.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

[ISU ROHINGNYA] Rohingya Genocide Remembrance Day | August 25

Pengkritik ragu-ragu perkembangan di Rakhine

04gomez.transformed_0.jpg

Pengarah Amnesty International Asia Tenggara, James Gomez.
SINGAPURA: Satu panel penasihat pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi berhubung krisis Muslim Rohingya di Rakhine berkata semalam, ia berpuas hati dengan beberapa perkembangan yang dicapai.

Namun sebaliknya, kumpulan hak asasi, Amnesty International memberi amaran kepada anggota panel supaya berhati-hati, bimbang digunakan bagi melindungi dakwaan pembunuhan beramai-ramai etnik minoriti terbabit.

Lembaga penasihat antarabangsa dilantik Suu Kyi terbabit dalam kontroversi selepas diplomat veteran Amerika Syarikat (AS) Bill Richardson secara dramatik menarik diri daripada panel itu Januari lalu, mengatakan beliau enggan membantu 'menghalalkan' krisis itu.

Dalam satu mesyuarat kedua di republik ini semalam, kumpulan itu menawarkan beberapa cadangan kepada kerajaan Myanmar sambil memuji beberapa 'perkembangan positif'.

Perkembangan terbaharu termasuk perjanjian antara kerajaan Myanmar dan dua badan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) iaitu Program Pembangunan PBB dan Pesuruhjaya Tinggi Pelarian PBB (UNHCR) yang setakat ini dikecualikan daripada proses kepulangan Rohingya yang terhenti.

Kenyataan hanya berkata, perjanjian itu mungkin ditandatangani 'dalam masa terdekat.'

Dalam satu senarai cadangan, panel itu menggesa Myanmar mewujudkan satu jawatankuasa untuk menyiasat penderaan hak asasi di Rakhine, membangunkan strategi antikeganasan dan memperbaiki kemudahan kesihatan.

Namun kumpulan hak asasi memberi amaran, lembaga itu berada dalam bahaya kerana berkhidmat melindungi sebuah kerajaan yang enggan bekerjasama dengan penyiasat PBB atau mengutuk tentera yang dituduh melancarkan kempen pembersihan etnik.

"Anggota Lembaga Penasihat Rakhine seharusnya tidak membenarkan diri mereka digunakan sebagai perisai bagi melindungi jenayah tentera di Myanmar," kata Pengarah Amnesty International Asia Tenggara, James Gomez. -AFP

https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2018/04/407378/pengkritik-ragu-ragu-perkembangan-di-rakhine
 
Kanada digesa terima pelarian Rohingya

04bob2.transformed.jpg

Duta Khas Kanada ke Myanmar, Bob Rae bercakap semasa sidang akhbar di Ottawa, Ontario, Kanada. - Foto REUTERS
OTTAWA: Kanada perlu mengambil pelarian Rohingya dan menggesa negara lain berbuat demikian, kata wakil khas Perdana Menteri, Justin Trudeau ke Myanmar, semalam.

Wakil khas berkenaan, Bob Rae, dalam misi pencarian bukti ke Bangladesh dan Myanmar, turut menggesa Ottawa meningkatkan bantuan kemanusiaan kepada etnik Rohingya, menyasar pihak yang melanggar hak asasi manusia dengan sekatan dan mengumpul serta melindungi bukti untuk perbicaraan mungkin akan datang.

"Kanada seharusnya memberi isyarat kesediaan mengalu-alukan pelarian daripada etnik Rohingya di kedua-dua Bangladesh dan Myanmar serta menggalakkan perbincangan di kalangan negara berfikiran sama untuk melakukan tindakan serupa," kata Rae pada satu sidang media.

04bob1.transformed.jpg

Penduduk Islam minoriti Rohingya berkumpul di sempadan Myanmar yang dipagari dawai berduri di daerah Maungdaw, Rakhine, Bangladesh pada 18 Mac 2018. - Foto AFP

Ketika ini, beliau menganggarkan bantuan tahunan berjumlah C$150 juta (RM454.02 juta) diperlukan dalam tempoh empat tahun akan datang untuk menyediakan bantuan, pendidikan dan menyokong infrastruktur di lebih 12 kem pelarian di Bangladesh berhampiran sempadan Myanmar.

Trudeau mengalu-alukan laporan itu, mengatakan pentadbirannya dalam tempoh beberapa minggu akan datang bersedia menilai cadangan dan menggariskan langkah lanjut yang bakal diambil.

