BTC USD 84,043.5 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Internet Slow Akibat Gempa Jepun

tempurung@85

Active Member
Messages
1,870
Joined
Sep 23, 2008
Messages
1,870
Reaction score
591
Points
71
TM (Telekom Malaysia) membuat pengumuman berkenaan kejadian gempa bumi dan Tsunami di Jepun telah menyebabkan kerosakan kabel US Cable Network (JUCN) and Asia Pacific Cable Network 2 (APCN2) iaitu rangkaian kabel yang menyambungkan rangkaian internet Malaysia ke United States (USA) and Hong Kong.

Kesannya ialah pengguna internet di Malaysia menghadapi gangguan slow browsing semasa akses ke website yang hostnya berpengkalan di USA, Eropah dan Asia Utara sejak beberapa hari lalu.

Untuk mengurangkan kesesakan laluan trafik, laluan ke website di sana akan di pindahkan kepada laluan lain dan dikawal.

TM berjanji akan membaiki kerosakan tersebut dengan segera supaya pelanggan mereka akan dapat menggunakan internet seperti sedia kala.

Untuk update pengumman terkini boleh layari website www.tm.com.my dan untuk sebarang pertanyaan boleh diemailkan kepada [email protected] dan [email protected] untuk pengguna Unify.
 
kena bagi rebat balik la kat customer kalau camni...bukan setakat slow tak bleh surf langsung..
 
TM berjanji akan membaiki kerosakan tersebut dengan segera supaya pelanggan mereka akan dapat menggunakan internet seperti sedia kala.

tak agak2 nak menipu :))
 
patut la takder intenet kat umah aku...mengamuk aku mlm tadi..hampeh betul la...nak komplen kat mana yer..:(scam:(scam











hahahaha..mmg tk pernah amik apa2 perkhidmatan intenet kat umah pun:)):)):)):))
 
Back
Top
Log in Register