thn 2009 dan 2010 astro x ada dlm list syariah compliance...yg baru ni x tau le..
syarikat
diklasifikasikan sebagai sekuriti yang tidak patuh Syariah sekiranya syarikat
menjalankan aktiviti teras yang tidak selaras dengan Syariah seperti yang
berikut:
(a) Perkhidmatan kewangan yang berteraskan riba (faedah);
(b) Perjudian dan pertaruhan;
(c) Pengeluaran atau penjualan barangan yang tidak halal atau barangan
yang berkaitan;
(d) Insurans konvensional;
(e) Aktiviti hiburan yang tidak selaras dengan Syariah;
(f) Pengeluaran atau penjualan barangan yang berasaskan tembakau atau
barangan yang berkaitan;
(g) Pembrokeran atau jual beli sekuriti tidak patuh Syariah; dan
(h) Aktiviti lain yang didapati tidak selaras dengan Syariah