SHAH ALAM: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, cadangan pakatan pembangkang untuk menggunakan wang hasil pelaburan Petronas bagi memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) hanya akan memudaratkan syarikat minyak itu.
Kata Timbalan Perdana Menteri, walaupun Petronas adalah penyumbang terbesar kepada pendapatan kerajaan, sebahagian besar daripada subsidi negara disumbangkan oleh syarikat minyak itu bagi meringankan beban rakyat.
"Itu (sebenarnya) adalah cara pakatan rakyat nak buat, orang yang tak pandai kira, congak dan boleh hancurkan negara ini," katanya ketika berucap di majlis pertemuan bersama persatuan penjaja seluruh Selangor di Kompleks Belia dan Kebudayaan di sini, hari ini.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/CadanganpembangkanghapusPTPTNkerjagila_Muhyiddin/Article