BTC USD 82,964.4 Gold USD 4,119.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ini Lima Bunyi Asing Petanda Kereta Ada Masalah

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,820
Top Poster #8
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,820
Reaction score
7,754
Points
916
Sememangnya, kenderaan seperti kereta memerlukan penjagaan yang rapi agar segala fungsinya dapat digunakan dengan baik. Penjagaan seperti mendapatkan servis pada bengkel-bengkel kereta sedikit sebanyak dapat memanjangkan jangka hayat kereta untuk sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

Pun begitu, sebagai seorang pemandu perlulah peka terhadap masalah yang dihadapi oleh kereta yang anda pandu. Perkara ini supaya kerosakan kecil tidak menjadi besar sekiranya dibiarkan.

Bagi sesebuah kereta, anda sebenarnya boleh mengesan kerosakan melalui bunyi yang dihasilkan. Lima bunyi yang kami akan senaraikan ini sangat penting untuk diberikan perhatian supaya tidak menelan belanja yang banyak sekiranya perlu membaik pulih bahagian yang rosak.

1. Bunyi logam bergeser dan menggegarkan ketika brek

Bunyi tersebut sebenarnya menandakan bahawa brek pad sudah semakin nipis dan haus. Bunyi ini sangat ketara berbunyi setiap kali anda menekan brek dan ia menandakan brek pad perlu diganti bagi meningkatkan aspek keselamatan bagi kereta anda.

2. Bunyi gegaran ketika kenderaan bergerak

Bunyi tersebut boleh berlaku ketika kereta anda sedang bergerak sama anda ketika membelok, memandu lurus dan juga memecut. Kebiasaannya, bunyi ini adalah disebabkan keadaan tayar yang sudah rosak mahupun telah tamat tempoh penggunaannya. Sekiranya anda mengabaikan bunyi ini, ianya boleh menyebabkan kerosakan yang lain dan pasti akan menelan belanja yang lebih besar. Oleh itu, adalah lebih baik untuk menukar tayar yang baru.

3. Bunyi yang lebih kuat dikeluarkan ekzos

Sekiranya ketika memandu anda mendengar ekzos berbunyi lebih kuat daripada kebiasaan, ianya menandakan sistem ekzos anda sedang mengalami kerosakan. Bunyi gegaran dan ekzos yang lebih kuat adalah mungkin disebabkan keadaan ekzos yang telah berkarat atau berlubang. Lubang yang menyebabkan kebocoran ekzos sememangnya akan menghasilkan bunyi yang lebih kuat. Jadi, jalan terbaik yang boleh anda ambil ganti baru ataupun membaik pulih sekiranya masih boleh digunakan.

4. Bunyi berdetik ketika enjin dihidupkan

Kebiasaannya, bunyi berdetik yang didengari menandakan terdapat masalah pada bahagian dalam enjin. Bunyi ini juga mungkin disebabkan kekurangan minyak enjin yang membuatkan kelancarannya berkurang. Sekiranya mendengar bunyi ini, adalah lebih baik untuk menghentikan kenderaan anda bagi beberapa minit dan menyemak tahap minyak enjin. Adalah dinasihatkan untuk terus memandu dalam keadaan sedemikian kerana boleh menyebabkan kerosakan yang lebih besar.

5. Bunyi nyaring dan gegar dari dalam bonet

Bunyi gegaran dan nyaring daripada dalam bonet ketika kenderaan bergerak mungkin disebabkan oleh tali serpentin atau timing belt yang mengalami kerosakan. Bunyi ini lebih ketara kedengaran apabila kereta memerlukan tenaga yang kuat dan juga ketika pendingin hawa diaktifkan. Adalah lebih baik untuk membaiki kenderaan anda sebelum berlaku kerosakan pada komponen enjin.

Bunyi-bunyi yang dikeluarkan oleh kereta perlulah diberikan perhatian supaya masalah kerosakan tidak menjadi lebih besar. Lagi pula, bunyi asing yang dikeluarkan kereta sudah pastinya akan menganggu anda terutamanya ketika memandu. Jadi, sekarang anda sudah tahu mengapa bunyi tersebut dikeluarkan oleh kereta anda.

AAA_Repair_Affordability-610x330.jpg

Sumber asal : car wise
 
oh haritu saya pakai minyak enjin from shoppee. Tetiba enjin mcm ada bunyi & rasa berat. Lepastu check dekat pomen maybe dia kata saya beli minyak enjin yg tiruan huhu sedihhh
 
better beli yg original sajalah walaupun harga mahal sikit from tiruan janji kereta lebih terjamin selamat kan
 
Sumber asal https://www.carwise.com/blog/2018/08/28/5-strange-sounds-that-could-mean-car-trouble/

lmao ada orang tackle issue ni gak. sama mcm bapak aku. Kalau tngh drive tu ada je telinga dia dgr benda2 tak spatutnya pastu mula meraba sana sini cari benda alah apa la yg bunyi tu. dah la sambil drive .kadang tu aku kena mangsa pergi blakang cari pebende yg bunyi tu hahahaha
 
oh haritu saya pakai minyak enjin from shoppee. Tetiba enjin mcm ada bunyi & rasa berat. Lepastu check dekat pomen maybe dia kata saya beli minyak enjin yg tiruan huhu sedihhh
Shopee tu harapkan rebiu je okay, tah asli atau tak tu tak tahu la. pandai beli, pandai amek risiko lah
 
Back
Top
Log in Register