TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
Instagram mengumumkan ia kini mempunyai lebih daripada 300 juta pengguna, sekali gus memintas Twitter yang mendakwa memiliki 284 juta pengguna aktif pada akhir September lalu.
Ketua Eksekutif Instagram, Kevin Systrom dalam blognya berkata, lebih empat tahun lalu komuniti global telah berkongsi lebih daripada 70 juta gambar dan video setiap hari.
Menurutnya, Instagram akan memulakan pelbagai lencana untuk selebriti, atlit dan jenama bagi membantu pengguna memastikan mereka mengikuti kategori berkenaan dan tidak melakukan peniruan.
Lencana-lencana itu akan dimulakan beberapa hari lagi, tambahnya.
Facebook selesai mengambil alih Intagram pada tahun 2012.
Harga asalnya diapungkan pada AS$1 bilion tetapi nilai terakhir lebih rendah disebabkan harga saham Facebook menyusut.
Debra Aho Williamson dari firma penyelidikan eMarketer berkata, Instagram mempunyai potensi baik bagi pengiklanan dengan anggaran 52.5 juta pengguna sebulan di Amerika Syarikat sahaja.
"Dengan 300 juta pengguna sebulan, audien Instagram menjadi paling menarik untuk pemasaran khususnya pengiklan," katanya. - MalaysiaGazette
http://www.malaysiagazette.com/ms/ekonomi/instagram-pintas-twitter