BTC USD 63,476.2 Gold USD 4,482.88
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isteri maut dibakar suami

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,254
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,254
Reaction score
1,661
Points
201
Isteri maut dibakar suami

FB_IMG_1689157344054.jpg
FB_IMG_1689157403039.jpg

Foto hiasan
MANJUNG: Gara-gara tidak puas hati kerana dituduh menagih dadah, seorang suami telah membakar isterinya sendiri di kediaman mereka di Kampung Bharu, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung menerima panggilan MERS 999 daripada seorang wanita memaklumkan perbuatan suspek yang juga adik lelakinya jam 6.42 petang, kelmarin.

Menurutnya, mangsa yang berumur 33 tahun dibawa ke Hospital Seri Manjung bagi menerima rawatan, bagaimana pun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan pada jam 12.20 tengahari tadi.

Tambahnya, hasil siasatan awal mendapati punca kejadian (suami bakar isteri) adalah disebabkan oleh suspek tidak berpuas hati dengan mangsa dan keluarga isteri kerana menuduh suspek mengambil dadah.

Suspek, 28 tahun ditangkap di sebuah restoren di Lumut, di sini kira-kira jam 11 malam, semalam.

Polis juga turut merampas bahan bukti,” kata Mohamed Nordin dalam kenyataan hari ini.

Suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga 18 Julai depan bagi siasatan lanjut.

Bedah siasat ke atas mangsa akan dijalankan pada esok bagi mengetahui punca kematian.

Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
 
kiranya btol ke x dia amek dadah ni?
 
Back
Top
Log in Register