BTC USD 64,266.9 Gold USD 4,463.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isteri suruh pulang CD dibelasah suami

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KUALA LUMPUR: Hanya kerana menyuruh suami memulangkan cakera padat (CD) lagu milik abangnya, seorang wanita teruk dibelasah ketika pasangan itu menaiki kereta untuk pulang ke rumah mereka di Cheras, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, mangsa berusia 20 tahun bertanya kenapa suaminya tidak pulangkan CD itu walaupun mereka menghadiri majlis hari jadi di rumah abangnya di Sentul.


Suaminya yang berusia 20-an itu tidak mempedulikannya pertanyaan isterinya, namun wanita terbabit yang mendesak menyebabkan mangsa naik angin dan memarahinya.

Menurut sumber, lelaki terbabit memberitahu CD yang dipinjamnya rosak dan dia akan menggantikan semula, namun mangsa masih tidak berpuas hati menyebabkan berlaku pertengkaran.


“Si suami yang gagal mengawal kemarahannya memukul kepala mangsa dengan tangan beberapa kali sebelum menyuruh mangsa turun dari kereta,” katanya.


sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/IsterisuruhpulangCDdibelasahsuami/Article/index_html
 
macam-macam hal..

ta** punya pasal pun mau gaduh ke

maybe isteri dia maki dia kot. tapi tak kan la sampai nak belasah perempuan tu. lepas ni maybe perempuan tu takut dengan dia,tapi hormat tu tak de.
 
bila sabar dan iman kurang dalam diri,
mudah hilang pertimbangan.
 
aku rse pompuan jenis xpaham bahase..
da ckp cd rosak lagi ditanye macam2..
lme2 laki die hangin..
laki die pon aku rse panas baran gk..
 
Back
Top
Log in Register