Tanda Minyak Enjin Kereta Anda Kena Tukar Cepat!

Recommended Brokers


Faisalh

Fun Poster
Joined
Mar 6, 2013
Messages
225
Reaction score
0
Points
10
Minyak enjin melakukan tiga fungsi kritikal: membersihkan, melincirkan dan menyejukkan komponen dalaman enjin, sekali gus menghalang kerosakan berlaku. Bagaimanapun, perlindungan diberikan itu mempunyai had masa tertentu dan ia perlu diganti bagi memastikan minyak enjin digunakan kekal bersih, dan berada pada paras kandungan ditetapkan dan mematuhi kelikatan disarankan pengeluar.
 
Sponsored Post

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
10,201
Reaction score
2,104
Points
226
Tanda - Tanda Minyak Enjin Kereta Anda Kena Tukar & Servis

Sebaik saja memegang kunci kereta, tanggungjawab paling penting perlu diingat ialah tukar minyak enjin. Enjin dan minyak memang tidak dapat dipisahkan dalam dunia kenderaan berenjin. Kita sebagai pemandu sepatutnya sudah sedia maklum dengan asas penyenggaraan ini.

Faktanya, bukan hanya minyak enjin yang perlu ditukar. Tetapi, manfaat sebenar di sebalik tanggungjawab menukar minyak enjin ialah sebagai tempoh masa bertenang untuk kita mengetahui dan memantau kondisi semasa kereta. Ini secara tidak langsung membantu memanjangkan jangka hayat kenderaan.

Minyak enjin melakukan tiga fungsi kritikal: membersihkan, melincirkan dan menyejukkan komponen dalaman enjin, sekali gus menghalang kerosakan berlaku. Bagaimanapun, perlindungan diberikan itu mempunyai had masa tertentu dan ia perlu diganti bagi memastikan minyak enjin digunakan kekal bersih, dan berada pada paras kandungan ditetapkan dan mematuhi kelikatan disarankan pengeluar.

Ada lima tanda yang menunjukkan minyak enjin kereta anda perlu ditukar:


1. ENJIN MERAGAM, SAMA ADA BISING ATAU GEGAR

Apabila minyak enjin kurang atau kotor, ia tidak dapat melakukan tugas pelinciran dan penyejukan komponen dengan bagus. Ini membuatkan komponen logam bergesel dan berbunyi bising, serta akhirnya menyebabkan kegagalan enjin. Isu panas lampau (overheating) juga boleh berlaku. Segera menggantikan minyak enjin mungkin dapat membantu menyelesaikan semua masalah itu.


2. TERHIDU BAU TERBAKAR

Jika anda terhidu bau terbakar dalam kabin, itulah tanda amaran yang menunjukkan enjin sedang mengalami masalah panas lampau dan minyak sedang terbakar dalam sistem ekzos. Simptom ini datang bersama asal kelabu atau kebiruan yang keluar dari paip ekzos. Sikap mengabaikan simptom ini boleh menyebabkan kerosakan serius ke atas kereta anda, dan berisiko menyebabkan enjin terbakar. Jadi, sebaik saja mengesai simptom di atas, sila periksa tanda-tanda kebocoran dan segera gantikan minyak enjin.


3. MINYAK WARNA HITAM BERKILAT

Minyak enjin bersih biasanya berwarna coklat. Selepas lama digunakan ia akan bertukar semakin gelap dan kemudian menjadi hitam sepenuhnya akibat kotoran dan bendasing daripada enjin pembakaran dalaman. Apabila memeriksa minyak enjin, pastikan tidak hanya perharikan paras minyak, tetapi juga tahap kejernihan. Jika ia cair dan gelap, itu antara tanda minyak enjin perlu ditukar.


4. LAMPU TEKANAN MINYAK @ ALADDIN MENYALA

Apabila lampu amaran tekanan minyak / oil pressure warning (juga dipanggil lampu Aladdin) menyala pada panel meter, itu bermakna enjin anda kini bergerak dengan kuantiti minyak enjin yang sedikit. Kadangkala ia muncul bersama lampu enjin @ 'check engine'), itu juga boleh jadi isyarat kepada masalah enjin secara keseluruhan yang berisiko tinggi menyebabkan kerosakan teruk.

