BTC USD 84,550.6 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isu DEB di Pulau Pinang

50 Tahun Negaraku Gemilang - Sang Kelembai

Malaysia melangkah masuk tahun 2007 dengan dua tujuan, pertama 50 tahun Negaraku Gemilang (meminjam ayat RTM Inforia) dan kedua Tahun Melawat Malaysia 2007. Disamping itu Malaysia pasti mengadakan agenda tersembunyi iaitu Pilihanraya Umum ke 12.

50 tahun "Malaysia Negaraku Gemilang" sehingga sekarang tidak mempunyai logo rasmi dan jika dilihat cara yang hendak dilakukan oleh pentadbiran Abdullah Hj Ahmad dalam "kerajaan tiga beranak" nya adalah cubaan menafikan peranan kaum-kaum lain memperjuangkan kemerdekaan negara ini. Sebagai bukti kerajaan cuba melalui Menteri Penerangan dan Menteri Besar Negeri Sembilan meminta pihak yang membina kubu peringatan perang Jepun supaya merobohkan kerana mengandungi unsur perkauman.

Itulah minda menteri dalam Kerajaan Tiga Beranak ini, mahu jadi ahli politik tetapi tidak mahu membaca sejarah maka kenyataan seorang Menteri jadi ejekan bagi mereka yang mempelarjarinya. Bukankah sejarah menyatakan bahawa peperangan yang melibatkan Jerman di Eropah dan Jepun di Timur, disebabkan oleh penghapusan etnik. Jerman cuba menghapuskan bangsa Yahudi dalam negerinya dan berperang dengan negara yang bersimpati dengan bangsa Yahudi manakala Jepun di Timur pula berperang dengan China, musuh tradisinya, sehingga peperangan itu yang pada asalnya untuk membebaskan Asia daripada imperialisma barat bertukar kepada peperangan etnik Jepun-China.

Itulah sebab bila Jepun datang ke Tanah Melayu, beliau terus bertindak ganas dengan rakyat keturunan Cina dan bukan sedikit orang-orang China yang terkorban tanpa sebab atas kekejaman tentera-tentera Jepun dan orang-orang Melayu pula juga bukan sedikit dibunuh oleh tentera Jepun, tetapi kebanyakan mereka menjadi tali barut Imperialis British.

Mungkin Zainuddin Maidin dan Mohamad Hassan tidak mengetahui bahawa jika tidak kerana perjuangan orang bukan Melayu ia itu orang China menuntut hutang darah dengan Jepun, tidak akan lahir Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia atau MISC yang sekarang dibawah kawalan Petronas. Penubuhan MISC adalah pengorbanan rakyat Malaysia keturunan Cina, yang mana mereka bersedia bertolak ansur menerima cadangan Tunku Abd. Rahman supaya Jepun membayar hutang darah dengan pemberian Kapal bagi perdagangan Kargo.

Kita tidak boleh menipu sejarah dan sejarah juga tidak boleh menipu kita. Tapi apa sebenarnya yang telah dilakukan oleh UMNO terhadap peristiwa ngeri di tahun peperangan dunia kedua itu perlu diimbau semula, malah tugu negara yang ada hanya sekadar menunjukan tugu atas perjuangan menentang Pengganas Komunis dan tidak ada satu tugu yang melambangkan orang Melayu dalam perang dunia Kedua.

Mungkin itu ada kebaikan kerana seperti mana kita membodohkan pelajar-pelajar sekarang akan kehebatan Rejimen Askar Melayu dan Lt Adnan Saidi yang berjuang didalam zaman perang dunia kedua di Singapura. Bukankah Rejimen Askar Melayu pada masa itu tidak lain daripada menjadi askar sepoi yang pada asalnya dari India kemudian di Tanah Melayukan. Tidak ada relaven hendak memuji keberanian Askar Melayu atau siapa nama heronya didalam itu kerana mereka hanya berjuang untuk kepentingan penjajah British. Di Indonesia tidak ada satu nama askar rakyat Indonesia di zaman Belanda yang diiktiraf sebagai pahlawan nasional.

Pergilah ke Tugu Peringatan Negara, bacalah nama-nama askar yang tersenarai di batu Tugu itu., tidak ada satu pun nama askar bernama Melayu atau lain-lain kaum sebalik nama orang British . Apakah semua Jeneral-Jeneral di Kementerian Pertahanan buta dan tidak nampak akan nama-nama yang tertulis itu? Sesudah 50 tahun Merdeka, nama-nama penjajah masih lagi bersemadi di batu tugu dan setiap tahun diangguk dan diletakan bunga. Dimana maruahnya Malaysia sebenarnya?

