BTC USD 62,496.3 Gold USD 4,319.59
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isteri maut digilis, suami kritikal

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


SHAH ALAM - Seorang wanita maut digilis, manakala suaminya dilaporkan kritikal selepas terbabit kemalangan di Jalan Matang Pagar menghala ke Matang Pagar, Sungai Buloh, semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Junaidi Bujang berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, pasangan suami isteri terbabit yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda dalam perjalanan dari Bukit Rahman Putra menghala ke Matang Pagar.

Beliau berkata, bagaimanapun ketika tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggang pasangan suami isteri itu bergesel dengan sebuah lori yang tiba-tiba menukar laluan.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan motosikal pasangan suami isteri terbabit terjatuh, sebelum mangsa wanita, M A Kamala Devi, 49, tercampak ke bawah lori.

"Kamala Devi maut di lokasi kejadian selepas perutnya digilis.

"Suaminya, V Raja berusia 53 tahun yang tercampak atas jalan raya mengalami kecederaan parah di kepala serta pecah buah pinggang," katanya.

Junaidi berkata, mangsa yang maut dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat, manakala suaminya juga turut menerima rawatan di hospital sama.

Menurutnya, pemandu lori yang merempuh kedua-dua mangsa itu bagaimanapun melarikan diri selepas kejadian.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil ke balai polis terdekat bagi membantu siasatan," katanya.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/isteri-maut-digilis-suami-kritikal-1.158774
 
situ memang bahaya lah beb ... ada selekoh maut ditambah jalan tak rata berlubang dll serta ada pembangunan kat situ lori keluar masuk
 
dah tu nak buat mcmana? nak beli kereta tak mampu sbb cukai gomen mahal gila, rakyat mati kena gilis pun takda hal la janji perut menteri boroi2 belaka.
 
kesian... kekdg lori ni sesuka hati je tuka lane...
 
Lori memang banyak pun keluar masuk kat kawasan bukit rahman putra-kuang-rawang.....jalan kecik yg max. 8Tan pun lori2 ni jalan dengan selamba, laju pulak tu....minta pasang palang utk lori ja penyelesaian dia..
 
Ooooo ini lah yg anak saya dok citer ada org mati kena langgar lori... dekat rumah saya tu...

Antara jam 8pagi - 6ptg memang banyak lori ankut batu/pasir...

Ada lori yg gelojoh nak kejar trip utk dptkan pendapatan lebih...

Ada kes saya lihat sebuah motor bawa perlahan belah kiri, org tua bawa, lori di belakang susah nak memotong kerana banyak kenderaan belah kanan. Selepas memotong motor tu, lori tu saje aje bawa ke sebelah kiri sekali sampai masuk bahu jalan yg ada batu2 dan pasir2... apa lagi, habis lah habuk dan pasir berterbangan depan motor org tua tu. Kesian kat org tua tu...

Kadang2 saya rasa geram nak baling batu aje... :(scam
 
Lori memang banyak pun keluar masuk kat kawasan bukit rahman putra-kuang-rawang.....jalan kecik yg max. 8Tan pun lori2 ni jalan dengan selamba, laju pulak tu....minta pasang palang utk lori ja penyelesaian dia..

kene bagi tau pihak2 yg berwajib utk tindakkan sewajarnya ..


YB .. YB yg bru dipilih .. kene diberitahu nie ..


:D
 
Lori memang banyak pun keluar masuk kat kawasan bukit rahman putra-kuang-rawang.....jalan kecik yg max. 8Tan pun lori2 ni jalan dengan selamba, laju pulak tu....minta pasang palang utk lori ja penyelesaian dia..

dulu dah pernah pasang palang...tapi kena bukak balik...ada kuari kat belakang tu...
 
Back
Top
Log in Register