BTC USD 80,569.4 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isu lilin?? Apa kata pembaca???

Kerajaan PAS Kelantan pada tahun 90an telah mengharamkan kebudayaan seperti Menora, Makyong dan sebagainya. lihat petikan hujah di Parlimen, November 1996

Quote:
Tuan Haji Nik Mohd. Amar bin Haji Nik Abdullah:
Tuan Yang di-Pertua, inilah
bentuk-bentuk kecelaruan yang wujud akibat dari penolakan Islam sebagai dasar hidup yan
kamil dan syamil.
.......Tuan Yang di-Pertua, budaya atau kebudayaan ialah cara berfikir dan cara hidup
sesebuah masyarakat yang diwarisi oleh satu generasi daripada satu generasi. Setiap orang,
setiap masyarakat, setiap bangsa mempunyai cara berfikir dan cara hidup yang tersendiri.
Bangsa Melayu dari segi anutan adalah beragama Islam. Manakala asas kehidupan muslim
ialah mengabdikan diri kepada Allah dengan penuh rela. Kerana itu, seluruh cara hidup kita
yang terangkum dalam istilah kebudayaan mestilah berasaskan kepada pengabdian dan
kepatuhan kepada Allah S.W.T.

Berdasarkan hakikat ini, kebudayaan Melayu sepatutnya merupa sebagai kebudayaan
Islam. Kebudayaan yang terpancar dari asas ‘ubudiah’ kepada Pencipta
. Persoalannya,
adakah bentuk-bentuk budaya yang wujud dan diamalkan dalam msayarakat Melayu
menepati tuntutan dan cita rasa ini. Atau ia dibaharui dan dicemari oleh unsur-unsur budaya
yang non-Islamic, sama ada Hindu, Buddha ataupun Kristian.
Inilah mauduk yang perlu
dihalusi apabila kita berbicara tentang memperkasa budaya. Menurut fahaman kami, adalah
menjadi tanggungjawab kita untuk membersihkan budaya Melayu dari keladak-keladak
budaya asing yang meresap masuk dan menodai kemurnian budaya Melayu Islam yang telah
sebati dengan kita.


Tuan Yang di-Pertua, budaya mempunyai dua bentuk. Pertama, budaya yang
berbentuk pekerjaan dan perjuangan, seumpama budaya menuntut ilmu dan budaya mereka
cipta. Kedua, budaya yang berbentuk permainan dan hiburan yang dicipta sebagai wasilah
untuk melepaskan rasa penat selepas bekerja. Contohnya, permainan wau, gasing dan kertuk.
Secara teori, kedua-dua bentuk ini diakui oleh para pengkaji budaya sebagai budaya Melayu
di negeri ini. Tetapi malangnya, budaya bentuk pertama tidak ditonjolkan sebagai satu
budaya yang penting dan digalakkan. Sebaliknya, budaya bentuk kedua sahaja yang diberi
keutamaan, sehingga terbentuk tanggapan dalam fikiran masyarakat, apabila disebut istilah
kebudayaan, apa yang tergambar pada mereka ialah aneka jenis hiburan dan permainan.
Perkara-perkara yang tidak bersifat hiburan dan permainan tidak lagi dianggap sebagai
kebudayaan.
http://www.parlimen.gov.my/hindex/pd...06-11-1995.pdf

jadi adakah membakar lilin ini satu budaya yang baru dan akan terus menjad amalan?

Originally Posted by yinbyungheon


250 people joined the candle march launched by 3 persons in Hamra street- Beirut in solidarity with the palestinian people in Gaza- tby Farah Kobaissy

Apa kata zombi AmNO?
saya menjawab bukan sebagai zombi umno,tetapi sebagai rakyat melayu islam....

sila tuan kaji lebih lanjut maksud palestine yang merangkumi jews, muslim dan christian...
ini kerana palestin itu adalah gagasan satu negara, bukan agama.
saya menegur bukan apa, supaya kita tidak tertipu dgn propaganda barat seperti gambar 'dome of rock' dan masjidil aqsa.
semoga kita mendapat hidayah
http://en.wikipedia.org/wiki/Categor...le_by_religion
upacara vigil oleh 'arab palestine' dan perarakan jalanan 'arab palestine'
http://ngm.nationalgeographic.com/2009/06/arab-christians/kashi-photography
ni jawapan saya dalam thread sebelah...
 
