Pada pendapat pak maeh.. kita kenalah berhati-hati dalam mengubal sebarang polisi.... rasanya dasar ekonomi baru (DEB) telah banyak membantu menaikkan taraf ekonomi melayu...
Janganlah diikutkan rasa hati... Inginkan perubahan namun pernah tak kita fikirkan implikasinya kepada kita 10 tahun dari sekarang...
Pak Maeh sedih melihat nasib melayu di pulau pinang... umpama merintih di tanah sendiri.... cuba hayati lirik lagu anak warisan ini
Sebenarnya Pak Maeh, dasar itu tidak mengubah banyak pun cara & gaya hidup orang Melayu di Penang ni cuma ianya mengubah segelintir shj orang Melayu yg berkawan rapat dgn Pegawai2 Kerajaan atau menteri2 sebabnya projek2 tidak lagi disalurkan kepada mereka secara terus selepas ini tetapi akan disalurkan secara tender terbuka. Dulu pun terbuka jugak tapi terbuka dalam mimpi.....
Kita jgn cepat melatah sebab di Penang ni Kerajaan Baru pun baru nak ditubuhkan belum pun buat apa2 lagi, baru seminggu kita tak nampak apa2 lagi perubahan, yg memerintah 5 tahun pun tak nampak byk pun perubahan inikan pulak yg baru tapi harap2 kerajaan baru ni dapat meyakinkan rakyat dgn cara barunya.
Apa kata kita perhatikan dulu mcmana pemerintahan yg baru ini dahulu sebelum kita komen.
Masa Gerakan memerintah negeri P.P ni pun tak nampak perbezaan ketara pun pada orang melayu walaupun ada DEB sebelum ni. Focus DEB itu sendiri adalah kepada rakyat yg kurang kemampuan akan tetapi di Penang ni buat rumah mahal2 keja semakin berkurangan, dahulunya kita panggil keja tetap tapi skrg ni keja secara kontrak renew setiap 6 bulan lepas tu 3 bulan sekarang ni 1 bulan shj. Disini dapat dilihat penolakan etnik golongan berpendapatan rendah keluar dari linkungan negeri ini sendiri nampak secara terancang oleh rakyat tempatan yg peka, sebab keja takdak, rumah mahai2 jadi utk sapa rumah itu dijual...:-? :-? :-? . Kerajaan negeri pulak main lulus saja. Apakah kerajaan pusat pimpinan P Lah tak sedar dgn keadaan ini. Apakah dasar itu lebih penting daripada mengemaskini ekonomi orang melayu yg sebenar2nya di Penang ini.
Apa yg kita harus fokus sekarang bukanlah DEB tu sebenarnya, kita harus fokus cara pemerintahan tak kira dasar apa pun yg dipakai ianya harus bersesuaian dgn rakyat setempat. Memang tak dinafikan DEB tu memang bagus kalau dilaksanakan secara telus & amanah.
Sekarang bukan mcm dulu, rakyat skrg dah cerdik pandai dan sekaranglah masa kuasa di tangan rakyat bukan ditangan Menteri2 yg hanya tau mengenyangkan kroni2 tanpa mengambil tahu masalah rakyat pada dasarnya.
Mcm perhimpunan tempoh hari di KOMTAR sekiranya memang betul pemerintahan baru ini membawa masalah bukan byk tu shj orang Melayu yg akan turun tapi ramai lagi tak payah mai dgn bas yg disediakan pun, depa bleh mai sendiri. Hari tu hanya segelintir shj itu pun ahli2 U... makcik2 yg taktau apa tu DEB pun. Jadi... kita jgnlah terus menghukum tanpa membuat analisa terlebih dahulu.
Apa kata kita bagi masa utk pemerintahan baru ini utk buat kerja lepas tu kita bagi pendapat k. Kalau tak ok lagi kita tukarrr da. :-?