Beralih kepada pentadbiran kerajaan yang mengambil sistem demokrasi dan Perlembagaan sebagai teras pemerintahan mereka. Malaysia masih lagi kebelakang. Kalau kita sorot kembali, setelah hanya merdeka selama 12 tahun Malaysia sudah mula mempertikai Tunku yang berusia 67 tahun sebagai sudah "nyanyuk". Hari ini sejarah Malaysia berulang kembali kerana mempunyai seorang Perdana Menteri yang sama "Nyanyuk" tetapi kerana disokong oleh pemimpin-pemimpin yang penuh rasuah, maka kenyanyokan tidak siapa yang nampak dan berani mengatakan.

Agaknya Tun Dr Mahathir Mohamed yang pernah berhadapan dengan seorang Perdana Menteri yang dipanggil oleh rakyat dan setengah ahli UMNO di zaman itu sebagai "Nyanyok", sudah nampak simptom itu dibadan Abdullah Hj Ahmad. Sebab itu, beliau yakni Tun membuat teguran kerana takut sejarah berulang lagi. Kalau dia tidak "nyanyok" tidak mungkin dalam keadaan ribuan rakyat menderita dengan masalah banjir, bukan sahaja ancaman nyawa tetapi harta benda dan punca pencarian, seorang Perdana Menteri boleh bersukaria dengan anak dan menanti di Luar Negeri dan mengecap kehidupan mewahnya?

Kenyanyokan Abdullah Hj Ahmad yang juga Imam Besar Islam Hadhari sudah terlalu jelas. Ucapan Tahun Baru tidak ada yang terbaru, sama seperti tiga tahun yang sudah, tidak ada pembaharuan fikiran. Agaknya orang Melayu dan rakyat Malaysia yang beragama, memang ditolong tuhan. Apa akan berlaku negara ini jika Endon Mahmood masih hidup? Kemungkinan Malaysia akan punya seorang Farah Diba yang menentukan apa yang Shah Iran hendak lakukan.
Tuhan telah membantu tanpa sebab, mematikan seorang master mind "startegi" politik anak menantunya yang dihempap batu dan hari ini dengan izin tuhan seorang pemikir dituduh dalam kes pembunuhan yang paling sadis selepas kes Mona Afendy terhadap Mazlan Idris.

Tuhan juga membantu, dengan kehendaknya juga, dalam saat Abdullah Hj Ahmad agak selesa tiba-tiba ada kematian seorang Adun di Batu Talam, Pahang. Kepada Adun yang meninggal dunia, kita bacakan Alfatihah, semoga rohnya dirahmati Allah.

Di Batu Talam, samada pembangkang menang atau kalah dalam piliharanraya itu tidak penting, yang penting Batu Talam akan menjadi Forum dan Gelanggang yang dihalalkan oleh Undang-undang untuk Parti Pembangkang men-tarbiyahkan pengundi-pengundi dan tanggung jawab sosial untuk menerima hakikat bahawa memilih UMNO/Barisan Nasional, samalah ertinya mengundi dan mewujudkan seorang Firaun yang Hadhari. Abdullah Hj Ahmad akan menunjukan kesombongan dan keangkuhannya lagi dan tidak akan mengambil peduli membelanjakan wang negara untuk tujuan "berfoya-foya" dengan belanja kapal terbangnya, bodyguard nya dan kabarnya ada orang yang pergi ke sana untuk melobi projek dan meminta tandatangannya bagi kelulusan pembangunan tanah KTM di Bangsar yang dahulunya dipajakan kepada Lever Brothier. Kesian kepada mereka yang tak ada cable dan line untuk berjumpa dengannya.

Dengan hanya satu pilihanraya kecil akan memberi ruang yang terbentang kepada parti pembangkang samada melalui ucapan, poster atau tulisan-tulisan dalam internet yang akan membuka mata para pengundi, tidak kira Melayu, Cina dan India. Bagi Melayu di Felda bukan tidak terasa apa yang ditanggung oleh rakyat makan gaji kerana kemungkinan ada keluarga mereka yang makan gaji. Maka adalah tanggung segala mereka yang keluarga di Batu Talam untuk memberi isyarat supaya berfikir sebelum membuang undi khususnya kepada UMNO/Barisan Nasional.

