Kerajaan PAS Kelantan pada tahun 90an telah mengharamkan kebudayaan seperti Menora, Makyong dan sebagainya. lihat petikan hujah di Parlimen, November 1996
Quote:
Tuan Haji Nik Mohd. Amar bin Haji Nik Abdullah:
Tuan Yang di-Pertua, inilah
bentuk-bentuk kecelaruan yang wujud akibat dari penolakan Islam sebagai dasar hidup yan
kamil dan syamil.
.......Tuan Yang di-Pertua, budaya atau kebudayaan ialah cara berfikir dan cara hidup
sesebuah masyarakat yang diwarisi oleh satu generasi daripada satu generasi. Setiap orang,
setiap masyarakat, setiap bangsa mempunyai cara berfikir dan cara hidup yang tersendiri.
Bangsa Melayu dari segi anutan adalah beragama Islam. Manakala asas kehidupan muslim
ialah mengabdikan diri kepada Allah dengan penuh rela. Kerana itu, seluruh cara hidup kita
yang terangkum dalam istilah kebudayaan mestilah berasaskan kepada pengabdian dan
kepatuhan kepada Allah S.W.T.
Berdasarkan hakikat ini, kebudayaan Melayu sepatutnya merupa sebagai kebudayaan
Islam. Kebudayaan yang terpancar dari asas ‘ubudiah’ kepada Pencipta. Persoalannya,
adakah
bentuk-bentuk budaya yang wujud dan diamalkan dalam msayarakat Melayu
menepati tuntutan dan cita rasa ini. Atau ia dibaharui dan dicemari oleh unsur-unsur budaya
yang non-Islamic, sama ada Hindu, Buddha ataupun Kristian. Inilah mauduk yang perlu
dihalusi apabila kita berbicara tentang memperkasa budaya.
Menurut fahaman kami, adalah
menjadi tanggungjawab kita untuk membersihkan budaya Melayu dari keladak-keladak
budaya asing yang meresap masuk dan menodai kemurnian budaya Melayu Islam yang telah
sebati dengan kita.
Tuan Yang di-Pertua, budaya mempunyai dua bentuk. Pertama, budaya yang
berbentuk pekerjaan dan perjuangan, seumpama budaya menuntut ilmu dan budaya mereka
cipta. Kedua, budaya yang berbentuk permainan dan hiburan yang dicipta sebagai wasilah
untuk melepaskan rasa penat selepas bekerja. Contohnya, permainan wau, gasing dan kertuk.
Secara teori, kedua-dua bentuk ini diakui oleh para pengkaji budaya sebagai budaya Melayu
di negeri ini. Tetapi malangnya, budaya bentuk pertama tidak ditonjolkan sebagai satu
budaya yang penting dan digalakkan. Sebaliknya, budaya bentuk kedua sahaja yang diberi
keutamaan, sehingga terbentuk tanggapan dalam fikiran masyarakat, apabila disebut istilah
kebudayaan, apa yang tergambar pada mereka ialah aneka jenis hiburan dan permainan.
Perkara-perkara yang tidak bersifat hiburan dan permainan tidak lagi dianggap sebagai
kebudayaan.
http://www.parlimen.gov.my/hindex/pd...06-11-1995.pdf
jadi adakah membakar lilin ini satu budaya yang baru dan akan terus menjad amalan?