BTC USD 61,654.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Islam itu mudah - Jeanne Abdullah

diablo

Active+ Member
Messages
3,629
Joined
May 18, 2007
Messages
3,629
Reaction score
10
Points
25
KUALA LUMPUR 9 Ogos - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah berkata, ajaran agama Islam tidak seberat yang disangka, serba sederhana dan tidak pernah memudaratkan penganutnya terutama yang baru menjadi saudara baru agama berkenaan.Jeanne, 55, berkata, beliau yang menganut Islam sejak berusia 23 tahun tidak pernah rasa terbeban dengan setiap ajaran termasuk Rukun Islam.

Katanya, sejak berkahwin dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Jun tahun lalu, beliau menerima sokongan kuat suaminya dalam menjalankan ibadah agama.

''Setiap pagi kami akan sembahyang berjemaah dan selepas itu, kami akan mengaji al-Quran bersama. Abdullah akan bacakan setiap ayat itu manakala saya akan membaca terjemahan dalam bahasa Inggeris.

''Saya merasakan melalui pemahaman dalam setiap ayat yang dibacakan dapat membantu kita memahami keindahan ayat suci al-Quran dan mempercepatkan proses mengingatinya,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen Saudara Muslim Peringkat Kebangsaan 2008 anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di sini hari ini.

Konvensyen yang julung kali diadakan itu turut dihadiri oleh kira-kira 2,000 saudara baru bersama anak-anak mereka adalah satu cara untuk mereka bertemu dan bertukar-tukar pengalaman serta memperoleh maklumat berguna dalam menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim dan Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Datuk Sheikh Abd. Aziz.

Pada majlis yang sama, Jeanne turut menyampaikan hadiah kepada dua pemenang Anugerah Saudara Muslim Cemerlang 2008 iaitu Pro-Canselor Universiti Malaya (UM), Toh Puan Dr. Aishah Ong dan Penolong Setiausaha Kehormat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Ann Wann Seng atau Ann Abdullah.

Dalam pada itu, Aishah pada sidang akhbarnya berkata, beliau tidak mempunyai masalah untuk menganut Islam kerana ada di kalangan ahli keluarganya yang berkahwin campur.

''Bagaimanapun, cabaran terbesar yang perlu dihadapi ialah menunaikan sembahyang lima waktu serta khatam al-Quran. Saya mengambil masa yang agak lama untuk menyempurnakan dua perkara tersebut,'' ujarnya.

Perkara sebaliknya berlaku pada Ann apabila tiada seorang daripada keluarganya yang menganut agama lain selain Buddha dan permintaannya itu mendapat bantahan daripada mereka.

''Saya mendalami agama Islam 10 tahun sebelum mengambil keputusan memeluk agama ini. Saya juga membuat kajian dan perbandingan beberapa agama lain dan mendapati ajaran Islam terbukti bersifat universal,'' ujarnya.

Jeanne berkata, beliau juga menyedari Islam adalah agama yang sempurna di muka bumi ini dan merasakan segala tindak-tanduknya kini mendapat rahmat daripada-Nya.

''Contohnya, pengertian yang terdapat dalam Ummul Kitab, al-Fatihah yang mempunyai seribu satu pengertian.

''Dahulu agak sukar untuk mengingatinya, selepas membaca terjemahan, saya memulakan semua ibadah harian saya dengan ayat itu,'' ujarnya.

dn_02.1.jpg

aiyak tudung litup . sebab majlis ni je ke ? wakakaka . ops x leh komen lebih2 . aku kasi korang je komen . jgn lupa tgk aku bold tu :eek: :eek:
 
ok la tu kalau die pagi2 pun bangun semayang jemaah. zaman sekarang ni orang pakai tudung pun belum tentu ok,so kalau tak pakai tudung pun tak semestinya tak baik ye tak..
 
nampak cantik la pulak si jeane ni bila tudung cam tu....tapi kalau tudung Rosma....letih
 
kitab apa yang pak lelah ajar kan erk?..

kitab hadhari....

adeh....:))
 
kitab apa yang pak lelah ajar kan erk?..

kitab hadhari....

adeh....:))

betul mudah islam yg pak lah ajar nih...

harap betul la....maybe tak sampai lg part wajib bertudung tu..

tunggu jer la... :(
 
mudah... dah cakap mcm laki dia dah minah nie.... main ikut sedap mulut je...
 
soal ibadahnya aku xmo sentuh...

cuma, patutnya ciri2 wanita islamnya lebih sempurna memandangkan dia isteri kepada perdana menteri malaysia dan pengasas Islam Hadhari...
 
kdg2..org tu lebih mengenali dirinye sendiri..
org2 yg sekeliling mcm kite nie..kena pndi2la jaga mulut msg2..
tersalah ckp..naye kat akhirat nnti nk meminta maaf..
dosa sesama manusia..manusia tu sendiri kena setelkan..
sekadar peringatan pada diri sendiri..dan rakan2 yg lain..
 
soal ibadahnya aku xmo sentuh...

cuma, patutnya ciri2 wanita islamnya lebih sempurna memandangkan dia isteri kepada perdana menteri malaysia dan pengasas Islam Hadhari...
Aku pun tak mahu sentuh. Malah aku tak suka mengaibkan orang. Cuma yg boleh adalah kita cakap secara umum tanpa direct sebut nama seseorang melainkan dah tahap memerlukan. Bab ibadah seseorang ni, tu biar mereka yg setel dengan Allah. Kita ni, teruskan dakwah semampu boleh.

Aku rasa, daripada mengata kepada Datin Jean tu, better doakan something untuk dia. Kalau mengata, aku rasa, makin teruk jadinya. Ya lah, kata2 ni boleh jadi doa. Moga2 dia bertudung dgn cara yg betul kelak. AMIN.

Begitu juga dgn Pak Lah, moga2 kelak tersedar dari tidur yg panjang tu. :D

Dan aku juga harap, kita jangan sound isteri2 Menteri jer. Maybe ada ahli keluarga kita yg tak tutup aurat tapi kita tak dakwah mereka. Patutnya kita dahulukan dakwah org terdekat dulu. Lagi2 anak bini kita. So dakwah tu kena adil la, jgn memilih orang.
 
Last edited:
setuju

Betul tu, pandanglah diri kita dulu sebelum mengata orang lain.
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register