ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Bangunan baharu Sekolah Antarabangsa Kuantan (ISK) di Indera Mahkota menyediakan kemudahan lengkap untuk pelajar.
KUANTAN - Sekolah Antarabangsa Kuantan (ISK) menjadi platform baharu kepada Wilayah Ekonomi Pantai Timur (Ecer) mempromosikan pendidikan antarabangsa swasta di Pantai Timur.
Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), Datuk Seri Jebasingam Issace John berkata, ISK ditubuhkan bertujuan menyediakan sokongan dari segi pendidikan bagi mendorong kemasukan pelaburan asing ke Kuantan khususnya.
Menurutnya, ISK menyediakan pendidikan kepada pelajar di peringkat rendah, pertengahan dan tinggi dengan yang berkualiti berdasarkan kurikulum dan amalan sekolah di Amerika Syarikat.
"ISK merupakan penerima manfaat projek Teraju@Ecer yang merupakan penerima Dana Mudah Cara Teraju bernilai RM1.78 juta.
"Justeru, dengan adanya ISK ini, saya yakin dapat memenuhi kehendak dan keperluan komuniti pelaburan dan perniagaan di Pahang," katanya pada Lawatan Media ke Sekolah Antarabangsa Kuantan (ISK) di Indera Mahkota, di sini, semalam.
Hadir sama, Pengarah Pendidikan ISK, Stephen Micheal Brynes, Timbalan Pengetua ISK, Dr Nurita Abu Tahir dan Pengurus Perniagaan ISK, Datin Noor Ainie Abdullah.
Sementara itu, Dr Nurita berkata, ISK kini mempunyai 65 pelajar dan 15 guru dari dalam dan luar negara.
Beliau berkata, ISK yang dibina di atas kawasan seluas 0.8 hektar itu siap sepenuhnya pada Januari lalu dan mampu menampung keperluan 400 pelajar.
"Pendekatan pengajaran di ISK adalah memberi pendedahan terhadap kehidupan di universiti melalui program yang dilaksanakan.
"Kita lebih memberi peluang kepada pelajar untuk menonjolkan bakat yang ada sama ada dalam pelajaran mahupun kokurikulum," katanya.
Dr Nurita berkata, dalam usaha melahirkan pelajar yang mampu berdepan dengan cabaran global, pelajar di ISK dilatih untuk berfikiran kritis dan bijak berkomunikasi.
Katanya, ISK yang diwujudkan sejak tahun 1996 dan beroperasi di Padang Lalang sebelum ini sudah berkembang maju dengan adanya bangunan baharu ini.
"Buat masa ini, 42 pelajar adalah orang tempatan manakala selebihnya adalah dari luar negara seperti Indonesia, Jepun, Iraq, Myanmar, Thailand, India dan Filipina.
"ISK mempunyai kemudahan yang lengkap dan moden seperti dewan serba guna, makmal komputer, bilik seni, bilik muzik dan kantin yang menyediakan tukang masak bertaraf chef profesional," katanya.
Dr Nurita berkata, ISK akan mengadakan Hari Terbuka pada Sabtu dan Ahad ini bagi menarik lebih ramai pelajar memasuki sekolah berkenaan.