KUALA LUMPUR: Hanya kerana tidak dibawa suaminya menyaksikan pertunjukan bunga api ketika sambutan tahun baru, seorang isteri yang kini mengandung enam bulan dipercayai merajuk dan membawa tiga lagi anaknya keluar dari rumah bersama dua individu tidak dikenali dan gagal dihubungi sehingga kini.
Wanita itu juga tidak mendaftarkan anaknya di hari pertama pendaftaran sesi persekolahan tahun ini, semalam.
Suami, Azri Mohamed Saidi, 28, kini bingung memikirkan nasib isteri, Sarina Md Saa, 29, dan tiga anaknya yang gagal dikesan.
"Dia tidak pernah berkelakuan pelik begini dan ini adalah kejadian pertama sejak kami berkahwin sembilan tahun lalu.
"Bagaimanapun, semuanya berubah Jumaat lalu sebaik saya terjaga dari tidur dan menyedari isteri tiada di sisi dan cuba mencarinya di sekitar pangsapuri di Damansara Damai, namun gagal," katanya.
Azri berkata, malam sebelum kejadian, dia dan isterinya berselisih faham berhubung sambutan tahun baru dan mengesyaki isterinya keluar meraikannya bersama kenalannya yang lain.
"Sedangkan pada malam tahun baru itu, saya sibuk bekerja bagi menyara keluarga dan menampung perbelanjaan tiga lagi anak saya dan menanti kelahiran anak keempat.
"Pendapatan saya tidak seberapa dan saya perlu kerja lebih masa bagi memastikan keperluan dan kebajikan kami sekeluarga terjaga," katanya yang bekerja di sebuah restoran di Cheras.
Memikirkan nasib isterinya yang kini sarat mengandung, Azri bimbang isterinya terjerat dengan janji manis individu yang tidak dikenalinya itu.
Azri berkata, dia sempat menghubungi isterinya dan berbual dengan anak pertamanya, Nor Syakila, 9, namun lokasi sebenar mereka berada tidak dimaklumkan.
"Dia (Syakila) hanya menjelaskan "kawan mama tidak benarkan kami balik..." itu saja maklumat yang saya dapat, malah kedengaran suara lelaki yang kemudiannya mengarahkan anak saya memutuskan talian.
"Hingga kini saya tidak mengetahui nasib dua lagi anak yang turut bersama iaitu, Daniel Hakimi, 5, dan Nur Syakila, 1, dan saya memohon maaf sekiranya dia terguris dengan kata-kata saya ketika berselisih faham pada malam sebelum kehilangannya itu," katanya.
Azri membuat laporan di Balai Polis Sungai Buloh dan orang awam yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Rakan Cop atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan polis.
Sumber: Harian Metro