BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Insiden Serangan Di Lubnan Tidak Jejas MALBATT - Panglima Angkatan Tentera

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
e7d2676dec9e9597743cda0ae5562ceb6749a61298372

Gambar Fail

Insiden serangan terhadap Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) tidak memberi sebarang kesan kepada pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-12 yang kini dalam misi pengaman.

Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Mohd Nizam Jaffar berkata semua anggota MALBATT dalam keadaan selamat dan operasi mereka berjalan seperti biasa.

“Tidak ada apa-apa yang memberi kesan kepada MALBATT dan mereka kini sedang dalam proses persiapan untuk pertukaran pasukan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Pasukan MALBATT 850-12 dijadualkan pulang secara beransur menjelang November ini dan akan digantikan oleh pasukan MALBATT 850-13 termasuk satu platun daripada Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

UNIFIL dalam kenyataannya semalam memaklumkan satu daripada pasukan perondanya diserang menggunakan bom tangan oleh dron dan kereta kebal Israel berhampiran Kfar Kila di selatan Lubnan.

Menurut kenyataan itu, sebuah dron Israel terbang di atas kawasan rondaan menyebabkan pasukan pengaman berkenaan mengambil langkah pertahanan bagi meneutralkan ancaman terbabit.

Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan dalam insiden itu.

UNIFIL beroperasi di selatan Lubnan sejak 1978 dan diperkukuhkan secara besar-besaran selepas perang antara Israel dan kumpulan Hizbullah pada 2006 melalui Resolusi 1701 Majlis Keselamatan PBB.

 
Back
Top
Log in Register