Dan korang tahu apa nasihat dari mak bapak dia atau adik beradik dia atau kawan kawan dia?...
“Sabarlah, kamu baru kahwin seminggu dah nk merungut, sabar..”
HeHE..semua org akan nasihat isteri korang supaya bersabar sebab baru kahwin seminggu.., maka dah tentu dia akan cuba bersabar dan sesuai dengan perasan dia mencuba utk sabar dengan kerenah korang, korang uji dia ‘secukup rasa’.., jgn bagi muka, jika dia tunggikan suara, korang terus cantas.., jika dia buat salah, korang terus naik angin.., jika dia merajuk, korang terus mengamuk!
Perempuan ni jika sekali mereka membebel dan korang diam sahaja, maka hari harilah korang kena leter, maka jangan biar mereka lakukan kesalahan terhadap suami..., jika mereka angkat suara dan korang diam dengan niat bersabar kononnya, itu bukan mendidik isteri namanya, lagi punah ada..
Jangan bagi peluang isteri derhaka pada korang, walaupun sekali seumur hidup! Ingat senang ke nak masuk shurga?
dah... cukup lah tu, jangan pulak sampai tahap pukul.., dan jgn bagi ujian macam tawanan perang, tegas dan garang sikit jerr, tak payah naik tangan dan kaki, jeling tajam jer cukup.., dan korang akan dapat lihat betapa hebatnya ciptaan Allah terhadap makhluk perempuan ini, korang akan dapati mereka cukup sabar.., almaklumlah baru kahwin.., semua perempuan yg baru kahwin dan dapat bersabar dgn karenah suaminya, maka ada potensi untuk menjadi isteri cerdik yang solehah.. Amin..
Sekarang kita kena jadi seperti director filem yang bijak yg mana di awal babak filem, sewaktu penonton masih bersabar, waktu tu kita kena letak babak yg berat dan boring tetapi penting dalam memperkukuhkan jalan cerita sebelum menuju happy ending..
Ok,dah hampir sebulan berkahwin, korang bagitahu isteri yang korang ni nak pergi belajar kurus ugama selama beberapa hari, jadi duduk rumah elok elok, jangan buat hal, nanti abang pulang jika ada perkara yang tak sedap di lihat dan didengar, siap kau!!
Maka korangpun pergilah kursus usaha atas iman selama tiga hari tiga malam anjuran Masjid Sri Petaling misalnya atau apa apa kursus ugama yang semakna denganya...
Habis tiga hari, korangpun pulang.., tapi bukan kepulangan yg biasa, korang dah berubah, sekarang korang kena menjadi diri korang yang sebenar iaitu, seorang suami yang penyayang, kelakar dan romantis...
Skarang, baru boleh tlg isteri buat kerja rumah, dan rendahkan julat piawai standard mutu khimat isteri yang mana jika isteri buat silap, tegur dengan lemah lembut, jika isteri masak tak sedap, tegur dengan berhikmah.., jika lihat isteri penat, urut belakang dia, gengam tangan dia, puji dia.., kucup kening dia, jilat tahi lalat dia.., dan inzalkan dia, cari G spot betul betul..
Maka dah tentu isteri akan bertanya (atau jika dia tak bertanya koranglah yang kena tanya):
“kenapa abang dah berubah?”
“Sebenarnya abang belajar masa kat kursus baru baru ni, kita orang islam kena sayang kat isteri, didik isteri hidup cara nabi, Hidup sederhana, ajar ugama dan sebagainya..., sebab tulah abang dah berubah, abang nak jadi suami yang baaaaaaaaik pada ayang, baik pada anak dan mak mertua.., ayang ayang, jom kita bersetubuh lagi...”
Ok, dah jadi suami romantic tak semestinya kena buat semua kerja rumah, biar juga isteri buat kerja rumah cuma tolong sikit-sikit waktu free luar biasa.., contohnya bila isteri masak kita tolong makan dan tolong basuh pinggan kita sebijik dah cukup, baju kita tolong letak dalam bakul supaya tak bersepah dan biar mesin basuh yang basuh, isteri sidai, sorting, dan gosok, kita Cuma tolong pakai sahaja... begitu lebih kurang..
Cuma pada malam hari, sbelum bertahajjud, jika korang terlihat pinggang mangkuk yang tak terbasuh, korang basuh tanpa pengetahuan isteri, jika rumah sedikit bersepah, korang kemas tanpa pengetahuan isteri..., dan korang lihatlah betapa terharunya isteri korang dgn perubahan ini, dan inipun jangan buat hari hari, tengok harilah...
Kemudian jgn lupa, setiap kali balik Kursus tiga hari, korang masak kat isteri masakan yang korang belajar dgn jemaah tabligh, asyik rasa air kemaluan jer.. apa salahnya sekali sekala bagi isteri rasa air tangan pulak...
Lepas tu jgn puji org lain depan isteri dan jika isteri buat benda baik, puji cepat cepat dan bagi hadiah, hadiah murah takpe seperti sekeping coklat yg ada kacang gajus di dalamnya yg berharga RM 3 ringgit sekeping.., dan jika isteri buat salah, tegur dengan lemah lembut..., sambil cium tahi lalat dia..., dan selalulah buat lawak dengan isteri korang..
Sekali sekala bawak isteri jalan jalan, mkn kat luar atau pergi melancong..., oh ye terlupa pulak, lepas kahwin itu hari jgn terus pergi berbulan madu, pergi selepas isteri korang juga turut sama kursus tiga hari untuk perempuan, lepas tu baru berbulan madu, maka itu akan menjadi kenangan yang lebih bermakna...
