BTC USD 84,524.3 Gold USD 4,285.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

[ISU ROHINGNYA] Rohingya Genocide Remembrance Day | August 25

Myanmar benarkan kunjungan PBB

image.jpg

NEW YORK 3 April - Myanmar bersetuju untuk membenarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melawat negara itu selepas beberapa bulan menolak rancangan kunjungan badan tersebut.

Channel News Asia melaporkan, bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada delegasi PBB akan dibenarkan melawat negeri Rakhine yang merupakan pernah menjadi penempatan etnik Rohingya sebelum ini.

Duta Peru ke PBB, Gustavo Meza-Cuadra berkata, butiran kunjungan ke Myanmar belum dimuktamadkan termasuk sama ada kerajaan negara itu akan membenarkan PBB melawat Rakhine atau sebaliknya. - AGENSI

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/myanmar-benarkan-kunjungan-pbb-1.640610#ixzz5BZvrqkKy
© Utusan Melayu (M) Bhd
 
image.jpg

PELARIAN Rohingya seramai 56 orang dijangka tiba di Pulau Langkawi tidak lama lagi dan pihak Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mula membuka pusat operasi bagi memberi bantuan awal kepada pelarian wanita dan kanak-kanak. - REUTERS/Gambar hiasan




KUALA LUMPUR 2 Apr. - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) akan membuka pusat operasi di Langkawi bagi memberi bantuan awal terutama kepada kanak-kanak dan wanita pelarian Rohingya yang kini menuju ke perairan ke Malaysia.

Sebuah bot yang membawa sekurang-kurangnya 56 pelarian Rohingya dijangka tiba di Pulau Langkawi tidak lama lagi.

Menurut Presiden Mapim, Mohd. Azmi Abdul Hamid, pihaknya sedia bekerjasama dengan pihak keselamatan agar bantuan awal dapat dihulurkan sebaik sahaja mereka tiba.

“Kami telah mengarahkan para aktivitis di Langkawi untuk membuka pusat operasi sebagai persediaan.

“Masyarakat tempatan juga diharapkan dapat membantu pelarian itu apabila mereka dibenar masuk ke perairan negara,” katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Online.

Sebelum ini pihak berkuasa Thailand telah menahan bot pelarian itu dekat pelabuhan di Koh Lanta untuk membuat pemeriksaan.

Pelarian itu dikatakan mendarat dekat pelabuhan berkenaan bagi mengelak terperangkap dalam ribu di tengah laut.

Sementara itu, semalam Utusan Online melaporkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah meningkatkan rondaan di perairan Langkawi bagi mengesan kehadiran bot yang membawa pelarian Rohingya itu. - UTUSAN ONLINE










sumber: http://www.utusan.com.my/berita/nas...at-operasi-di-langkawi-1.640115#ixzz5BVWNAjN2









.

xlama lg betambah suku kaum di msia ni...

otw dh ye kapal tu?
 
FB jadi alat propaganda antiRohingya di Myanmar

04propa.transformed.jpg

MARK Zuckerberg mengakui laman sosial itu digunakan sebagai alat menyebarkan propaganda antiRohingya di Myanmar, lapor laman berita Channel News Asia (CNA) hari ini. - Foto Reuters
SINGAPURA: Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg mengakui laman sosial itu digunakan sebagai alat menyebarkan propaganda antiRohingya di Myanmar, lapor laman berita Channel News Asia (CNA) hari ini.

Bercakap kepada laman web berita Vox dalam temu ramah disiarkan semalam, Zuckerberg berkata, pihak tertentu cuba menggunakan Facebook untuk 'menghasut bahaya sebenar' di rantau itu.

Katanya, peranan Facebook sebagai sumber propaganda di rantau itu adalah sesuatu yang diberi banyak perhatian syarikatnya.

"Isu Myanmar mendapat banyak perhatian dalam syarikat. Saya teringat pada pagi Sabtu, saya mendapat panggilan telefon dan kami mengesan individu cuba menyebarkan mesej menghasut menerusi Facebook Messenger kepada setiap pihak dalam konflik.

"Mereka menyebarkan maklumat memaklumkan penduduk Islam, ada kebangkitan penduduk Buddha, justeru pastikan anda bersenjata dan pergi ke tempat tertentu. Begitu juga mesej sama disampaikan kepada pihak satu lagi.

"Ini jelas menunjukkan penduduk Myanmar menggunakan aplikasi kami untuk mencetuskan sesuatu yang berbahaya," kata Zuckerberg.

Dalam situasi seperti itu, sistem Facebook akan mengesan apa yang sedang berlaku dan menghentikan mesej daripada disampaikan, katanya.

Serangan pemberontak di Rakhine Myanmar menyebabkan tentera melaksanakan tindakan keras yang menjadi punca ratusan ribu etnik Rohingya lari ke Bangladesh dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan operasi itu sebagai 'pembersihan etnik secara jelas'.