Tentera Myanmar memaksa kira-kira 700,000 Muslim Rohingya keluar dari Rakhine dan menyeberangi sempadan ke Bangladesh sejak Ogos lalu dalam tindakan keras bersamaan pembersihan etnik. - AFP


https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2018/04/407363/kanada-digesa-terima-pelarian-rohingya
 
56 pelarian Rohingya dibawa ke Pusat Tahanan Sementara Belantik

41522820696_Rohingya.jpg

KUALA KEDAH: Selepas menempuhi perjalanan lebih dua minggu, kesemua 56 pelarian Rohingya akhirnya mendarat di Terminal Penumpang Feri, Kuala Kedah, semalam.

Kumpulan pertama terdiri daripada 17 wanita dewasa, 12 kanak-kanak perempuan dan lapan kanak-kanak lelaki serta seorang lelaki dewasa dibawa dengan menaiki kapal Maritim Sugul kira-kira 7.45 petang.

Selebihnya 19 lagi lelaki Rohingya dewasa dari kumpulan pelarian itu tiba di Kuala Kedah kira-kira 30 minit kemudian dengan bot kayu yang dipintas oleh pihak berkuasa Malaysia.
Menurut Pengarah Maritim Wilayah Utara, Laksamana Pertama Maritim, Rozali Mohd Said, kesemua pelarian yang berusia antara dua hingga 46 tahun itu berada dalam keadaan keletihan selepas mengharungi pelayaran yang panjang.

"Kita sedang mengambil maklumat lagi allhamdulillah kita berjaya membawa mereka ke Kuala Kedah. Kita menghadapi sedikit masalah komunikasi untuk mendapatkan maklumat mereka," katanya kepada pemberita di sini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Imigresen Kedah, Zuhair Jamaludin berkata, kesemua pelarian itu dibawa ke Pejabat Imigresen di Anak Bukit untuk tindakan lanjut.

Katanya, kesemua pelarian Rohingya itu akan dibawa ke Depoh Tahanan Sementara di Belantik, Sik hingga siasatan selesai.

"Setakat ini, kita akan menunggu maklumat lanjut daripada pihak Maritim Malaysia sebelum tindakan lanjut," katanya.

Dalam operasi pagi semalam, pihak berkuasa Malaysia terdiri dari aset Maritim Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Pasukan Polis Marin yang ditugaskan membuat rondaan telah memintas bot itu pada kedudukan 0.1 batu nautika dari Pulau Nyior Setali berhampiran Pulau Tuba kira-kira jam 9.30 pagi.

Pihak Maritim Malaysia memberi bantuan awal seperti makanan, minuman serta bantuan perubatan yang diperlukan kumpulan pelarian tersebut sebelum mereka dibawa ke markas Maritim Malaysia di Bukit Malut, Langkawi dan dipindahkan ke Kuala Kedah untuk diserahkan kepada Jabatan Imigresen.

http://www.astroawani.com/berita-ma...wa-ke-pusat-tahanan-sementara-belantik-172050
 
Bangladesh tetapkan Jun hantar pelarian Rohingya ke pulau

image.jpg

Kanak-kanak etnik Rohingya yang melarikan diri daripada keganasan di Rakhine berjalan berhampiran sempadan Myanmar. - Reuters
DHAKA 4 April - Bangladesh akan mula memindahkan kira-kira 100,000 pelarian Rohingya ke sebuah pulau terpencil, Bhashan Char di Teluk Bengal, pada minggu pertama Jun ini.

Setiausaha Pengurusan Bencana Bangladesh, Shah Kamal berkata, kem perlindungan untuk 50,000 pelarian telahpun dibina di pulau itu yang hanya diketahui kewujudannya pada 2006.

Kem pelarian lain dijangka akan siap sepenuhnya dalam tempoh dua bulan lagi.

Projek pemindahan pelarian itu mendapat kritikan hebat sejak diusulkan pada 2015 berikutan pulau itu yang terdedah kepada keadaan cuaca yang melampau. - AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/lua...rian-rohingya-ke-pulau-1.642000#ixzz5BlkzY0Z0
© Utusan Melayu (M) Bhd
 
Filipina sedia terima pelarian Rohingya

19duer.transformed_0.jpg

MANILA: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte berkata hari ini, `genosid' berlaku di Myanmar dan menyatakan kesediaan menerima pelarian Rohingya sambil menegaskan, Eropah juga perlu menghulurkan bantuan.

