BTC USD 76,311.8 Gold USD 4,324.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Land Rover sudah jadi ‘kapal selam’

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,183
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,183
Reaction score
346
Points
141
land-rover-tenggelam-1.jpg

Sebuah Land Rover Discovery ditemui sekitar pukul 7.30 pagi. - Wales News Service

LONDON – Seorang wanita terkejut melihat sebuah kereta mewah tenggelam dalam laut di pinggir pantai Abersoch, Wales, lapor akhbar Metro UK.

Dalam kejadian 3 Mei lalu, wanita tersebut menemukan kereta pacuan empat roda Land Rover Discovery sekitar pukul 7.30 pagi (waktu tempatan) ketika dia bermain papan dayung berdiri berhampiran pantai.

Wanita berusia 45 tahun itu kemudian merakam gambar kenderaan tersebut yang telah tenggelam sepenuhnya.

“Saya tidak tahu kereta itu milik siapa,” katanya.

Kereta itu akhirnya ditarik keluar oleh pekerja sebuah ladang tempatan menggunakan kira-kira tiga traktor dan penggali.

Wanita tersebut percaya bahawa kereta itu mungkin diletakkan di pantai pada malam sebelumnya, sebelum air surut berakhir pada pukul 4.30 pagi.

“Ia memang mempunyai tali tunda di bahagian belakang yang terapung keluar dari air, jadi mungkin seseorang telah cuba menariknya keluar,” kata wanita tersebut. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register