BTC USD 83,897.4 Gold USD 4,151.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Istilah Swap free account

boleh saya tanya, kat mana nak tgk definisi perkataan2 nih? Saya tak paham apa itu Swap, Leverage etc...sapa leh tlg terangkan?
 
boleh saya tanya, kat mana nak tgk definisi perkataan2 nih? Saya tak paham apa itu Swap, Leverage etc...sapa leh tlg terangkan?

acu cuba masuk bhagian foreex newbie dan search...
 
boleh saya tahu broker apa yang ada swap nih? marketiva ada ke? n apa benefit dia untuk trader?
 
klau OP tu overnight, br kena swap... betul ker?? klau yg no swap tu, bermaksud x kena apa interest la... TQ
 
Swap = Exchange, dalam BM nya tukarganti. Dalam FX, 1 pair ada 2 currency. setiap 1 currency ada interest masing2. Contohnya AUD = 4.25%, JPY = 0.1%. Bila kita BUY @ LONG, kita akan Buy AUD, Sell JPY. Bila kita beli AUD, kita akan DAPAT interest 4.25%, manakala bila kita Sell JPY, kita kena BAYAR interest 0.1%. Jadi, untung bersih kita dapat ialah 4.15% (4.25 - 0.1)

Perumpamaannya camni. Awak pinjam bank 10K, bank caj 2% interest. pastu awak guna duit tu gi labur kat ASB, dapat 7%. hujung tahun, bank caj RM 200 (2% x 10K), tapi awak dapat 700 (7% x 10K). Untung bersih awak ialah 500 (700 - 200, atau 7%-2% = 5%). Dalam FX pun camtu gak la.

Interest akan dikira atas nilai post dibuka, bukan margin yang dipegang oleh broker. cthnya open 1 lot standard 100K EUR/USD. Leverage 100:1, jadi Margin yang diperlukan cuma 1K je. Interest akan dikira atas 100K, bukan 1k. Lagi satu, interest diberi/dibayar secara harian.

Swap ni dulu2 org guna utk teknik Carry Trade, iaitu tak kira market up or down, kita akan still dapat interest selagi post tak ditutup. Selain dari dapat profit, dapat plak interest. Tapi kena hati2 utk tak open post yang kita kena bayar interest plak.

Zaman skang ni interest rate sangat2 rendah. 3 tahun lepas memang tinggi. NZD sampai 8%+. USD pun 5%+. skang ni banyak bank offer kurang dari 1%. Apapun, bagi yang beragama Islam, elok dijauhkan daripada Swap. ada yang kata boleh, ada yg kata haram. disebabkan ada keraguan, elok jauhkan aje yer..

Ada lagi satu yang broker dok caj hari2. Ni namanya ROLLOVER FEE. ni lain dari swap. rollover fee ni tak ikut interest bank, dia ikut broker. rollover fee akan dicaj kalau kita hold post selepas tutupnya US session. caj bergantung pada broker. saya penah open post 1 pip = $1.00, caj sehari = $2.00. memang hampeh la rollover fee nih.

Utk pilih broker, pilihlah yg offer islamik akaun yg tak akan caj Swap @ Rollover fee. Tak payahla nak kayakan broker yang dah cukup kaya tuw. huhu

moga dapat dijadikan panduan. selamat berjaya :)
 
baru hari ni tau maksud swap. sblm ni tau cuma klu open post lebih 1hari kene swap.. tq masta:D
 
same la ...
tn hamba pn bru tau maksud swap...
tp mengikut penjelasan bro kt atas..hmm,bukan ke swap nie lebih kurang cam ASB...hujung tahun dapat dividen :-?...
sebb konsep die same, simpan lama2 dn dapat diveden/interest...:-?
 

Latest Posts

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.13318
USD / JPY
157.313
GBP / USD
1.32629
USD / CHF
0.83536
USD / CAD
1.42231
EUR / JPY
178.282
AUD / USD
0.69490
Back
Top
Log in Register