Kira-kira 700,000 penduduk Islam Rohingya lari dari Myanmar selepas operasi tentera di Rakhine pada 25 Ogos tahun lalu.

Duterte dalam satu ucapan di Istana Presiden menyuarakan simpati terhadap nasib pelarian Rohingya dan menyatakan negaranya bersedia menghulurkan bantuan.

"Saya benar-benar bersimpati dengan nasib penduduk di situ. Saya bersedia menerima pelarian Rohingya. Ya dan saya berharap Eropah juga turut melakukan perkara sama," katanya.

Duterte juga mengkritik masyarakat antarabangsa kerana tidak mampu menyelesaikan masalah di Myanmar.

"Isu Rohingya juga tidak dapat mereka selesaikan. Berlaku genosid di sana," jelasnya.

Sementara itu, Myanmar menolak dakwaan berlakunya penghapusan etnik di negara itu dan jurucakap kerajaan, Zaw Htay berkata, komen Duterte tidak mencerminkan keadaan sebenar.

"Beliau tidak tahu apa-apa mengenai Myanmar. Ini adalah sikap biasa individu yang suka bercakap mengenai apa sahaja," tegasnya. - Reuters

https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2018/04/408211/filipina-sedia-terima-pelarian-rohingya
 
Penempatan semula pelarian Rohingya bermula Jun

image.jpg

Pelarian Rohingya di kem sedia ada terdedah kepada risiko tanah runtuh dan banjir.
DHAKA - BANGLADESH. Kerajaan Bangladesh mengumumkan projek penempatan semula kira-kira 100,000 pelarian Rohingya ke sebuah pulau terpencil di selatan negara itu akan bermula pada bulan Jun, walaupun terdapat amaran kawasan tersebut terdedah kepada ancaman cuaca buruk.

Setiausaha Kawalan Bencana Bangladesh, Shah Kamal memberitahu agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pusat perlindungan untuk hampir 50,000 pelarian telah siap dibina di Bhashan Char dan baki penempatan yang lain akan disiapkan dalam tempoh dua bulan.

“Projek penempatan semula akan bermula pada minggu pertama bulan Jun,” kata Kamal berhubung projek yang menerima kecaman hebat sejak diperkenalkan pada 2015.

“Kami membina tempat tinggal untuk 100,000 orang,” katanya sambil menambah pihak tentera laut bakal membina lebih 1,440 pusat perlindungan besar untuk pelarian menjelang 31 Mei.

Tentera laut turut membina benteng di sekeliling pulau itu sebagai persediaan menghadapi cuaca buruk.

Kamal berkata proses penempatan semula tersebut akan dijalankan secara sukarela, pelarian di kem sedia ada yang terdedah kepada risiko tanah runtuh dan banjir kilat ketika monsun yang bakal tiba Jun nanti turut diberi keutamaan untuk menduduki pulau kecil itu.

Ramai pelarian Rohingya menentang rancangan tersebut dan mendakwa pulau terpencil itu tidak selamat untuk diduduki, namun pihak berkuasa yakin dapat memujuk sebahagian besar mereka untuk berpindah. AFP

http://www.sinarharian.com.my/global/penempatan-semula-pelarian-rohingya-bermula-jun-1.818902
 
kenapa x cabar je Myanmar dgn ketenteraan..
biar tentera PBB dibenarkan bukak pusat kawalan tentera di Rakhine..
 
5 pelarian Rohingya maut hanyut di lautan

07BADA.transformed.jpg

LIMA pelarian Rohingya yang terkandas hampir tiga minggu di tengah laut berjaya diselamatkan sekumpulan nelayan Indonesia, semalam. - Foto AFP
BANDA ACEH: Lima pelarian Rohingya yang terkandas hampir tiga minggu di tengah laut berjaya diselamatkan sekumpulan nelayan Indonesia, semalam.

Ketua Misi Mencari dan Menyelamat Aceh Timur, Abdul Musafir, berkata semua pelarian itu pada awalnya terdiri daripada 10 orang, namun lima daripadanya meninggal dunia akibat kebuluran dan mayat mereka terpaksa dibuang di tengah laut.

Menurut beliau, operasi menyelamat itu dilakukan beberapa hari selepas sekumpulan pendatang Rohingya tiba di Malaysia.

"Kumpulan yang diselamatkan nelayan kami itu terdiri daripada dua lelaki berusia 28 dan 38 tahun, seorang wanita berusia 20 tahun, remaja perempuan berusia 15 tahun dan kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun.