Jadi, sebaik saja nampak lampu 'Aladdin' atau lampu enjin, periksa segera paras minyak, tambahkan jika perlu dan bawa kereta ke bengkel untuk diperiksa secepat mungkin.


5. KUAT MAKAN MINYAK

Adakah anda perasan yang anda kerap mengisi minyak kereta kebelakangan ini? Jika ya, itulah tanda minyak enjin anda sudah teruk dan perlu ditukar. Minyak enjin yang cair dan tidak cukup kelikatan boleh menyebabkan stres ke atas enjin. Apabila enjin bekerja keras, maka lebih banyak bahan api perlu dihirup. Pakar menyarankan supaya menukar minyak enjin pada setiap 5,000km atau tiga bulan sekali, yang masa satu tiba dulu. Bagaimanapun, lain pengeluar, lain pula saranan diberikan. Jadi apa perlu dibuat ialah ikut saja apa yang disarankan pengeluar kereta anda, terutama jika kereta masih dalam perlindungan waranti.



Sumber asal https://pandulaju.com.my/tahukahanda-5-tanda-minyak-enjin-kereta-anda-kena-tukar-cepat/
 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
10,201
Reaction score
2,104
Points
226
dalam pada itu, penukaran penapis minyak juga amat digalakkan untuk pastikan enjin berjalan lancar, walaupun mekanik cakap OK .. tukar sahaja, oil filter ni murah je :)

 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
10,201
Reaction score
2,104
Points
226
sebelum tukar minyak enjin, boleh guna Engine Flush .. biasanya mekanik akan sarankan pemilik kenderaan untuk flush keluar sisa2 yang tertinggal, masukkan dalam lubang minyak enjin (sebelum tukar) bagi enjin tu run 10 - 15 minit ..

 

jomthai

Freshie
Joined
Jul 4, 2013
Messages
18
Reaction score
0
Points
3
wahhh ilmu yang bermanfaat. Yang penting guna minyak hitam yang original ya sbb dekat online banyak sgt dah org jual yang fake harga murah giler
 

jomthai

Freshie
Joined
Jul 4, 2013
Messages
18
Reaction score
0
Points
3
kita nak pakai kereta lama en ha better jaga dari awal pakai brg semestinya original
 

imatheonlyone

Legendary Member
Joined
Mar 11, 2009
Messages
12,556
Reaction score
337
Points
141
sebelum tukar minyak enjin, boleh guna Engine Flush .. biasanya mekanik akan sarankan pemilik kenderaan untuk flush keluar sisa2 yang tertinggal, masukkan dalam lubang minyak enjin (sebelum tukar) bagi enjin tu run 10 - 15 minit ..

Ada pomen cakap kalau nak flush baik guna minyak engine juga
 

ck3er

Super Active Member
Joined
Apr 7, 2010
Messages
5,506
Reaction score
50
Points
70
sebelum tukar minyak enjin, boleh guna Engine Flush .. biasanya mekanik akan sarankan pemilik kenderaan untuk flush keluar sisa2 yang tertinggal, masukkan dalam lubang minyak enjin (sebelum tukar) bagi enjin tu run 10 - 15 minit ..

Cara ni betul ke?
1. Buang minyak asal.
2. Masukkan minyak flush.
3. Run enjin 10 minit.
4. Buang minyak flush.
5. Masukkan minyak enjin baru.
 

aminsg

Fun Poster
Joined
Mar 22, 2013
Messages
170
Reaction score
0
Points
10
Ada pomen cakap kalau nak flush baik guna minyak engine juga
ha ah ada org cakap mcm tu juga. Kalau bebetul nak jaga minyak hitam ha guna yg original bahaya tau enjin nanti senang kena major problem kalau pakai minyak hitam fake
 
Sponsored Post
Top
Log in Register