eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
BAITULMAQDIS 2 Okt. – Israel yang didakwa melakukan jenayah perang di Genting Gaza dalam satu laporan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB), mengambil langkah-langkah luar biasa untuk mengelak para pemimpin politik dan tenteranya didakwa melakukan jenayah perang oleh mahkamah di luar negara.
Rejim Yahudi itu kini mengambil khidmat peguam terkemuka, melobi kerajaan-kerajaan Barat, di samping melancarkan kempen perhubungan awam.
Israel menyifatkan siasatan PBB mengenai serangannya ke atas Genting Gaza pada akhir tahun lalu sebagai berat sebelah, tetapi tindak-tanduk terbarunya itu menunjukkan rejim Zionis tersebut benar-benar bimbang.
Laporan PBB itu dipercayai menaikkan semangat kumpulan pro-Palestin yang sejak bertahun-tahun lalu berharap untuk mengheret para pemimpin Israel ke mahkamah di negara-negara yang mengiktiraf konsep ‘bidang kuasa sejagat’ – membolehkan seseorang dibicarakan kerana jenayah yang tidak ada kaitan dengan wilayah atau rakyat negara berkenaan.
Dalam kes terbaru, aktivis di Britain pada minggu ini cuba meminta pihak berkuasa negara itu menangkap Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak semasa lawatannya ke London, atas tuduhan jenayah perang berhubung peranan beliau dalam perang di Gaza.
Barak terselamat semata-mata kerana mahkamah Britain yang menimbangkan permintaan tersebut memutuskan beliau memiliki kekebalan sebagai seorang menteri Kabinet.
Namun, insiden itu juga membangkitkan kemungkinan pemimpin Israel mendapati semakin sukar untuk melakukan lawatan ke negara-negara Eropah yang mengiktiraf bidang kuasa sejagat.
Laporan PBB yang dikeluarkan pada bulan lepas oleh Richard Goldstone, seorang hakim Yahudi dari Afrika Selatan yang berpengalaman sebagai pendakwa jenayah perang, menuduh tentera Israel menggunakan kekerasan keterlaluan dan membahayakan penduduk awam.
Ia juga menuduh pergerakan Hamas yang memerintah Genting Gaza melancarkan roket secara sembarangan ke kawasan penduduk awam di Israel.
Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC) yang menugaskan Goldstone untuk menyediakan laporan tersebut dijadual mengadakan pengundian bagi meluluskan laporan itu di Geneva, hari ini.
Bagaimanapun Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang tunduk kepada tekanan hebat AS menarik balik sokongannya terhadap resolusi UNHRC mengenai jenayah perang di Gaza, kata diplomat di Geneva semalam.
Diplomat PBB dan Eropah berkata, keputusan mengejut delegasi Palestin itu bermakna sebarang resolusi mengenai laporan Goldstone itu dijangka ditangguhkan sehingga Mac ini.
Meskipun Palestin tidak mempunyai hak mengundi dalam majlis yang dianggotai oleh 47 negara itu, negara-negara Arab dan Islam yang menguasai badan tersebut mungkin keberatan untuk meneruskan resolusi berkenaan hari ini tanpa sokongan Palestin.
Seorang pegawai kanan AS berkata, keputusan delegasi Palestin itu dibuat selepas ‘diplomasi intensif’ oleh Washington untuk meyakinkan pucuk pimpinan Palestin bahawa kelulusan resolusi tersebut akan menjejaskan proses damai Asia Barat. – AP