"Mereka dilihat berada dalam sebuah bot kecil di antara perairan Thailand dan Myanmar, kira-kira 325 kilometer dari wilayah Aceh," katanya.

Beliau berkata, semua pelarian itu dibawa pulang ke Aceh dan tiba awal pagi tadi.

"Kumpulan berkenaan memberitahu mereka bersama 24 pendatang Rohingya yang lain tetapi terpisah di pertengahan jalan dan terkandas kira-kira 20 hari di tengah laut.

"Lima rakan mereka meninggal dunia akibat kebuluran dan mayat mereka terpaksa dibuang di tengah laut," katanya. - AFP

https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2018/04/408542/5-pelarian-rohingya-maut-hanyut-di-lautan
 
Nelayan Indonesia selamatkan warga Rohingnya

71523052527_TBROHINGYALEMASIN.jpg

Antara warga Rohingya yang ditemui termasuk kanak-kanak berusia 8 tahun. (Foto AP)
IDI RAYEUK: Sekumpulan nelayan Indonesia pada Jumaat berjaya menyelamatkan lima warga Rohingya yang ditemui di perairan negara itu dalam keadaan lemah.

Kumpulan pelarian itu dipercayai telah hanyut di lautan selama 20 hari dengan menaiki sampan kecil sebelum memasuki perairan negara itu.

Tambah menyedihkan, lima lagi warga Rohingya yang bersama mereka difahamkan telah meninggal dunia ketika berada di tengah laut.

Panglima Angkatan Laut Tempatan H.B Arisanto berkata, bot mereka ditemui tanpa enjin dan kelima-lima mereka telah terputus bekalan makanan.

Pihak berkuasa Indonesia mengesahkan dua daripada yang diselamatkan adalah wanita dan seorang kanak-kanak berusia lapan tahun.

Serangan keganasan yang bermula pada tahun 2012 mendorong ribuan Rohingya Muslim untuk melarikan diri dari Myanmar, melalui laut, ke Thailand, Malaysia dan Indonesia.

Sementara itu, sekitar 300 orang daripada mereka dipercayai masih berlindung di Aceh, Indonesia.

http://www.astroawani.com/berita-dunia/nelayan-indonesia-selamatkan-warga-rohingnya-172301
 
Myanmar belum sedia terima Rohingya

ohnkluparlogn.transformed.jpg

PENEMPATAN Rohingya di kem Kutupalong, Bangladesh. - Foto AFP
YANGON: Myanmar belum bersedia menerima penghantaran pulang pelarian Rohingya, kata pegawai paling kanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang melawat negara itu tahun ini.

Ia berikutan dakwaan Myanmar melakukan pembersihan etnik dan mengakibatkan hampir 700,000 etnik Muslim itu melarikan diri ke Bangladesh.

"Daripada apa yang saya lihat dan dengar, tidak ada akses kepada perkhidmatan kesihatan, bimbang tiada perlindungan, tiada tempat tinggal adalah keadaan yang tidak kondusif untuk mereka kembali," kata Penolong Setiausaha Agung Hal Ehwal Kemanusiaan PBB, Ursula Mueller, selepas lawatan enam hari ke Myanmar.

Kerajaan Myanmar berjanji untuk melakukan yang terbaik dalam memastikan penghantaran pulang di bawah perjanjian yang ditandatangani dengan Bangladesh November lalu adalah adil, bermaruah dan selamat.

Myanmar setakat ini sudah mengesahkan beberapa ratus pelarian Muslim Rohingya untuk penghantaran pulang.

"Kumpulan itu akan menjadi kumpulan pertama pelarian dan boleh kembali ke Myanmar mengikut keselesaan mereka," kata seorang pegawai Myanmar pada bulan lalu.

Mueller diberikan akses yang jarang diberikan di Myanmar, termasuk kebenaran melawat kawasan paling terjejas di negeri Rakhine, dan bertemu dengan menteri serta pihak hal ehwal pertahanan sempadan, termasuk pemimpin de facto Aung San Suu Kyi dan pegawai awam lain.

Ratusan ribu umat Islam Rohingya melarikan diri berikutan tindakan keras tentera kerajaan 25 Ogos lalu di negara barat laut Rakhine.

Pelarian Rohingya melaporkan kejadian pembunuhan, pembakaran, rompakan dan rogol, sebagai tindak balas terhadap serangan militan kepada pasukan keselamatan. - Reuters

https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2018/04/409357/myanmar-belum-sedia-terima-rohingya
 
Back
Top
Log in Register