BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,297.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Inisiatif SARA Ringankan Beban Rakyat, Pacu Ekonomi Peniaga Luar Bandar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
c4b14f5c1017ded610d9afc38d53cf66697c657950ca7

Pengurus kedai runcit koperasi Koop Mart Zainol Zurian Baharuddin menunjukkan papan tanda kedai runcit tersebut yang menjadi rakan niaga Sumbangan Asas Rahman (SARA) ketika ditemui Bernama di Kampung Pasir Akar, Hulu Besut baru-baru ini.

Inisiatif kerajaan membuka peluang perniagaan kepada kedai runcit, koperasi dan pasar mini di luar bandar dengan menjadi Rakan Niaga Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bukan sekadar memudahkan penerima bantuan itu, tetapi turut menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi peniaga kecil dan sederhana.

Pengurus kedai koperasi Coopmart Pasir Akar Zainol Zurian Baharuddin berkata kedai runcit di bawah Koperasi Tenaga Muda Hulu Besut (KOPTEM) yang terletak di pekan kecil di Pasir Akar, di sini itu mencatat keuntungan hingga 100 peratus sejak terlibat dengan program SARA pada Sept 2023.

“Kedai runcit ini ialah premis perniagaan kedua mendaftar dengan Program SARA di daerah Besut selepas sebuah pasar raya yang terletak di bandar Jertih.

“Ketika kerajaan mula memperkenalkan SARA, pihak pengurusan KOPTEM terus merebut peluang mendaftar Coopmart Pasir Akar sebagai Rakan Niaga SARA.

“Hal ini berikutan keyakinan bahawa langkah tersebut bukan sahaja memberikan impak positif kepada perniagaan koperasi, tetapi juga membantu penduduk kampung mendapat keperluan asas tanpa perlu ke bandar Jertih yang terletak lebih 11 kilometer (km) dari kedai ini,” katanya ketika ditemui Bernama di premis koperasi itu dekat sini.

Zainol Zurian berkata kadar penebusan SARA di premis terlibat meningkat daripada RM30,000 sebulan pada 2023 kepada RM120,000 sebulan setakat akhir tahun lepas.

Malah, katanya, dalam tempoh sama pihaknya mendapati terdapat peningkatan transaksi pembelian barangan yang ketara membabitkan pembeli yang bukan penerima SARA.

“Apabila menjadi Rakan Niaga SARA, secara langsung akan membantu mempromosikan kedai kita kepada orang ramai. Jadi, kedai runcit di luar bandar seperti kami pun mencatat peningkatan jumlah pelanggan dan jualan yang ketara termasuk daripada pelanggan bukan penerima SARA,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register