BTC USD 76,316.9 Gold USD 4,300.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Aplikasi MCMC Nexus Di Perkenalkan Untuk Menguji Kemampuan Rangkaian Internet Anda

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Di acara Mobile World Congress 2025, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah memperkenalkan sebuah aplikasi menguji rangkaian internet yang dinamakan MCMC Nexus.
image-8-576x1280.png.webp

Aplikasi ini dilihat bukan sahaja dapat menguji kadar penghantaran dan penerimaan data pengguna, tetapi juga bagaimana ia berfungsi bersama-sama sejumlah besar aplikasi internet yang popular dan sering digunakan. Aplikasi ini, yang berada dalam fasa ujian beta buat masa ini hadir dengan empat ujian rangkaian, termasuklah ujian kepantasan rangkaian, ujian pengalaman data, ujian tinjauan laluan yang membolehkan anda memuat-naik skrip sendiri untuk menguji kekuatan isyarat rangkaian dan tinjauan dalam bangunan untuk menguji prestasi rangkaian internet dalam sesebuah bangunan.
image-9-576x1280.png.webp
image-10-576x1280.png.webp
image-11-576x1280.png.webp

Lebih menarik lagi, aplikasi ini akan menunjukkan apabila sambungan peranti anda menukar pencawang dan apabila sambungan anda bertukar dari 5G ke 4G dan sebaliknya. Aplikasi MCMC Nexus ini boleh digunakan bukan sahaja oleh petugas-petugas mereka sendiri untuk menguji kualiti rangkaian tempatan, tetapi juga oleh orang ramai untuk melihat sama ada rangkaian mereka beroperasi seperti yang sepatutnya. Keputusan-keputusan ujian ini akan dihantar terus ke pihak MCMC dan juga syarikat telekomunikasi secara terus untuk membolehkan syarikat-syarikat ini menilai dan memperbaiki mutu rangkaian mereka pada kadar lebih cepat.

image-7-950x534.png.webp


Anda boleh memuat-turun aplikasi MCMC Nexus (Beta) ini di Google Play Store sekarang. Versi iOS sedang dibangunkan, dan versi penuh aplikasi ini akan diperkenalkan menjelang pertengahan tahun ini.​
 
Aplikasi MCMC Nexus Kini Di Tawarkan Untuk iPhone - Memudahkan Ujian Kemampuan Rangkaian Internet Anda

Pada bulan Mac 2025 lepas, SKMM telah memperkenalkan aplikasi MCMC Nexus untuk pengguna peranti Android. Kini, selang beberapa bulan, aplikasi sama turut telah mula ditawarkan untuk pengguna iPhone. Menggunakan aplikasi MCMC Nexus ini, ia memudahkan para pengguna melakukan ujian kemampuan dan penilaian untuk rangkaian internet mereka. Pengguna dengan mudah boleh melakukan ujian kelajuan internet, selain turut memperlihatkan data berkenaan bagaimana pengalaman menggunakan sesuatu aplikasi melalui sambungan internet berkenaan.

MCMC-Nexus.jpg.webp


Ia dikatakan selain digunakan oleh petugas MCMC, aplikasi ini turut boleh digunakan orang ramai dalam memastikan sama ada mereka menerima kualiti rangkaian seperti dijanjikan atau sebaliknya. Bagi anda yang menggunakan iPhone, anda boleh memuat-turun aplikasi MCMC Nexus ini hari ini di App Store, dan menguji rangkaian anda melaluinya.
 
Back
Top
Log in Register