BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ismail Terajui Tiga Portfolio Pentadbiran Kerajaan N. Sembilan

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Ismail Terajui Tiga Portfolio Pentadbiran Kerajaan N. Sembilan​

a8db685110de9907fb0892265c30712b6a757325ba046

Kredit: FB - Dato' Ismail Lasim

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Ismail Lasim mengetuai tiga portfolio utama dalam pentadbiran kerajaan negeri bagi penggal 2026-2031, termasuk Hal Ehwal Agama Islam dan Keselamatan; Kewangan, Tanah dan Sumber Asli; serta Pelaburan, Infrastruktur, Utiliti, Komunikasi dan FELDA.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh itu turut mengumumkan lantikan sepuluh Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri termasuk mengekalkan dua exco iaitu Datuk Mohd Faizal Ramli (Linggi) dan Mustapha Nagoor (Palong).

Mohd Faizal dilantik Exco Kemajuan Luar Bandar dan Pembangunan Wilayah, manakala Mustapha kekal dengan portfolio lama sebagai Exco Pembangunan Belia dan Sukan.

Ismail berkata barisan exco diingatkan memikul amanah diberikan dengan penuh tanggungjawab kerana tugas mentadbir negeri memerlukan komitmen serta kesungguhan bagi memastikan kebajikan dan kepentingan rakyat terus terpelihara.

“Saya yakin dan percaya semua barisan diperkenankan Tuanku (Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir) faham betapa besarnya tanggungjawab kita untuk menjaga keharmonian dan kemajuan Negeri Sembilan. Lebih penting lagi mensejahterakan rakyat yang telah memberi undi dan keyakinan kepada kita,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya akan melantik seorang pegawai daripada masyarakat India bertaraf exco di bawah Pejabat Menteri Besar bagi memastikan komuniti itu turut mempunyai peranan dalam pentadbiran kerajaan negeri.

“Ini untuk kita berikan peluang pelbagai kaum (dalam kerajaan negeri)…wakil berkenaan adalah daripada MIC dan nama calon telah dikemukakan oleh parti itu...bila dilantik) nanti kita putuskan dalam mesyuarat Exco," katanya sambil menambah tiada keperluan melantik timbalan exco.

Beliau berkata kerajaan negeri turut mempertimbangkan pelantikan seorang wakil masyarakat Orang Asli dalam pentadbiran dan akan merujuk kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) bagi mendapatkan calon yang sesuai.

Terdahulu kesemua Exco selesai mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Besar Seri Menanti di sini.

 
Back
Top
Log in Register