Sebelum terlupa, setiap malam habiskan masa selama setengah jam bersama isteri membaca kitab Fadhail Amal dan Kitab Mutakhab Hadith, baca gilir-gilir, dan baca tiga hadith setiap bab, ada bab iman, bab solat, bab ilmu, bab zikir, bab ikram, bab niat dan bab dakwah.., insyAllah hadith Nabi ada nur yang tersendiri yg boleh memberi cahaya pada pembaca dan pendengar yang mana apabila hati datang cahaya hadith Nabi, maka akan mudahlah utk kita amal ugama.., dan secara tak langsung ‘Nabi’ seolah olah sedang bercakap dengan korang dan isteri tentang mencari bahagia di dunia dan di akhirat..
Jika isteri Tanya: “nak buat sampai bila bacaan Hadith ni bang?”
Korang jawablah: “buat sampai mati..”
Dan ketika baca hadith, biasanya akan banyak kena batang hidung isteri atau suami, maka ambiklah peluang itu untuk panjangkan nasihat apa yang patut..
Satu lagi adalah bab solat berjemaah, jgn sesekali solat berjemaah dengan isteri kecuali solat sunnat, maka korang kena bertegas bab ni, sebelum masuk waktu lagi pesan pada isteri yang mereka kena siapkan pakaian solat korang, kopiah, kain pelikat dan sebagainya.., dan mereka pula, sewaktu korang nak pergi solat dah pakai kain sembahyang siap siap, bak kata pepatah keremayat, suami dengar azan dalam masjid, dan perempuan mendengar azan di dalam kain sembahyang... bersatu mereka di dalam shurga, chewahh..
Dan bila korang dah balik solat berjemaah pastikan isteri sudah solat di awal waktu, barulah ada banyak masa untuk bersetubuh, faham?!
Alangkah bagusnya ketika korang terjaga di waktu malam kerana nak kencing, dan sewaktu nak
pergi bilik air, korang terlihat sejadah sudah terbentang di ruang solat, bersama kain pelikat dan baju melayu yang terlipat cantik, di dalam kopiah pula ada nota: kenang aku dalam doamu.., chewahh, semua ni nak kena ajar isteri supaya mereka menjadi sebaik baik perhiasan dunia dan ketua pada segala bidadari..
Apa yang penting, korang boleh bergurau senda dan buat lawak pada semua benda kecuali bab ugama, ini kena serius, Aiyah r.a meriwayatkan sewaktu bersama Nabi baginda selalu tersenyum tetapi sebaik azan berkumadang, wajah Nabi berubah seolah tidak kenal padaku..
Maka korang bab ugama memang kena serius, jika korang ada aktivi di surau jam 6 petang, maka tepat jam 6 petang korang terus pergi surau, walaupun isteri nak ajak shoping ke, ajak jalan jalan ke, ajak minum petang ke, boh layan jer.., abaikan mereka, jangan bagi muka dalam bab ugama, kena serius, sekali korang bagi muka, maka isteri korang akan menjadi penghalang dalam sepanjang ketaatan korang pada Allah...
Isteri yg membantu suami taat perintah Allah adalah seperti tayar yang sama saiz dalam perjalanan, maka mudah dan lancarlah perjalanan korang menempuh ranjau hidup, tapi jika isteri tak bantu maka ibarat tayar yang tak sama saiz, korang tayar besar, mereka tayar kecik, maka berpusing pusinglah kereta korang dalam satu bulatan walaupun enjin power tapi tak ke manapun...
Second last, bila isteri buat sesuatu yg menyinggung perasaan dan korang tiada pelung untuk bercakap tentang hal itu, maka nasihatlah ia sebaik sahaja selepas mereka inzal, selepas mereke kesedapan selepas bersetubuh, dan antara tidur dan jaga, waktu tu korang nasihatlah apa yang korang nak nasihat, insyAllah mereka akan membawa nasihat itu dalam mimpi yang indah dan berubah esok pagi seperti apa yang korang harapkan.. : )
Akhir sekali, bila korang dah jadi baik, kelakar, penyayang dan romantic, tapi ada jugak hari harinya yang mana korang naik angin, maka waktu tu isteri korang pula yang akan cakap:
“bila lagi abang nak pergi kursus belajar ugama, saya nampak abang dah lain macam jer”
Kan bagus, dapat isteri yg menggalakkan suami keluar jalan Allah... : )
Dan berbalik kepada mak bapak dia atau adik beradik dia atau kawan kawan dia yang nasihat isteri supaya bersabar tempoh hari dah tentu akan follow-up..
“macam mana suami, masih buat perangai ke?”
Maka automatic isteri korang akan bercerita betapa bahagianya hidup sekarang sebab suami dah berubah semenjak balik kursus 3 hari, eh, nampaknya isteri dah berdakwah pula pada mak bapak dia atau adik beradik dia atau kawan kawan dia tentang betapa penting suami terlibat dalam usaha atas iman..
Kan bagus tu? : )
Sebenarnya mungkin korang tak perlu buat 100% seperti apa yg aku tulis, tapi idea ada kat situ.., insyAllah dengan kaedah sebegini, isteri akan menjadi lebih takut dan hormat kepada korang, kerana jika mereka masuk neraka, mereka boleh tarik korang masuk neraka, maka kerana itulah korang kena melentur isteri biar dari malam pertama...
Seorang suami yang takut kepada Allah, maka semua makhluk termasuk isterinya akan takut padanya.., takut di sini bukan seperti takut pada hantu, tapi takut melukakan hati suami kerana isteri itu sedar bahawa shurga wanita itu ada dalam keredhaan semuanya...
“Wahai orang-orang yg beriman, jagalah dirimu dan keluargamu dari api Neraka yg bahan bakarnya manusia dan batu”.(At-Tahrim : 6)
Ps: Melentur anak biar dari rebungnya, melentur isteri biar dari pecah daranya..., woha!