BTC USD 84,376.5 Gold USD 4,112.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isteri perlu bersedia

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR: Golongan isteri perlu sentiasa bersedia menghadapi kemungkinan waktu susah walaupun ketika ini mereka mungkin bahagia bersama suami, berikutan keadaan itu boleh berubah sekelip mata sekiranya ditinggalkan suami atau suami meninggal dunia.
Ketua Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (Pertiwi), Prof Datuk Dr Nik Safiah Abdul Karim berkata, mereka perlu mempelajari pelbagai jenis kemahiran secukupnya bagi memperlengkapkan diri masing-masing supaya kehidupan mereka tidak terkontang-kanting sekiranya ditinggalkan suami selama bertahun-tahun tanpa sebarang nafkah untuk menyara keluarga.


Beliau berkata, seseorang wanita itu sebaiknya mempersiapkan diri dengan kemahiran sejak awal sebelum mereka berkahwin dan terus mempelajari sebarang kemahiran yang boleh mendatangkan keuntungan dan dijadikan kerjaya sampingan suatu hari kelak walaupun suami enggan membenarkan mereka berkerja.


“Wanita sepatutnya boleh berdikari dan tidak terlalu bergantung dengan suami hinggakan bila ditinggalkan, mereka jadi patah semangat.


“Wanita tidak boleh duduk saja dan menangisi nasib mereka atau menagih simpati serta bantuan dari badan tertentu, sebaliknya perlu berusaha mencari nafkah melalui kemahiran yang ada kerana ia mampu memberi lebih pendapatan jika hendak dibandingkan dengan bantuan yang diberi,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Dr Nik Safiah berkata, ada banyak badan sukarela (NGO) serta kementerian yang menyediakan pelbagai kursus kemahiran seperti memasak, kraftangan, jahitan dan berniaga secara kecil-kecilan dalam usaha membantu golongan ibu tunggal serta wanita teraniaya mencari pendapatan sendiri.


Beliau berkata, golongan isteri ditinggalkan suami juga perlu rajin menyertai persatuan seperti persatuan ibu tunggal kerana selain mendapat kemahiran yang diajar di situ, mereka juga secara tidak langsung mendapat sokongan moral apabila bergaul dengan golongan senasib serta mempelajari pengalaman orang lain.


“Pendek kata, wanita perlu berusaha untuk berdikari dan memajukan diri sendiri tanpa bergantung kepada suami kerana jika berlaku apa-apa perkara yang buruk, kehidupan mereka tidak terlalu tertekan atau merana.


“Bagi wanita yang mempunyai anak, saya hendak ingatkan walau susah macam manapun, pelajaran anak perlu dijaga baik kerana melalui pelajaran, kehidupan susah anak dan diri boleh berubah jika anak berjaya dalam pelajaran,” katanya.


Katanya, isteri perlu berusaha menjejaki pasangan yang meninggalkan mereka melalui keluarga dan saudara-mara pihak suami atau badan tertentu seperti jabatan agama Islam supaya situasi hubungan dapat dibincang dengan mengambil keputusan bercerai secara baik.


Beliau berkata, suami wajar melepaskan saja isteri mereka jika sudah tidak mahu bersama demi kepentingan wanita itu supaya dia boleh meneruskan kehidupannya dengan baik.

“Bagi suami yang bekerja dengan majikan, isteri boleh membuat tuntutan melalui mahkamah supaya nafkah kepada anak-anak dibayar suami secara potongan gaji kerana mereka sudah tidak bertimbang rasa, jadi jika minta secara biasa memang tidak dapat,” katanya.


Semalam, Metro Ahad melaporkan semakin ramai wanita menderita zahir dan batin selepas ditinggalkan suami dan digantung tidak bertali bertahun-tahun lamanya tanpa sebab munasabah.
Click Here
 
ada dunia , sekejap atas sekejap bawah...bila kat atas jgn lupa pdg2 kat baah skit...bila kat bawah sama2 daki naik atas...
 
setengah wanita ni bila ada suami semua tak reti nak buat sendiri...tapi bila dah solo insyallah boleh...
 
Btol2..kena pndi berdikari la, jgn harap pada suami jer...
 
kene kelepet sikit duit wat simpan
 
yg perlu di ingatkan selalu ialah semua yg ada dlm dunia ni hanyalah pinjaman dari Allah swt sahaja...
 
Suami2 yang sayang isteri dan anak, meh contact aku. Boleh tinggalkan nafkah lepas meninggal dunia. Tq.
 
setiap org mmg perlu berdikari
ikut kesesuaian situasi la
tambah2 lg isteri andaikata perkara x d ingini berlaku kat suami
bila isteri da bersedia
nanti xkan ada masalah d kemudian hari
 
sbb tu bg aku kalau nak kawin aku xnak laki aku paksa berhenti kerja dan duduk rumah..

at least kalau aku kerja aku ada simpanan aku sendiri kalau terjadi apa2...
 
Back
Top
Log in Register