BTC USD 76,258.2 Gold USD 4,341.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isteri Ali XPDC meninggal dunia

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,479
Joined
Jun 17, 2007
Messages
61,479
Reaction score
7,005
Points
881
Isteri Ali XPDC meninggal dunia

SHARIFAH Azuwanna ketika dirawat di Hospital Putrajaya.
SHARIFAH Azuwanna ketika dirawat di Hospital Putrajaya.
Kuala Lumpur : Isteri penyanyi, Ali XPDC iaitu Sharifah Azuwanna Syed Joned, 53, meninggal dunia akibat kanser payudara di Hospital Putrajaya pada jam 6.08 petang, hari ini.

Rakan baik Ali iaitu Fuad Syahrin ketika dihubungi berkata, dia mendapat tahu berita sedih itu daripada Ali sendiri.

"Saya dalam perjalanan ke hospital untuk menziarahi isteri Ali tetapi dia pula hubungi saya dan beritahu isterinya sudah meninggal dunia di wad.

"Ali beritahu dalam keadaan yang sangat sedih dan saya berusaha untuk menenangkannya kerana ia sudah ketentuan Allah.

"Ali dan anak-anaknya juga sudah berada di hospital untuk menguruskan jenazah isterinya itu," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Fuad, jenazah Sharifah Azuwanna akan disolatkan di Masjid Bandar Baru Salak Tinggi selepas solat Isyak.

"Jenazah masih lagi di hospital. Selepas semua urusan di hospital selesai, jenazah isteri Ali akan disolatkan di masjid dan seterusnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Bandar Baru Salak Tinggi malam ini," katanya.

Terdahulu, Ali dimasukkan ke Hospital Cyberjaya untuk menerima rawatan paru-paru berair dan jantung lemah sejak 24 Mac lalu, manakala isterinya, Sharifah Azuwanna pula dirawat di Hospital Putrajaya kerana kanser payudara.


Bagaimanapun, Ali sudah dibenarkan keluar dari wad sejak Khamis lalu dan kini berehat di rumah.

6310012853335213239_121.jpg
 
Back
Top
Log in Register