Saya pernah menghadiri interview dan pernah juga interview orang. Jadi sedikit nasihat yg boleh saya berikan ialah:
1. Dapatkan sedikit maklumat berkenaan syarikat tersebut.
2. Tunjukkan minat tentang jawatan yg hendak dipohon, dengan cara bertanyakan soalan2 tentang jawatan tersebut, tapi jangan terlalu pulak. Ala kadar la.
3. Jangan banyak errrrr... Bercakap sopan, tangan jangan banyak bergerak, penampilan kemas, dan kalau bercakap, pandang tepat ke wajah penemuduga. Jangan lupa senyum tenang walaupun dalam hati sebenarnya gabra gila.
4. Suara jangan gementar. Rileks dan cool. Sembunyikan semua rasa takut dan gentar, dengan beranggapan, orang yg nak temuduga tu pun makan nasi juga, macam anda.
5. Sediakan semua resume dan dokumen yg perlu dan sediakan jawapan kpd sebarang persoalan yg bakal ditanya, yg berkaitan dgn resume/dokumen anda.
6. Selawat banyak2 dan berdoa kpd Allah, minta dilancarkan semuanya.
7. Tawakal.
P.S Kalau syarikat tu syarikat Cina atau penemuduga bukan orang Melayu, maka kebolehan bertutur di dlm Bahasa Inggeris adalah penting.
Itulah serba-sedikit. Mungkin orang lain boleh tambah apa yg patut.