BTC USD 81,002.9 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

IP Man 3

trailer #2

 
gilo lawan mike tyson kene penumbok sebijik terus tak bangun
 
Penumbuk Tyson hampir hinggap muka

box1.transformed_0.jpg

Donnie akui pergerakan Tyson rumit. Foto Michelle Gun/Youtube

Kuala Lumpur: Bintang aksi Hong Kong, Donnie Yen, 52, mendedahkan dia nyaris terkena tumbukan peninju lagenda Mike Tyson beberapa kali ketika melakonkan babak pertarungan dalam filem Ip Man 3, beberapa bulan lalu.

Donnie berkata, babak itu antara cabaran dalam filem arahan Wilson Yip itu yang dihadapinya berikutan Tyson tidak biasa berlakon.

"Tyson peninju tersohor dunia dan pergerakan dia sangat rumit. Tambahan pula dia sukar mengingati pergerakan yang diajar, jadi kami terpaksa melakukan aksi pertarungan betul.

"Mujur saya dapat mengelak tumbukan Tyson beberapa kali," katanya yang memegang watak sebagai lagenda seni pertahanan diri WIng Chun, Yip Man.

Menurutnya, peluang berlakon dengan Tyson sememangnya pengalaman baik dan dia juga peminat peninju terbabit.

"Ketika bertemu dengan Tyson, dia turut memberitahu meminati filem IpMan selepas menonton siri pertama dan kedua," katanya ketika ditemui di sidang media filem berkenaan di sini, petang tadi.

Filem IP Man 3 yang menelan kos pembikinan mencecah RM132.26 juta itu bakal menemui penonton di negara ini pada 24 Disember ini.

Barisan pelakon lain yang turut membintangi filem ini ialah Lynn Xiong, Karena Ng dan Max Zhang.


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/101004#sthash.DeLDqugl.dpuf
 
First time filem IP man yang lama tu keluar... aku mati2 ingat filem technology canggih macam Tron tuh. Sebab IP = Internet Protocol.

So aku ingatkan IP Man = Internet Protocol Man...
 
ada kenalan dah tgok pra tayangan ni, dia kata memang awesome!!
 
Donnie berkata, babak itu antara cabaran dalam filem arahan Wilson Yip itu yang dihadapinya berikutan Tyson tidak biasa berlakon.

"Tyson peninju tersohor dunia dan pergerakan dia sangat rumit. Tambahan pula dia sukar mengingati pergerakan yang diajar, jadi kami terpaksa melakukan aksi pertarungan betul.

"Mujur saya dapat mengelak tumbukan Tyson beberapa kali,"
katanya yang memegang watak sebagai lagenda seni pertahanan diri WIng Chun, Yip Man.

Kalau tak elak tumbukkan Tyson dengan pantas silap haribulan kena ambil MC 3 bulan duduk rumah buat rawatan sendiri.

Saya mesti menonton punya, lagi-lagi lawan hampir real.
 
Last edited:
mesti menarik ni
 
Back
Top
Log in Register