BTC USD 60,958.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isteri taat risiko dijangkiti HIV

helmisaman

Legendary Member
gem
Messages
11,106
Joined
Jul 15, 2011
Messages
11,106
Reaction score
266
Points
131
Isteri taat risiko dijangkiti HIV

Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : December 20, 2011

KUALA TERENGGANU - Isteri yang taat di rumah adalah antara individu paling berisiko dijangkiti HIV berbanding pasangan yang menagih dadah dengan menggunakan jarum suntikan.

Presiden Majlis Aids Malaysia (MAM), Tan Sri Zaman Khan berkata, realiti baru epidemik HIV dan Aids di negara ini telah berubah dari transmisi yang berpunca daripada perkongsian jarum suntikan, kepada transmisi seksual.

Menurutnya, perubahan ini membawa implikasi besar dalam usaha membendung epidemik HIV dan Aids kerana meletakkan golongan wanita sebagai kumpulan sasaran yang terdedah dijangkiti HIV.

“Sebagai bukti, terdapat peningkatan tiga kali golongan wanita dijangkiti HIV sejak 10 tahun lepas. Nisbah jangkitan baru, daripada 1.2 peratus pada 1990 kepada 9.4 peratus (2000) dan 18.3 peratus pada 2010.

“Dalam konteks setempat, berlaku peningkatan peratusan kes baru HIV dalam kalangan wanita di Terengganu iaitu daripada sembilan peratus pada 2000 kepada 12 peratus pada 2010. Saya berasa dukacita kerana dalam situasi ini, sebahagian besar daripada wanita ini termasuklah ibu dan isteri yang taat setia di rumah, dijangkiti HIV melalui pasangan yang mengamalkan aktiviti berisiko seperti menyuntik dadah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Seminar Memperkasa*kan Wanita Menangani HIV/Aids sempena sambutan Hari Aids Sedunia anjuran Ke*menterian Pembangunan Wanita dan Masyarakat (KPWKM), Lembaga Pendu*duk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dengan kerjasama ahli gabungan MAM Terengganu dan Komuniti Cakna Terengganu di Hotel Tanjung Vista, Kuala Terengganu.

Seminar itu dihadiri 100 peserta wanita dan remaja perempuan, dalam usaha memperkasakan diri dengan kesedaran dan ilmu pengetahuan mengenai hak asasi mereka dan kesihatan dalaman serta luaran, iaitu mengenai isu cara jangkitan, pencegahan penularan virus HIV/Aids.

Menurutnya, pada akhir 2009, dianggarkan 33.3 juta penghidap HIV di seluruh dunia, 15.9 juta daripadanya adalah wanita dan 2.5 juta kanak-kanak.

Mohd Zaman turut menyarankan agar wanita mempunyai kekuatan merundingkan seks selamat supaya mereka boleh melindungi diri mereka sendiri.
 
kalau isteri x taat plak buat seks bebas ngn org lain xde risiko HIV hehehehe
 
Kesian isteri kt rumah...taat punya taat dpt HIV
 
apa la punya kenyataan nie
 
ni patut kena ludah ni... panglima mana?... panglima.
 
aku rasa bini yang tak taat lagi la bnyk dijangkiti...apa punya kenyataan la
 
la apa nak jadi ni.... orang baik pun kena.....
 
ni mesti kes dh xde statement nak dikeluarkan.
 
dah tu suruh isteri jgn taat ker??

jadi puak syiah laa mcm tu, isteri boleh bermutaah ngan org lain..

kenyataan negatif mcm nie menggalakkan lagi isteri berlaku curang.

ni patut kena ludah ni... panglima mana?... panglima.
 
Back
Top
Log in Register