BTC USD 61,867.1 Gold USD 4,328.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Iqram Dinzly Lamar Soo Wincci

kasturi

Legendary Member
gem
Messages
13,525
Joined
Jul 22, 2006
Messages
13,525
Reaction score
3,282
Points
196
Soo Wincci Menggigil Dilamar Iqram Dinzly
17 DEC 2013


thumbnail.php



Penyanyi yang kini sedang menempa nama di Taiwan, Soo Wincci mengakui berasa terkejut apabila dilamar oleh pelakon drama ‘Ayoub’, Iqram Dinzly ketika majlis pelancaran album mini terbarunya, ‘Su Win Si by Soo Wincci’, di M Suite @ Embassy Row, Jalan Ampang, baru-baru ini.

“Tangan saya menggigil ketika disarungkan cincin oleh Iqram. Benda yang paling lemah bagi saya ialah percintaan dan apabila dilamarnya, memang satu kejutan besar buat saya. Terima kasih kepada Iqram kerana lamaran ini memberi memori yang indah buat saya,” tutur Soo Wincci saat berkongsi perasaannya.

“Kami mula rapat selepas berjumpa dalam satu majlis dan saya sangat selesa dengan dia. Saya seorang yang sangat gila bekerja dan sebab itulah saya kehilangan ramai kawan. Memandangkan Iqram tinggal berdekatan dengan rumah saya, jadi saya sering keluar dengan dia. Buat masa sekarang kami hanya berkawan dulu kerana selagi saya tidak sampai ke Hollywood, saya tidak mahu fikir lagi soal jodoh.”


Mengandungi lima buah lagu antaranya ‘Terus Teranglah’ duet bersama Joe Flizzow, ‘Musim Asmara’, ‘Jangan Risau’ dan ‘Nombor 1’ di mana kesemuanya ditulis oleh Ajai, penyandang juara Miss World Malaysia 2008/2009 ini memberitahu menghadapi cabaran dari segi bahasa memandangkan ini merupakan album pertamanya berbahasa Melayu selepas menghasilkan empat album Mandarin sebelum ini.


Berkongsi mengenai pemilihan tajuk album mini terbarunya, Wincci memberitahu tajuk tersebut dipilih bagi memudahkan semua peminat terutamanya yang berbangsa Melayu untuk menyebut namanya memandangkan sebelum ini ramai yang agak keliru mengenai sebutan namanya.


“Cabaran utama saya ialah dari segi sebutan bahasa Melayu. Banyak perkataan Melayu yang saya tak dapat sebut dengan betul kerana pelat Cina saya terlalu pekat, apatah lagi saya baru saja balik dari Taiwan. Mujur abang Ajai sangat bijak dan dapat tukar lirik untuk menutup kekurangan saya,” ujar Wincci sambil memberitahu album ini dihasilkan sebagai hadiah buat peminat yang banyak menyokongnya selama ini.


Iqram.jpg
[/IMG]
 
so wincci ni belum convert islam lgi kan ...

sah ke bertunang sblm convert...
 
buang tebiat budak ni rupanya haha
 
mcm lebih pada promosi album je.propa je lebih ni
 
xde mention pun depa bertunang:-?

kalau da sarung cincin tu mesti wincci terima lamaran die kan..

kalau da terima lamaran tu bukan dah kira bertunang ke....



ikut pahaman aku la kalau sorg lelaki tu nyatakan hasrat die nak kawin ngan sorg ppuan tu dan popuan tu bersetuju tu dah kira bertunang laa ...
 
Back
Top
Log in Register