"Antara cerita ngeri yang saya baca mengenai Facebook sejak setahun lalu ialah, ia menjadi sumber sebenar propaganda antiRohingya di Myanmar, justeru menjadi sebahagian aktiviti pembersihan etnik," kata pengacara Vox, Ezra Klein. -Agensi

https://www.bharian.com.my/dunia/as...-jadi-alat-propaganda-antirohingya-di-myanmar
 
Kanak-kanak Rohingya dibantu

image.jpg


KUALA LUMPUR 3 April-Pusat Bantuan Kemanusiaan Raja Salman dan Kedutaan Arab Saudi di Malaysia telah mengadakan majlis Pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) hari ini bagi memberi bantuan pendidikan kepada kanak-kanak Rohingya di negara ini.

Jurucakap Kedutaan Arab Saudi berkata, bantuan tersebut akan disalurkan secara terus kepada pelajar berkenaan kini menuntut di Sekolah Arab Kuala Lumpur menerusi program khas.

“Semua pelajar Rohingya yang berjumlah lebih 160 akan menerima pendidikan percuma di sekolah tersebut.Mereka akan belajar pelbagai subjek seperti Matematik, Sains, Bahasa Arab dan Bahasa Melayu bagi memasti-kan dapat menikmati pendidikan dengan sewajarnya,” katanya ketika ditemui dalam majlis tersebut di sini hari ini.

Majlis turut dihadiri Duta Arab Saudi di Malaysia, Mahmoud Hussein Qattan dan wakil Pusat Bantuan Kemanusiaan Raja Salman Yasser Alshehri. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kanak-kanak-rohingya-dibantu-1.640803#ixzz5BayyPkfE
© Utusan Melayu (M) Bhd
 
Bot bawa 56 pelarian Rohingya ditemukan di Langkawi

image.jpeg


image.jpeg

BOT kayu yang membawa 56 pelarian Rohingya termasuk kanak-kanak ditemui Maritim Malaysia (APMM), Tentera Laut Diraja Malaysia dan Pasukan Polis Marin di kedudukan 0.1 batu nautika Pulau Nyior Setali, Langkawi di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE/ IHSAN APMM
ALOR SETAR 3 April - Seramai 56 pelarian Rohingya dipercayai mereka yang dilepaskan oleh pihak berkuasa Thailand selepas berlindung dari ribut di Koh Lanta (Pulau Lanta) baru-baru ini, akhirnya tiba ke perairan negara pagi ini.

Pengarah Maritim Wilayah Utara, Laksamana Pertama Maritim Rozali Mohd. Said berkata, bot dinaiki pelarian itu ditemukan pada pukul 9.10 pagi di kedudukan 0.1 batu nautika dari Pulau Nyior Setali.

“Bot tersebut ditemukan oleh aset-aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan pasukan Polis Marin yang ditugaskan membuat rondaan bersama sejak semalam.

“Di dalam bot tersebut terdapat 19 lelaki dewasa, 17 perempuan dewasa, 12 kanak-kanak perempuan dan lapan kanak-kanak lelaki,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kelmarin agensi berita antarabangsa, AFP melaporkan, sebuah bot membawa berpuluh-puluh pelarian Rohingya yang menuju ke Malaysia berhenti seketika di wilayah Krabi, barat Thailand ekoran cuaca buruk.

Gabenor Krabi, Kitibodee Pravitra mengesahkan penumpang bot tersebut merupakan etnik Rohingya tetapi tidak mengetahui dari mana mereka datang dan mereka kemudiannya dibenarkan meneruskan perjalanan setelah disoal siasat.

Mengulas lanjut Rozali berkata, pihaknya memberi bantuan awal dengan memberikan mereka makan, minum serta bantuan perubatan diperlukan.

“Bot tersebut diiringi ke Jeti Kuala Kedah bagi diserahkan kepada Jabatan Imigresen negeri untuk tindakan lanjut kerana mereka memasuki negara ini tanpa dokumen perjalanan yang sah,” katanya. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/kom...-ditemukan-di-langkawi-1.640880#ixzz5BbBb6qeL
© Utusan Melayu (M) Bhd
 
Last edited:
Bot bawa 60 pelarian Rohingya dipintas

ffbd9686-2e4a-49aa-ae9d-0bd17007f7ac.transformed_0.jpg


d309a2fe-4e82-4e2c-a394-82d71acbdec0.transformed_0.jpg


0f0ab8cd-e2e9-4335-8074-1fbd34bec9a9.transformed_0.jpg


61450790-362f-44bd-bb41-3cc8a5d8fb9b.transformed_1.jpg


795c1a7a-87d9-4f86-a440-d087ebef20e1.transformed_1.jpg

ALOR SETAR: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menunda sebuah bot yang membawa 60 orang pelarian Rohingya dari Myanmar ke Markas agensi itu di Bukit Malut, Langkawi.

Difahamkan bot itu ditunda ke Markas berkenaan pagi tadi selepas dipintas di perairan utara berdekatan Pulau Langkawi.

Bot itu dipercayai mempunyai kaitan dengan sebuah bot membawa pelarian Rohingya yang sebelum ini terkandas di Thailand akibat cuaca buruk.

