afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,224
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,224
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
Bezakan peminjam tak mampu, enggan bayar sebelum lupus hutang PTPTN, kata ahli akademik
Ada peminjam PTPTN mahu bayar pembiayaan tetapi tidak bernasib baik dalam mendapat pekerjaan sesuai dengan kelayakan, kata ahli akademik.
Noor Azlan Ahmad Zanzali dari Universiti Muhammadiyah Malaysia berkata isu utama bukan sekadar menentukan sama ada hutang PTPTN perlu dihapuskan, tetapi mengenal pasti keadaan ekonomi setiap kumpulan peminjam.
Menurutnya, sistem bersasar boleh diwujudkan bagi mengenal pasti setiap kumpulan peminjam sebelum sebarang tindakan diambil mengikut keadaan ekonomi dan sosial mereka.
“Ada yang mahu membayar tetapi tidak mampu kerana tidak bernasib baik dalam mendapat pekerjaan sesuai dengan kelayakan,” katanya kepada FMT.
Azlan mengulas cadangan Ketua Pemuda PKR Kamil Munim pada Khamis supaya kerajaan mempertimbangkan mekanisme penghapusan atau penyelesaian bersasar bagi peminjam yang benar-benar tidak berkemampuan.
Beliau turut mengingatkan kemampuan ekonomi peminjam berbeza, dengan sebahagian graduan sudah memperoleh pendapatan baik manakala sebahagian lagi masih membina kehidupan dengan pendapatan sederhana.
Affendi @ Ewan Matore dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pula menekankan kerajaan perlu memperbaiki penyelesaian bersasar.
“Penyelesaian bersasar perlu mempunyai definisi dan kriteria yang jelas supaya bantuan tidak diberikan secara pukal,” katanya.
Beliau mencadangkan penentuan kelayakan tidak bergantung pengisytiharan kendiri peminjam semata-mata, sebaliknya mengambil kira data pendapatan bersih, komitmen isi rumah serta profil percukaian secara dinamik.
Katanya, bantuan boleh diberikan kepada kelompok miskin tegar yang melepasi ujian kemampuan yang telus atau mereka yang terbukti tidak mempunyai sumber pendapatan tetap atau mengalami keilatan kekal.