Last edited:
ni jawapan saya dalam thread sebelah...

Nice qoute.. TQ...

Apa yg ako nampak.. kalau niat nak berkabung sebab nak mengingati sesorang, sama la cam KES mantan PM kita dulu yg dikata haram tu...
Kalung bunga sebab nak mengingat jasa @ simbolik berkabung...
Tapi xsalah kalau kita kalung bunga untuk memeriahkan majlis bagi menyambut kedatangan tetamu ke apa..

Sama Je kalu lilin, kalau niat untuk berkabung.. itu dah jadi lain.. kalau kita pasang lilin, sebab blackout.. xpe.. kenapa asik nak pusing benda tu je ehh... huhuhuh


Mengata dulang paku serpih la jawabnya....
 
Stakat nak bri penghormatan kat sealiran ahli parti yg dah mati tu..just tunduk bg beri penghormatan terakhir cukup lah..xpyh nyala2 lilin..hancus yb nizar bazar niey
 
KUALA LUMPUR, 25 Julai (Hrkh) - PAS Selangor menggesa mana-mana pihak agar tidak cuba mengelirukan masyarakat berhubung isu Ahli Parlimen Bukit Gantang, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin menyalakan lilin sebaliknya terus berusaha meningkatkan martabat keadilan dan ketelusan di negara ini yang semakin tercemar selepas insiden kematian Teoh Beng Hock.
Iklan




Setiasusaha Badan Perhubungan PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman menegaskan bahawa acara menyalakan lilin bukanlah termasuk di dalam ibadat mahupun pemujaan agama, sebaliknya merupakan adat kaum Cina serta penzahiran simbolik bantahan terhadap SPRM.

Jelas Khairuddin, PAS Selangor memahami bahawa tindakan Mohammad Nizar adalah sebagai menyatakan simpati dan protes terhadap kematian msiteri Beng Hock semasa berada dalam tahanan SPRM.

Beliau menegaskan PAS Selangor menghormati dan meraikan budaya bangsa lain termasuk menyalakan lilin sebagai tanda bantahan.

Sebelum ini, isu Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyalakan lilin menimbulkan reaksi pelbagai pihak apabila Menteri Besar Perak, Dato' Zambry Abdul Kader meminta ulama PAS mengeluarkan fatwa tentang tindakan Nizar itu. - mns_
 
mb014b.JPG
 
Kata Misbahul Munir Masduki (Setpol MB Perak):
Saya juga hadir dalam program yang menjadi isu hangat sekarang ini di Perak. Pimpinan UMNO mengambil kesempatan kononnya perbuatan Hj Nizar dan beberapa ADUN PAS yang lain melakukan amalan syirik yang bercanggah dengan Islam. Mufti Perak juga buat kenyataan yang sama. Ada juga pimpinan PAS yang turut memberi gambaran yang negatif dalam isu ini.

Pada pagi Jumaat seminggu yang lalu, Pakatan Rakyat Perak mengadakan sidang akhbar di Pejabat DAP Ipoh bagi menunjukkan rasa simpati terhadap insiden buruk yang sungguh menyayat hati itu. Dalam kenyataan bersama itu, Pakatan Rakyat melahirkan rasa terkejut dan simpati terhadap kejadian yang menimpa Teoh Beng Hock, PR Perak mendesak isu ini disiasat dan mahu SPRM bertanggungjawab sepenuhnya.

