BTC USD 63,377.6 Gold USD 4,326.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Islam itu mudah - Jeanne Abdullah

betul mudah islam yg pak lah ajar nih...

harap betul la....maybe tak sampai lg part wajib bertudung tu..

tunggu jer la... :(

ISLAM itu MUDAH

tetapi jangan pula NAK DIPERMUDAHKAN atau NAK AMBIL MUDAH

:-? :-? :-? :-?
 
Itulah sebab ambil jalan mudahlah Islam dipermudahkan.Mana ada jalan mudah nak dapat syurga Allah.Kat duniapun kalau nak dapat sesuatu kena ikut jalan susah.Apatah lagi nak dapat syurga yang tak terhingga nilainya.Cakap cakap Islam itu Mudah ni kerja orang yang nak permudahkan Islamlah.Rasullullah dulu nak tegakkan Islam berapa punya susah,macam macam Baginda kena tempoh.Umat sekarang ni aje yang anggap Islam itu mudah. Ungkapan MUDAH tu hanya untuk tarik perhatian orang bukan Islam aje..Tapi.....untuk dapat sesuatu yang berharga dalam Islam bukan semudah itu.
 
Bagus la begitu. mmg bagus la Pak Lah n Jeanne amalkan ibadah macam tu. Aku setuju sangat2. Membawa isteri ke arah kebaikan. Kan cantik Jeanne pakai tudung penuh mcm dalam gambar tu...







Tapi aku tetap tak setuju kalau bab pakai tudung separuh2 ni... lagi satu aku tetap tak setuju dengan Islam Hadhari...
 
ok la tu kalau die pagi2 pun bangun semayang jemaah. zaman sekarang ni orang pakai tudung pun belum tentu ok,so kalau tak pakai tudung pun tak semestinya tak baik ye tak..

Aku nak komen yang nii...
Memang betul, yang bertudung tak semestinya baik...
tapi kalau nak jadi baik wajib bertudung...

:) :)
 
Islam itu mudah..

tapi bukan semudah yg disangkakan..

renung2kan...Allahuakbar!
 
oraitla tu..sekurang2nya die bangun smayang subuh dari org len subuh gajah..xpon x solat lgsung..doa je r yg baek2.utk sume umat islam..kite ni sesame sedare gak:)..
 
apabila isteri pak imam hadhari bersuara..:D:D
 
Islam itu mudah - Islamic ways are easy

Maksud ugama mudah di sini bukannya jika kita letih, kita boleh solat lengah-lengah.., jika sakit sikit terus tak puasa, jika malas, terus jamak solat.. jika sibuk terus tinggal solat dengan niat qotho.., jika takut dan malu nak berdakwah depan orang lalu bukak blog so called Islamic, jika tak nak ikut Sunnah boleh ikut Bidaah.., bukan! Bukan dan bukan!!!

Maksud sebenar ‘Islamic ways are easy’ adalah.. semua orang boleh amal ugama tanpa mengira sama ada seorang itu sihat atau cacat, kaya atau miskin, gemok atau kurus, hitam atau sawo matang, cantik atau burgok.., semua boleh amal ugama!

Malahan ‘Islamic ways is easy than riding a bicycle!’

Tak percaya Islam lebih mudah dari naik basikal?.., kenapa tidak? Nak naik basikal kena ada kaki, kena pandai balance, kena pegang handle.., mata kena bukak, rantai kena letak minyak dan lain lain.., sedangkan untuk amal ugama, takde kakipun takpe, orang cacat masih boleh solat, orang buta masih boleh puasa.., orang bisu masih boleh bayar zakat.., orang miskin masih boleh makan cara Nabi, kan senang tu? Semua orang boleh amal ugama.., Oh! adilnya Allah…, sungguh Maha Adil..

Begitu juga bab-bab lain dalam hidup,, Nabi tak beli kereta bayar muka RM 10 ribu dan bayar bulan-bulan RM 800 serta simpan RM1500 setahun untuk Road Tax dan Insurance.., tapi Nabi jalan kaki sahaja.., kan mudah tu?

Nabi juga bila nak makan, Nabi makan guna tangan tak guna sudu, Nabi makan duduk tak guna kerusi meja, kan mudah tu? Orang miskin pun boleh ikut sunnah.., Nabi kahwin dengan maskahwin yang murah, Nabi pakai baju yang murah, Nabi makan makanan murah dan lain lain, itukan mudah?

Maka janganlah mudahkan IBADAT ikut nafsu kita.., bab ibadat tetap kena MUJAHADAH macam Nabi Muhammad SAW dan sahabat RA buat…, kena pergi solat jemaah, kena dajwah dari hati ke hati dan lain-lain, baru boleh capai tahap seperti mereka, dan selain dari cara Nabi dan sahabat yang di mudahkan dalam beribadat adalah bidaah!! Dan bidaah itu sesat! Boleh bawa masuk neraka…

Faham?
 
kan elok dia bertudung tu...

harap2 terus bertudung... isteri pm dan isteri agung..

kan molek tu..

walaupun tudung bukan penentu, tetapi "jika tidak bole buat semua, jangan tinggalkan sume.."
 
Back
Top
Log in Register