combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
KUALA LUMPUR, 19 Jan -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15 bagi Dewan Rakyat dan Dewan Negara, hari ini.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjelaskan mengenai keadaan ekonomi semasa serta masa depan pendidikan negara di Dewan Rakyat esok.
Anwar juga dijadualkan melancarkan pelan pendidikan negara yang baharu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), sebagai usaha menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan kualiti sistem pendidikan Malaysia.
“Esok di Parlimen, saya jelaskan sedikit isu ekonomi dan selepas itu meluncurkan pelan pendidikan bagi negara kita supaya mutu pendidikan dapat ditingkatkan,” kata beliau.
Perdana Menteri berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada majlis penghargaan Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 di sini hari ini.
Semalam, media melaporkan kerajaan akan melancarkan Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026-2035, sebuah rancangan strategik pendidikan nasional yang merangkumi keseluruhan ekosistem pendidikan negara daripada peringkat sekolah hingga pendidikan tinggi.
RPN diterajui bersama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Pendidikan (KPM).
KPT dan KPM memaklumkan pelancaran itu merupakan iltizam kerajaan MADANI dalam memperkukuh sistem pendidikan yang bermutu, terangkum dan berdaya saing pada peringkat global.
Sementara itu, Anwar berkata dasar yang jelas perlu diterapkan dalam pembangunan negara manakala amalan salah guna kuasa dan rasuah perlu dibanteras sepenuhnya.
“Dasar mesti jelas, ke mana hala tuju kita dari segi ekonomi. Ekonomi maju mengangkat martabat negara.
Isu Ekonomi, Reformasi Pendidikan Tumpuan PM Esok
Anwar, pendidikan, ekonomi, negara, dasar