balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
KUCHING - Peniaga tidak harus menaikkan harga barang berikutan kenaikan harga petrol sebanyak 25 sen mulai hari, kata Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Sarawak (Pembangunan Usahawan) dan Menteri Muda Perancangan dan Pengurusan Sumber, Datuk Mohd Naroden Majais.
Ini memandangkan peniaga tidakpun menurunkan harga barang ketika harga petrol turun baru-baru ini, katanya.
Naroden bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Penurunan Harga 2015 Peringkat Negeri Sarawak di Servay Hypermarket EG Mall di sini, hari ini.
Katanya, ia merupakan kempen psikologi untuk menggalak pasar raya menurunkan harga barang jualan mereka.
Ini menggalakkan orang ramai mengunjungi permis yang menawarkan harga lebih murah.
Naroden menasihatkan pengguna supaya bijak dalam merancang perbelanjaan dengan hanya mengunjungi permis perniagaan yang menawarkan harga berpatutan.
Kempen berkenaan dilancarkan serentak di seluruh negara hari ini oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hassan Malek.
Naroden menggesa pengguna membuat aduan ke pejabat berhampiran kementerian berkenaan atau dalam talian jika mempunyai maklumat tentang peniaga mengenakan harga tinggi bagi barang-barang kawalan.
Katanya, 15 pasar raya di seluruh negara termasuk empat di Sarawak, iaitu Pasar Raya Giant, Servay Hypermarket, Boulevard Supermarket dan Pasar Raya D’ One Mart mengambil bahagian dalam kempen berkenaan.- Bernama