pada pandangan aku, kita tak boleh lihat free education in term dalam universiti sahaja yang mana lebih teori daripada praktikal.. dalam malaysia ni pendidikan bukan fokus kepada Universiti sahaja, ada jugak intitusi pendidikan lain yang menawarkan bidang2 teknikal yang more kepada praktikal rather than teori..
pendidikan percuma sepatutnya boleh menyediakan ruang kepada bakal pelajar sama ada pelajar tu nak masuk Universiti atau Intitusi Pendidikan Awam yang lain yang menyediakan pembelajaran yang lebih praktikal daripada bergantung pada teori.. ini kerana orang yang tidak berkebolehan dalam teori, mereka sebenarnya berkebolehan dalam praktikal.. lihat sahaja pelajar2 politeknik, setiap sem berapa ramai student yang berjaya dapat anugerah ketua jabatan? bukan seorang dua, tapi ramai.. dekat politeknik ni la letaknya student yang dikatakan tak dapat full A spm bagai tadi, and diorang boleh je belajar dan keluar pulak dapat kerja menyumbang balik kepada negara.. dan yuran politeknik lebih murah daripada UITM .. tapi ramai juga yang skor dan bekerjaya
pada aku pendidikan percuma ni perlu tapi dari konsep yuran dan hostel penginapan tu sendiri.. sebab kalau makan tanggung, based on pengalaman aku sementara di uitm satu ketika dahulu, makan ada subsidi 3 kali sehari pon student tak turun makan... di situ pada aku berlaku pembaziran.. and dari segi makanan juga, turunkan harga makanan dalam universiti / intitusi pengajian , ini boleh mengurangkan beban pelajar, sebab makan dalam universiti pon dah sama mahal macam makan kat luar..
aku bukan peminjam ptptn sekarang ni , tapi dulu zaman diploma ye, dan kecewa kerana keputusan aku yang baik ketika diploma dulu tak boleh digunakan untuk menjadikan ptptn aku pinjam masa tu sebagai biasiswa..