ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Hasan (tengah) melawat cawangan Tesco di IOI City Mall Putrajaya, sempena perasmian pembukaannya, kelmarin.
SATU mesyuarat peringkat jawatankuasa khas Kabinet akan diadakan pada 9 Disember depan bagi membincangkan masalah kos sara hidup rakyat negara ini.
Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hasan Malek berkata mesyuarat tersebut akan diadakan oleh KPDNKK bersama beberapa kementerian terlibat.
“Kita akan membincangkan beberapa masalah yang melibatkan kos sara hidup rakyat seperti minyak, elektrik, perumahan, kadar tol dan lain-lain lagi dalam meringankan beban pengguna.
“Mesyuarat ini bertujuan memperoleh pendapat daripada pihak terlibat seperti Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan lain-lain lagi," katanya selepas merasmikan pembukaan cawangan Tesco di IOI City Mall Putrajaya, kelmarin.
Sementara itu KPDNKK juga turut mengumumkan bahawa kementerian tersebut dalam peringkat bersedia bagi menghadapi pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) April tahun depan.
Hasan berkata segala persiapan dan kerjasama antara Jabatan Kastam Diraja (Kastam), Kementerian Kewangan dan lain-lain kementerian juga berjalan lancar.
"Kami di peringkat tertinggi telah mengadakan kerjasama sebanyak yang mungkin bagi memastikan harga barang terkawal selepas pelaksanaan GST kelak," katanya.