Kerajaan Tiga Beranak melalui Najib Tun Razak baru-baru ini, betul betul buat rakyat ini macam anak-anak kecil di rumah setinggan atau rumah pangsa. Bila menangis dibelikan atau diberi gula-gula. Tengok sahaja dalam isu Tol, kononnya sebagai mengurangkan beban hidup pemilik kereta motor maka cukai jalan di kurangkan sedikit. Tahukah dia bahawa kekurangan itu hanya sekali dalam setahun tetapi Tol itu melibatkan setiap hari, jadi apa untungnya. Yang agak lucu ialah, Menteri Kerja Raya berkata, kerajaan tidak ada duit nak bayar pampasan berjumlah RM250 juta tapi dalam yang sama kerajaan boleh kehilangan hasil yang sama kerana penurunan cukai Jalan.

Sang Kelembai: Kerajaan Tiga Beranak memerintah mengikut cita rasa, itu sebab yang diperjuangkan rakyat untuk minta harga turun, tak diturrunkan. Dimana rakyat tak minta dia turunkan, macam harga cukai jalan, bila masanya rakyat minta diturunkan? Agaknya (bukan menuduh) pemilik konsesi akan menderma jutaan ringgit untuk warga penduduk dan pengundi bagi piliharaya Batu Talam. Maka jom kita ramai-ramai memberitahu pengundi di Batu Talam, kalau mereka terima duit dari UMNO, kita tak halalkan dunia dan akhirat.

Sumber: http://sangkelembai2006.blogspot.com/2007/01/50-tahun-negaraku-gemilang_05.html#links
 
Melayu Pulau Pinang - Sang Kelembai

KUALA LUMPUR 11 Mac “ Orang Melayu yang menyokong pembangkang terutama Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu bertanggungjawab apabila DAP yang membentuk kerajaan di Pulau Pinang mahu polisi pentadbirannya bebas daripada amalan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, DAP boleh berbuat apa sahaja kerana langkah itu adalah hak kerajaan negeri pimpinan DAP yang turut mendapat sokongan orang Melayu dalam parti pembangkang Pas dan PKR. Petikan dalam Utusan Malaysia 12hb Mac 2008.

Bagi orang Melayu yang waras fikiran dan tidak terikut budaya UMNO yang lapuk itu, memang mereka akan bertanggung jawab dengan apa yang mereka lakukan dalam PRU Ke 12 dengan memberikan sokongan kepada Parti-Parti Pembangkang termasuk DAP bagi menumbangkan Kerajaan Tiga Beranak yang memperalatkan UMNO dan Barisan Nasional oleh Imam Besar Islam Hadhari-ada had dan ada hari oleh “Saya Perdana Menteri” Abdullah Hj Ahmad yang juga dikenali Perdana Menteri meraba yang pantang melihat perempuan licin untuk diraba dan di peluknya.
Tetapi orang yang bercakap itu tidak tahu dan mungkin jarang membaca sama seperti Abdullah Hj Ahmad. Sedar tidak akan dia bahawa dalam manifesto “Selamat Aman Makmur” yang mengandungi 23 muka itu tidak ada satu ayat dan perkataan pun yang menyebut akan perihal Barisan Nasional akan meneruskan Dasar Ekonomi Baru malah dalam ikrarnya di muka 5 yang mengandungi 7 perkara tidak langsung menyebut akan usaha untuk mengekalkan 30% kepentingan orang Melayu dalam Ekonomi bukan sahaja meneruskan DEB tetapi rancangan-rancangan pembangunan yang ditaja akan memastikan kepentingan Melayu seperti kelima-lima pembangunan koridor yang bakal menyaksikan orang Melayu hanya sekadar berada di kaki lima.

Maka salah ke orang Melayu mengundi pembangkang jika UMNO/Barisan Nasional sendiri dalam manifesto tidak memberi jaminan akan meneruskan DEB kerana dalam komponen Barisan Nasional jika perkara itu disebut akan ditentang sendiri oleh MCA, MIC dan Gerakan, bukan untuk sekian lama semenjak “Saya Perdana Menteri” mengetuai Kerajaan Tiga Beranaknya, desakan penghapusan DEB dibuat oleh parti-parti campuran dalam Barisan Nasional sendiri?

Dan orang Melayu sendiri tahu, bahawa semenjak DEB mula dilaksanakan dengan persetujuan berbagai Parti Perkauman bukan Melayu, peratus kepentingan orang Melayu hanya 30% walau pun dia mendakwa bahawa Malaysia ini sebuah negara asalnya milik peribumi Melayu, yang sepatut dilakukan masa itu orang Melayu mesti mempunyai kepentingan sekurang 51% dalam sebarang kegiatan ekonomi selaras dengan ukuran yang dibuat kepada syarikat-syarikat yang bakal di iktiraf syarikat Melayu atau bumiputera.