Selepas kenyataan akhbar, masing-masing yang hadir diberi lilin untuk dinyalakan. Saya sempat bertanya untuk apa ?. Mereka menjawab untuk menunjukkan rasa simapati dan berkabung di atas kematian Beng Hock. Saya bertanya lagi, adakah ini upacara agama Budha atau Kristian. Mereka menjawab bukan upacara agama, ini simbolik sahaja.
Kemudian lilinpun dinyalakan, masing-masing berdiam diri seketika sebagai tanda kesedihan dan simpati.

Esoknya keluar di dada-dada akhbar sehingga menjadi isu hangat. Yang tidak tahu menahu majlis tersebut juga turut membuat kenyataan, Zambry pula berlagak alim dan warak kononnya amalan ini bercanggah dengan Islam, beliau menyindir sinis Hj Nizar.

Saya bertanya dengan YB Khalil Lim dan juga Muhammad K. Y. Tiang yang sebelum ini mereka adalah penganut ajaran budha, Keluarga mereka penganut budha yang cukup taat kepada ajarannya. Mereka menafikan yang upacara menyalakan lilin putih ini sebagai upacara agama Budha, ini budaya dan adat resam sebagai tanda berkabung sahaja, begitu juga memakai baju hitam. Menurut Ann Wan Seng Abdullah yang sebelum ini juga penganut Budha, kalau upacara agama dalam kematian, mereka menyalakan colok merah, lilin putih yang dinyalakan tidak ada kaitan dengan agama, lagipun upacara itu diadakan di tempat lain yang mayat si mati tidak ada di situ.

Menurut YB Khalil yang sering berulang alik ke Cina, umat Islam di negeri Cina, juga menyalakan lilin dalam majlis-majlis tertentu sebagai satu budaya dan adat resam, malahan ketika umat Islam beramai-ramai ke Masjid untuk solat Sunat Aidil Fitri, mereka membawa lilin yang dinyalakan ketika berjalan ramai-ramai sambil bertakbir hari raya. Jadi menyalakan lilin selain adat resam dan budaya sesuatu kaum, ia juga sebagai tanda simbolik bagi kita menyatakan rasa simpati dan kesedihan terhadap kematian yang seumpama itu. Teoh Beng Hock bukan mati biasa, kematiannya mengejutkan dan penuh misteri serta menjadi tanda tanya. Kita mengesyaki kematiannya merupakan perbuatan jenayah dan khianat.

Lilin dalam upacara orang Melayu juga menjadi amalan biasa, orang Melayu yang terpengaruh dengan gaya hidup barat juga menggunakan lilin sewaktu menyambut hari jadi, lilin yang diucuk di tengah-tengah kek dinyalakan kemudian ditiup sambil orang ramai mengucapkan selamat hari jadi. Orang Melayu yang tinggi semangat kemelayuannya pula mengadakan majlis ulang tahun dengan pulut kuning. Semua majlis tersebut tidak ada kena mengena dengan agama, itu hanya adat resam budaya sahaja,selagi tidak ada unsur-unsur khurafat dan syirik dan menyalahi syariat, ia tidak bercanggah dengan agama.

UMNO menuduh pembangkang mempolitikkan isu ini, sebenarnya UMNOlah yang mempolitikkan isu ini, UMNOlah yang cuba mengambil kesempatan dalam isu bagi membangkitkan sentimen perkauman. Ini bukan persoalan siapa yang mati, tetapi punca kematian itu yang menimbulkan persoalan dan misteri yang SPRM dan kerajaan BN wajib memikul tanggungjawab ini.

Sebaliknya isu ini semakin menyatukan berbagai kaum di negara ini. Orang Melayu, Cina dan India begitu ramai menghadiri upacara pengkebumian jenazah Beng Hock di Alor Gajah Melaka bagi menunjukkan simpati, kesetiakawanan dan solidariti.

sumber
 
kalu tin kosong.......tak payah komen la...kasi bising saja...bunyi loceng ais krim lagi bagus la.....
 
Back
Top
Log in Register