BTC USD 84,064.9 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

TM Sedaya Upaya Perbaiki Perkhidmatan Internet Ekoran Gempa Bumi Di Jepun

BasicCX

Super Active Member
Messages
6,223
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
TM Sedaya Upaya Perbaiki Perkhidmatan Internet Ekoran Gempa Bumi Di Jepun

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Telekom Malaysia Bhd (TM) akan berusaha sedaya-upaya memperbaiki perkhidmatan internet selepas kedua-dua Rangkaian Kabel Jepun-AS (JUCN) dan Rangkaian Kabel Asia Pasifik 2 (APCN2) terjejas oleh gempa bumi berukuran 8.9-magnitud yang melanda luar pantai Jepun.

APCN2 ialah kabel submarin yang menghubungkan beberapa negara di rantau Asia Pasifik, sementara JUCN menghubungkan Amerika Syarikat dan Jepun.

Ketua eksekutif kumpulan TM Datuk Seri Zamzamzairani Mohd Isa berkata rangkaian kabel JUCN masih lagi tidak berfungsi sementara TM mampu menggerakkan beberapa trafik di ACPN2 ke laluan pembaikpulihan yang lain, yang akan menyebabkan pencarian yang perlahan ketika tempoh puncak.

"Bagaimanapun, kami akan cuba semampu mungkin untuk mengalih trafik ke laluan lain bagi mengurangkan dan mengembalikan penggunaan," kata beliau kepada pemberita selepas menandatangani perjanjian konsesi antara Menara Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB) dan kerajaan di sini Isnin.

Perjanjian konsesi selama 10 tahun itu yang bernilai lebih daripada RM50 juta ialah untuk pengendalian, pengurusan dan penyenggaraan Menara Kuala lumpur.

Ia disaksikan oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Zamzamzairani berkata pembaikpulihan ACPN2 dilakukan dalam tempoh dua hari sementara rangkaian kabel JUCN masih lagi berhadapan dengan beberapa masalah.

"Ia mengambil masa satu hingga dua hari untuk mengalih trafik kerana kami mempunyai perjanjian untuk pembaikpulihan dan juga laluan pembaikpulihan dengan negara-negara lain," jelas beliau.

Ditanya mengenai kerosakan, beliau berkata yang insiden itu tidaklah seteruk berbanding 2006 di mana enam hingga tujuh kabel submarin binasa ekoran kejadian gempa bumi di Taiwan.

Mengenai perjanjian konsesi itu, beliau berkata ia ialah perjanjian pembaharuan semula selepas MKLSB menunjukkan keupayaannya dalam mengendalikan Menara Kuala Lumpur sejak 15 tahun lepas.

MKLSB ialah anak syarikat TM.



-- BERNAMA
 
patut la line ienternet agak slow sehari dua nih...
laluan kabel bawah laut rosakkk..harap2 boleh baiki dgn cepat...
 
Sampai ke la ni pun slow, kebanyakkan akses keluar negara.
 
aku rasa internet biasa je kelajuannya,
cuma facebook lah lambat,
aku masih lg boleh mendownload tanpa ada apa2 kekangan kelajuan pun,
 
Padan la lembab gile nak browse Internet. facebook pun mcm siput vavi jer nak bukak. tapi nasib download takde efek. hiks..
 
P1 ako tetap bertindak dengan cemerlang. kasi potong potong geng. hehehe
 
time camni la pulak aku bersyukur guna berukaband..
tp still fb bermasalah.. apsal ek.. :-?
 
Back
Top
Log in Register