Mungkin Nazri Aziz ini yang suka berbini banyak dan menghabiskan masa di sebuah Pub di Shangrila Hotel, Kuala Lumpur kurang memikirkan kepentingan Melayu telah terlupa bahawa bila dia beri kesempatan melaksanakan usaha-usaha DEB di Kementerian Pembangunan Usahawan, apa yang dilakukan nya untuk kepentingan Melayu?

DEB atau kepentingan Melayu dari perspektif Nazri Aziz ialah membantu kroninya. Bukankah semua orang tahu yang dia telah memberikan permit teksi, bas dan sebagainya kepada kawan-kawan dan penyokongnya sahaja dan sehingga wang PNS-Perbadanan Nasional-Pernas digunakan oleh proksi beliau bekas Ketua Pemuda UMNO Kuala Kangsar yang melibatkan berpuluh juta ringgit di Hong Kong dan kes rasuah Nazri Aziz di diamkan oleh “Saya Perdana Menteri” kerana dia adalah satu-satu orang yang sanggup menjadi “pencacai” Abdullah Hj Ahmad.

Keputusan DAP menolak DEB sebagai dasar perlaksanaannya bukan sahaja di Pulau Pinang tetapi di mana negeri DAP menjadi kerajaan campuran adalah satu langkah yang selaras dengan kehendak beberapa pemimpin UMNO/Barisan Nasional untuk melahirkan negara bangsa.

Sebuah negara bangsa tidak boleh dilahirkan dengan satu-satu kaum mendapat keistimewaan yang tersendiri. Malah dengan ada DAP sebagai pemain politik yang berkuasa dalam beberapa negeri dan pembangkang yang terkuat dalam Parlimen, kehendak Khairy Jamalludin dan Kalimullah Meor Hassan yang berusaha untuk menjual Malaysia kepada Singapura akan hanya tinggal angan-angan.

Mungkin dipihak UMNO akan mengatakan DAP adalah satu alat politik Singapura kerana memang diakui DAP adalah percaturan politik selepas PAP-People Action Party dari Singapura dan UDP-United Demoraktik Party tidak dibenarkan bergerak di Malaysia selepas pemisahan Malaysia. Orang yang tahu akan tahu bahawa dari segi Cinanya mungkin ada persamaan antara PAP dan DAP tetapi segi hubungan perjuangan Parti banyak orang tidak mengetahui bahawa PAP bukanlah satu ahli dalam Sosialis Antarabangsa sebaliknya hanya DAP mewakili Malaysia .

Sebagai satu parti yang memegang ideologi Sosialis Demokrat tindakan DAP tidak menggunakan pakai DEB bukan satu isu perkauman tetapi perjuangannya. Jika orang Melayu mengundi DAP dalam PRU ke 12 baru-baru ini, ini memberikan erti bahawa orang Melayu sudah tidak menerima satu dasar ekonomi terbuka yang bernama kapitalis yang didukung oleh UMNO yang menguntungkan beberapa orang elit politik UMNO seperti Mohd Azim Zabidi yang kalah di Parlimen Bukit Gantang dan Bendahari UMNO yang menggunakan kedudukan membeli kepentingan dalam Sungai Wang dengan harga 200 juta melalui pinjaman peribadinya.

Persoalannya bolehkah orang-orang Melayu yang ahli UMNO dan bukan UMNO mendapat pinjaman sejumlah itu untuk membeli harta tanah? Untuk mendapatkan pinjaman tekun pun yang berjumlah lima ribu ringgit pun belum pasti lulus, ini pula berjuta.

Sang Kelembai: Seorang Exco Pemuda UMNO Malaysia menghantar sms berbunyi “Akhirnya DAP dapat melaksanakan impian mereka dengan terlaksananya Malaysia Malaysian di Pulau Pinang”. DEB hanya tinggal sejarah. Bangun Melayu! Fight Your Right! Jawapan Sang Kelembai: Sudah berapa tahun Melayu Pulau Pinang di bawah pemerintahan UMNO/Barisan Nasional, UMNO tidak berbuat apa-apa untuk Melayu Pulau Pinang dan kalau UMNO buat sesuatu untuk Melayu seperti di Kepala Batas tentu Melayu tidak mengundi pembangkang berketuakan Gerakan lebih baik berketuakan DAP bersesuaian dengan kata-kata lebih baik kenal syaitan yang kita kenal dari kita tahu ada malaikat tapi kita tidak kenal.

