BTC USD 61,854.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isu kenaikan harga petrol

yg aku tau, minyak kita kualiti tinggi. so, diorang eksport kat luar. then kita import minyak yg dah siap proses.

kalau macam tu, apa pula function 'petronas penapisan melaka' tu, kat kemaman dll?
 
KrisSMerah said:
yg aku tau, minyak kita kualiti tinggi. so, diorang eksport kat luar. then kita import minyak yg dah siap proses.

kalau macam tu, apa pula function 'petronas penapisan melaka' tu, kat kemaman dll?

hehe...ntah. saja buang duit kot. gurau je. aku rasa ada la fuctionnyer. aku pun tak tau dan nak tau gak
 
Yang aku tau pasal ape minyak kite juall... sebab memang cam koang cakap la kualii... nilai eksport sangat tinggi berbanding import minyak baru dari luar... so memang kerajaan akan terus eksport sebagai salah satu hasil utama negara...
 
HARGA MINYAK DUNIA DAH TURUN??

Note: Aku ambil dari Forum lain..... :D

Harga minyak di pasaran dunia sudah turun: Bila giliran Malaysia?

Sun | Oct 01, 06 | 04:22:03 PM
Oleh Rakyat Bingung embaca berita mengenai penurunan harga minyak di Amerika Syarikat dan London Brent di bawah paras USD60 (USD59.90 dan USD59.58 ) setong minggu lepas membuatkan penulis tersenyum lega. Harga petrol menjunam hampir 24 peratus daripada kemuncak yang dicatat pada pertengahan Ogos lalu USD78.40 setong.

Ketika itu, kita di Malaysia dibebani dengan beberapa kenaikan minyak secara berterusan dan natijahnya, para penghisap darah yang sentiasa menunggu masa untuk menaikkan harga berlumba-lumba untuk berbuat demikian.

Kalau dahulu harga minyak di pasaran dunia melonjak tinggi menjadi alasan untuk menaikkan harga petrol, kenapa penurunan lebih 20 peratus ini tidak boleh menjadi alasan untuk menurunkan harga minyak?

Aku pun pelik pulak.. kenapa harga minyak Malaysia xturun2..
dah turun 24% tuuuu...
Suratkahabar kenapa diam?... time naik dulu kecoh, laju, pantas....
 
kat sini kalau dah naik mana nak turun2 dah
turun tuh kira bonus la kat k'jaan huhuhuhuhuhuhu
 
huhuhhuuu...klau turun,aku pkai blk kete...kekeke
 
minyak turun ...rega barang lain camner pulak turun gak ker nih..

:(
 
huhuhu..kene wat mogok besar2an ler klau nk mntak diorang jth..boikot slh satu care nyer...kekeke
 
kalau kerajaan m'sia turunkan harga minyak kira..aku sokong la :-D
 
cam pelik je rasa.semua barangan nak dekat raya ni semua naik,minyak leh tetiba turun harga lak..buleh lh buat kuih,goreng ketupat byk2x kalu mcm ni..:D
 
Back
Top
Log in Register