BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Inside Ka'bah

AllahuAkbar~~
Nabi ketika di cabut nyawa pn terasa sakitnya,inikan pula kita...
 
rasulullah saw penyuluh umat
 
siyes rase sebak dan syahdu,
Nabi Muhammad sgt sayangkan umatnya,
kite sbg umatnya pn xle tanding rase kasih sayang dia pada kite.... :((:((
 
bersyukur kita menjadi umat nabi muhammad. Bersama kita pelihara syahadah utk bertemu di telaga nabi di mashar sana
 
Assalamualaikum sahabat2 sekalian.

Maaf,tapi saya rasa ada something wrong la kat kisah kewafatan Nabi SAW ni.

Kalo berdasarkan kitab Raheeq Al-Makhtum (Sealed nectar), Nabi SAW wafat di pangkuan Aishah RA.

The Prophet [pbuh] breathes his Last

When the pangs of death started, ‘Aishah leant him against her. She used to say: One of Allâh’s bounties upon me is that the Messenger of Allâh [pbuh] died in my house, while I am still alive. He died between my chest and neck while he was leaning against me. Allâh has mixed his saliva with mine at his death. For ‘Abdur Rahman — the son of Abu Bakr — came in with a Siwak (i.e. the root of a desert plant used for brushing teeth) in his hand, while I was leaning the Messenger of Allâh [pbuh] against me. I noticed that he was looking at the Siwak, so I asked him — for I knew that he wanted it — "Would you like me to take it for you?" He nodded in agreement. I took it and gave it to him. As it was too hard for him, I asked him "Shall I soften it for you?" He nodded in agreement. So I softened it with my saliva and he passed it (on his teeth).

In another version it is said: "So he brushed (Istanna) his teeth as nice as he could." There was a water container (Rakwa) available at his hand with some water in. He put his hand in it and wiped his face with it and said:

"There is no god but Allâh. Death is full of agonies." [Sahih Al-Bukhari 2/640]

As soon as he had finished his Siwak brushing, he raised his hand or his finger up, looked upwards to the ceiling and moved his lips. So ‘Aishah listened to him. She heard him say: "With those on whom You have bestowed Your Grace with the Prophets and the Truthful ones (As-Siddeeqeen), the martyrs and the good doers. O Allâh, forgive me and have mercy upon me and join me to the Companionship on high." [ibid 2/638-641] Then at intervals he uttered these words: "The most exalted companionship on high. To Allâh we turn and to Him we turn back for help and last
abode." This event took place at high morning time on Monday, the twelfth of Rabi‘ Al-Awwal, in the eleventh year of Al-Hijrah. He was sixty- three years and four days old when he died.

Yang kat bawah ni plak versi bahasa melayu.

NAZAK

Saat nazak mendatangi Rasulullah (s.a.w), dan Aisyah bertindak membiarkan Rasulullah (s.a.w) bersandar kepadanya. Hal ini beliau ceritakan dengan katanya: "Sebenarnya di antara nikmat anugerah Allah ke atas ku di mana Rasulullah meninggal di rumahku, di hari giliran ku di antara dada dan leherku, dan mencantumkan di antara liur ku dan liur Baginda semasa kewafatan Baginda. Sebelum itu Abdul al-Rahman bin Abu Bakr telah masuk ke bilik beliau dengan memegang kayu suginya, dan aku membiarkan Rasulullah (s.a.w) bersandar, kulihat Rasulullah (s.a.w) memerhati ke arahnya, ku sedar bahawa Rasulullah (s.a.w) suka dan hendakkan siwak (sugi) tersebut. Justeru aku bertanya: Mahukah ku ambil untukmu Rasulullah? Rasulullah (s.a.w) pun mengangguk kepalanya, kemudian ku berikan siwak kepada Baginda, tetapi ianya keras sedikit dan ku berkata: Biarkan ku lembutkannya? Baginda menganguk kepalanya, dengan itu ku pun melembutkannya, maka Rasulullah (s.a.w) pun
bersugi dengannya". Dalam satu riwayat lain bahawa Baginda bersugi dengan sepuas-puasnya,pada masa itu terdapat sebuah bijana di hadapan Rasulullah berisi air di mana Baginda memasukkan tangannya untuk menyapukan air ke mukanya sambil berkata yang bermaksud: "Sebenar kematian ini ada sakarahnya" - al-Hadith.

Tidak berapa lama selepas Baginda selesai menyugi giginya, Rasulullah pun mengangkat tangannya ke langit atau jarinya diikuti dengan renungan matanya ke atas, disusuli dengan gerakan bibirnya. Aisyah telah mendengar ungkapan terakhir yang dilafazkan oleh Rasulullah (s.a.w) seperti berikut :

Bersama-sama dengan mereka yang telah Engkau kurniakan dan golongan para nabi, siddiqin, syuhada' dan salihin, Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah daku dan kasihanilah daku, letakkanlah daku dengan Kekasih yang Tertinggi, Ya Allah Ya Tuhanku Kekasih yang Tertinggi.

Baginda mengulangi lafaz yang terakhir sebanyak tiga kali dan tangan Baginda pun layu turun ke bawah, maka Baginda pun terus bersama Kekasih Yang Tertinggi. "Sesungguhnya kita ini bagi Allah dan sesungguhnya kepadaNya kita semua kembali".
Peristiwa kewafatan Rasulullah ini berlaku ketika pagi sudah meningkat di hari Isnin dua belas (12) Rabiulawwal tahun kesebelas (11) Hijrah di waktu usia Rasulullah genap enam puluh tiga (63) tahun dan empat (4) hari.

"Raheeq Al-Makhtum" terkenal sebagai kitab sirah yang paling lengkap. Adakah ini bermakna terdapat juga kisah palsu yg direka sekitar kewafatan Rasullullah SAW?

Wallahu a'alam
 
Ada sapa2 yang blh verify bahawa kisah kewafatan Rasullullah kat page 1 tu betul? berdasarkan sumber apa?

bahaya betul la zaman sekarang ni. Macam2 kisab palsu/ hadis palsu yg disebarkan..... fadilat terawih la, "rejab bulan Allah" la, "nur Muhammad" la, semua tu palsu.....

Wallahu a'lam.
 
Back
Top
Log in Register