BTC USD 84,899.3 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ISU MESIR : Erdogan Selar Malaysia

zammmm

Super Active Member
Messages
8,242
Joined
Oct 10, 2010
Messages
8,242
Reaction score
415
Points
86
http://www.youtube.com/watch?v=rumvm0HqJnA

Turki mengajak pimpinan negara-negara yang berpenduduk Islam, dengan satu suara mengutuk kezaliman tentera Mesir. Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan, mempersoalkan negara saudara seIslam yang masih berdiam diri berhubung dengan situasi dan insiden politik yang melanda negeri tersebut termasuk Malaysia (negara islam juga).

erdogan3-1024x512.jpg

Kritikan tegas Erdogan terhadap pemimpin dan seluruh umat Islam


Turki kecewa terhadap banyak pihak ekoran insiden yang terjadi di Mesir. Termasuk kepada Pertubuhan Bangsa Bangsa (PBB) dan negara yang mengaku mengamalkan demokrasi. Menurutnya, (sepatutnya) tidak ada toleransi atas tindakan tentera di Mesir.

Pihak antarabangsa menurut pemimpin Parti Keadilan dan Pembangunan Turki (AKP) itu tidak tegas berdepan dengan situasi di Mesir. Padahal, katanya, semestinya sebagai wadah dan negara pendukung demokrasi sudah sepatutnya melihat situasi di Mesir sebagai satu tindakan brutalisme.

Turki meminta agar pihak antarabangsa campur tangan. “Kami (Turki) tidak akan diam melihat situasi Mesir sekalipun jika pihak antarabangsa ikut membiarkan,” ujarnya.

Insiden berdarah kembali terjadi di beberapa wilayah kota Mesir, Jumaat (26/7) dan Sabtu (27/7) waktu tempatan. Sekurang-kurangnya 120 orang dinyatakan terbunuh dan 4500 lainnya cedera. Mereka yang terkorban akibat serangan peluru senjata.

Seramai 700 diantaranya yang tercedera masih menjalani rawatan di pusat-pusat kesihatan. Tentera telah bertindak meleraikan demonstrasi pendukung presiden yang di gulingkan Muhammad Morsi yang berkumpul di Masjid Rabaah al-Adawiyah dan Al-Nahda Square di Kota Nashr.

Wilayah ini memang menjadi pengkalan rakyat yang mendukung Ikhwanul Muslimin dan Morsi. Erdogan menuduh tentera di negara itu sebagai pihak yang bersalah. Tentera sepatutnya melindungi rakyat. Anadolu Agency, Ahad (28/7)

ps; aku rasa ini isu agama...dan kemanusiaan...jika salah mod sila pindahkan ke tempat sepatutnya :)
 
suwey betui utusex ni yg pelik ketua kpd 40 ulamak kt msia boleh sokong plak
 
yg aku nampak,malaysia nih ader satu PM jer yg lantang kat PBB@isu kemanusiaan.yg lain jaga pungkok sendiri.
 
Aku setuju apa yg beliau ucapankan..andaikata negara kita kelak akan berlaku huru hara,sape yg nak bantu kita?? jangan mimpi negara2 islam nak bantu kita kelak,dikala kita aman pun tak mampu utk pemimpin kita bersuara utk menentang kezaliman...bila satu masa nanti bila anak2 kita mati disembelih,anak2 perempuan kita dirogol beramai2,waktu tu baru kita merayu simpati masyarakat dunia nak bantu kita,waktu tu negara lain berkata"takpe kita hanya mampu berdoa aje,asalkan negara kita aman sudahlah".:(:(
 
Back
Top
Log in Register