TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
Apple Inc., bakal melancarkan iPhone 6S serentak dengan pengenalan jam tangan baharu iWatch dan iPhone 7 pada tahun depan. – gambar hiasan
LONDON 2 Dis. – Selepas tiga bulan pelancaran iPhone 6 dan iPhone 6 Plus, syarikat pengeluar telefon pintar terkemuka Apple Inc. (Apple), dikatakan bersedia untuk memperkenalkan dua model baharu iPhone 6S dan iPhone 7.
Menurut laporan Stabley Times, yang memetik maklumat daripada sumber rantaian bekalan syarikat berkenaan, Apple dikatakan bakal melancarkan iPhone 6S pada musim bunga manakala bagi iPhone 7, ia dijangka berada di pasaran pada September 2015.
“IPhone 6S mungkin mula dijual serentak dengan pelancaran jam tangan baharu Apple, iWatch,” menurut laporan itu di sini hari ini.
Katanya, Apple sebenarnya tidak yakin untuk melancarkan iWatch pada musim bunga 2015 tanpa iPhone baharu untuk dijual.
Tahun lalu, Apple melancarkan dua model iPhone 5S dan iPhone 5C, diikuti iPhone 6 dan iPhone 6 Plus pada penghujung 2014.
Stabley Times berkata, Apple turut dijangka menamatkan siri model iPhone 5C menjelang musim panas akan datang.
“Jualan iPhone 5C tidak memberangsangkan jika dibandingkan dengan sasaran Apple dan pada Januari lalu sebuah firma penyelidikan melaporkan model berkenaan hanya menyumbang 27 peratus kepada jualan iPhone pada 2013,” jelasnya.
Apple melancarkan model iPhone 5C dengan harga yang lebih murah berbanding iPhone 5S pada September 2013. – AGENSI
- See more at: http://www.utusan.com.my/bisnes/kor...-7-dilancar-2015-1.31951#sthash.LJh9n05m.dpuf