Kumpulan pelarian itu dilaporkan cuba masuk ke Malaysia untuk memohon perlindungan susulan keganasan di tanah air mereka di Myanmar.

Kelmarin, media melaporkan sebuat bot membawa sekurang-kurangnya 56 pelarian Rohingya terkandas di sebuah pulau di Thailand ketika dalam perjalanan ke Malaysia akibat cuaca buruk.

Bot yang sarat membawa penumpang lelaki, wanita dan kanak-kanak itu dipercayai berlabuh seketika di pantai barat Thailand berhampiran wilayah Krabi.

Beberapa gambar menunjukkan pelarian berkenaan ditemubual ketika berlabuh dan diiring kembali ke bot mereka sebelum berlepas.

Gabenor Krabi, Kitibodee Pravitra mengesahkan penumpang bot berkenaan adalah pelarian Rohingya tetapi tidak tahu dari mana mereka datang.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/04/407053/bot-bawa-60-pelarian-rohingya-dipintas
 
Last edited:
Musim monsun ancam pelarian Rohingya

04Cox%E2%80%99s_Bazar.transformed.jpg

SINGAPURA: Panel penasihat antarabangsa Myanmar mengenai isu Rohingya berkata, ketibaan musim monsun dijangka mengundang 'kadar kematian yang tinggi', memandangkan pembinaan struktur bangunan di kem pelarian di Bangladesh tidak mampu menahan ribut.

Kumpulan hak asasi itu berkata, kira-kira 700,000 pelarian, sebahagian besarnya penduduk Islam Rohingya meninggalkan Rakhine, Myanmar sejak Ogos lalu, bagi mendapatkan perlindungan di Cox's Bazar, Bangladesh.

Mereka kini tinggal di dalam khemah yang diperbuat daripada plastik dan bulu.

"Kita sekarang sedang mengejar masa kerana musim monsun bakal tiba.

"Ketika ini, kem penempatan sudah memuatkan hampir satu juta manusia dan ia tidak mampu menampung ketibaan musim monsun.

"Jika tiada usaha diambil untuk melaksanakan program penghantaran semula atau penyerahan bantuan, jumlah kematian yang dicatatkan mungkin besar," kata ketua lembaga sekretariat itu, Kobsak Chutikul dalam satu sidang media di sini.

Sementara itu, Bangladesh kini bertungkus-lumus menyiapkan kem penempatan baharu di pulau berhampiran, iaitu Bhasan Char selepas penangguhan perjanjian penghantaran semula pelarian antara kedua-dua negara, menjelang ketibaan Monsun akhir bulan ini. - Reuters

https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2018/04/407242/musim-monsun-ancam-pelarian-rohingya
 
Bot pelarian Rohingya diserah kepada Jabatan Imigresen

botrohingya1.transformed.jpg


apmagens.transformed.jpg

ALOR SETAR: Bot disyaki membawa 56 pelarian Rohingya yang dilaporkan belayar dari Thailand dua hari lalu, ditemui selamat oleh pihak berkuasa di Langkawi pada jam 9.10 pagi tadi.

Mereka ditemui pada kedudukan 0.1 batu nautika dari Pulau Nyior Setali berhampiran Pulau Tuba di sini, oleh aset Maritim Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Pasukan Polis Marin (PPM) yang ditugaskan membuat rondaan sejak semalam.

Pengarah Maritim Wilayah Utara, Laksamana Pertama Maritim Rozali Mohd Said, berkata seramai 19 lelaki, 17 wanita, 12 kanak-kanak perempuan dan lapan kanak-kanak lelaki berada di dalam bot berkenaan.

Beliau berkata, pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) memberi bantuan awal seperti makanan, minuman dan perubatan diperlukan.

"Bot itu kemudian diiring ke Jeti Kuala Kedah untuk diserahkan kepada Jabatan Imigresen Kedah bagi proses selanjutnya mengikut prosedur berikutan memasuki negara ini tanpa dokumen perjalanan yang sah.

"Pihak APMM amat memandang serius terhadap isu pencerobohan di seluruh perairan Malaysia. Namun atas dasar kemanusiaan, pelarian terbabit tetap diberi layanan baik dengan dihulurkan bantuan makanan, minuman dan perubatan," katanya.

Kelmarin, media melaporkan sebuat bot membawa sekurang-kurang 56 pelarian Rohingya terkandas di sebuah pulau di Thailand ketika dalam perjalanan ke Malaysia akibat cuaca buruk.

Bot yang sarat membawa penumpang lelaki, wanita dan kanak-kanak itu dipercayai berlabuh seketika di pantai barat Thailand berhampiran wilayah Krabi.

Beberapa gambar menunjukkan pelarian terbabit ditemu bual ketika berlabuh dan diiring kembali ke bot mereka sebelum berlepas.

Gabenor Krabi, Kitibodee Pravitra dilapor mengesahkan penumpang bot berkenaan adalah pelarian Rohingya tetapi tidak mengetahui dari mana mereka datang.

https://www.bharian.com.my/berita/k...ian-rohingya-diserah-kepada-jabatan-imigresen
 
Back
Top
Log in Register