Sumber: http://sangkelembai2006.blogspot.com/2008/03/melayu-pulau-pinang.html
 
itulah umno...

SEJAK BILA UMNO MEMBELA ORG MELAYU????
UMNO HANYA MEMBELA KRONI2 SHJ...ITU REALITI...
 
UMNO JGK MEMBELA SPESIS2 KATAKHIJAU UTK MEMBELA UMNO YG KORUP!!!
 
DEB tak relevan. Aku tak rasa pun DEB. dok kena DEBik ada laa. Kenapa wakil Gerakan, MCA n MIC tak mai buat ramai kat KOMTAR hari tu? Siapa yang lapaq DEB? Siapa bukak pekong hanyaq tu?
 
“Akhirnya DAP dapat melaksanakan impian mereka dengan terlaksananya Malaysia Malaysian di Pulau Pinang”. DEB hanya tinggal sejarah. Bangun Melayu! Fight Your Right!"

aku rasa dh nyanyuk kot Exco Pemuda UMNO nie...:eek:
masa kt bwh amno,ade ke DEB tu dilaksanakn?
agak nyer,org amnong ni tau "menyalak" jerk..
:(scam :(scam
 
Pada pendapat pak maeh.. kita kenalah berhati-hati dalam mengubal sebarang polisi.... rasanya dasar ekonomi baru (DEB) telah banyak membantu menaikkan taraf ekonomi melayu...

Janganlah diikutkan rasa hati... Inginkan perubahan namun pernah tak kita fikirkan implikasinya kepada kita 10 tahun dari sekarang...

Pak Maeh sedih melihat nasib melayu di pulau pinang... umpama merintih di tanah sendiri.... cuba hayati lirik lagu anak warisan ini

**************

Anak kecil main api
terbakar hatinya yang sepi
air mata darah bercampur keringat
bumi dipijak milik orang

nenek moyang kaya raya
tergadai seluruh harta benda
akibat sengketa sesamalah kita
cinta lenyap di arus zaman

indahnya bumi kita ini
warisan berkurun lamanya
hasil mengalir ketangan yang lain
pribumi merintih sendiri

masa depan sungguh kelam
kan lenyap peristiwa semalam
tertutuplah hati terkunci mati
maruah peribadi sudah hilang

kini kita cuma tinggal kuasa
yang akan menentukan bangsa
bersama berbakti
pulih kembali harga diri

kini kita sudah tiada masa
majulah dengan gagah
janganlah terlalai
teruskan usaha
melayukan gagah dinusantara
....melayukan gagah di nusantara

***********************

Lagu ni dah lama dah...masa aku kat BTN dulu, lagu ni lah yang disuruh nyanyi konon untuk menaikkan semangat Melayu...Kalau UMNO tahu Melayu hanya tinggal kuasa, gunakanlah kuasa yang ada untuk membela Melayu...Jangan bila dah takde kuasa macam kat Penang tu, mendayu2 nyanyi lagu ni...Bila ada kuasa, nyanyi lagu lain...Pak Maeh pun baru 2 3 hari ni je masuk thread Politik ni...Sebelum ni Pak Maeh tak kesahpun...Bila dah rasa kuasa makin terhakis, baru nak menyanyi2...
 
Last edited:
Lagu ni dah lama dah...masa aku kat BTN dulu, lagu ni lah yang disuruh nyanyi konon untuk menaikkan semangat Melayu...Kalau UMNO tahu Melayu hanya tinggal kuasa, gunakanlah kuasa yang ada untuk membela Melayu...Jangan bila dah takde kuasa macam kat Penang tu, mendayu2 nyanyi lagu ni...Bila ada kuasa, nyanyi lagu lain...Pak Maeh pun baru 2 3 hari ni je masuk thread Politik ni...Sebelum ni Pak Maeh tak kesahpun...Bila dah rasa kuasa makin terhakis, baru nak menyanyi2...

Betoii tu.. setakat nyanyi lagu buat apa?? Hakikatnya melayu jugak yang hentam melayu!! Kalau fahaman politik tak sama di ketepikan.. tengoklah apa yang hangpa buat kat Kelantan.. bukan ke orang kelantan tu majoriti Melayu?? Bosan betul la...
 
Back
Top
Log in Register