Laporan terkini menyatakan ASTRO dijadualkan disenarai semula di Bursa Malaysia pada September 2012. ASTRO dinyahsenarai oleh pemegang saham utamanya, hartawan Ananda Krishnan pada 2010 dalam penjanjian Persendirian bernilai RM8.5 billion pada harga tawaran RM4.30 sesaham.
Harga Tawaran Awam Awal (IPO) bagi penyenaraian semula Astro dijangkakan tidak kurang daripada RM7.50 berdasarkan kepada penilaian ASTRO lebih RM15 billion (unjuran keuntungan 2013 : RM526 juta X Nisbah Harga Perolehan 30).
Nilai ASTRO ini adalah 2 kali ganda daripada nilai semasa ASTRO dinyahsenaraikan pada tahun 2010 (RM8.5 billion dengan harga sesaham RM4.30) . Tetapi sekiranya ASTRO dinilai pada Nisbah Harga Perolehan (PER) 20, harga tawaran awam awal dijangkakan tidak kurang daripada RM5.30 sesaham.
Astro mencatatkan purata pendapatan oleh setiap pengguna sebanyak RM81.60 kurang dari dua tahun lepas iaitu sebanyak RM82.48. Jumlah pelanggan Astro berjumlah 3.2 juta.
Malaysia mempunyai 6.7 juta isirumah, dimana 46.4% telah pun melanggan siaran TV berbayar.
-sumber - entah lah lupa dari mana pulak ..

-