BTC USD 80,882.6 Gold USD 4,382.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Infografik: Penyakit Tuberkulosis (TB)

IMG_20220323_224405_789.jpg

Kesan Awal Serangan Penyakit Tibi


Saksikan dalam rancangan Malaysia Hari Ini esok di TV3.


Tarikh : 24 Mac 2022
Masa : 9.30 pagi


Panel :
Dr. Zamzurina Abu Bakar
Pakar Respiratori
Institut Perubatan Respiratori


#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
 
IMG_20220324_121859_268.jpg

Cegah Tibi dengan mendapatkan imunisasi BCG.

Imunisasi BCG diberi kepada bayi lahir seawal hari pertama kelahiran.

Suntikan imunisasi BCG boleh didapati di klinik kesihatan / hospital kerjaan dan ia percuma kepada semua warganegara Malaysia.


#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku


Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
 
IMG_20220330_122218_751.jpg

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Berita baik!!


Institut Perubatan Respiratori buat julung kalinya bakal mengadakan sesi webinar berkaitan penyakit Tibi dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Tamil dan Bahasa Mandarin.


Sesi ini diadakan sempena Hari Tibi Sedunia 2022 yang disambut pada 24 Mac lalu, bertemakan 'Invest to End TB. Save lives'.


Sesi ini bertujuan meningkatkan kesedaran, komitmen serta sokongan terhadap usaha-usaha pencegahan dan kawalan penyakit Tibi yang dilakukan di seluruh negara.


Sehubungan itu, kami menjemput Tuan/Puan yang berminat dan berkelapangan untuk menyertai program ini.


Juga boleh saksikannya secara live menerusi Facebook Institut Perubatan Respiratori.


Tarikh: 31 Mac 2022
---
Edisi Bahasa Malaysia (9 pagi - 10 pagi)
Link: https://tinyurl.com/kpxpjahr
---
Edisi Bahasa Tamil (11 pagi - 12 tengah hari)
Link: https://tinyurl.com/2p89be3n
---
Edisi Bahasa Mandarin (2 petang - 3 petang)
Link: https://tinyurl.com/2p8ct68w


Terima kasih.
 


Bagaimana cara makan ubat Tibi sewaktu bulan puasa?

Terdapat dua cara:
1) Satu jam sebelum sahur
2) Dua jam selepas berbuka

Perkongsian dalam sesi soal jawab semasa webinar sempena Hari Tibi Sedunia 2022 anjuran Institut Perubatan Respiratori.

Moderator: Dr. Mohd Nazaluddin Mat Nazir (Pegawai Perubatan)
Panel 1: Dr. Bazli Bahar (Pakar Perubatan)
Panel 2: En. Muhammad Imran Lailanor (Pegawai Farmasi)

Sumber: Institut Perubatan Respiratori
 
IMG_20230315_144133_584.jpg


5% - 10% kontak Tibi berisiko mendapat Tibi dalam tempoh 2 tahun. Pemeriksaan kontak membolehkan diagnosa dan rawatan awal diberikan.

Jika disahkan dijangkiti Tibi, rawatan akan diberi selama 6 bulan.

#ANMS #KekalSihat #YesWeCanEndTB #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
 
IMG_20230325_055235_269.jpg


Setiap tahun seluruh dunia akan menyambut Hari Tibi Sedunia pada 24 Mac.

Tibi merupakan penyakit berjangkit yang berpunca daripada bakteria M.Tuberculosis sp dan boleh membawa maut.

Segera dapatkan rawatan sekiranya anda mempunyai tanda dan gejala seperti batuk melebihi 2 minggu, susut berat badan dan batuk berdarah.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
 
IMG_20230520_145238_150.jpg


🫁 Terdapat golongan tertentu yang berisiko untuk mendapat tuberkulosis. Sila semak sekiranya anda tergolong dalam kumpulan risiko ini, pastikan anda menjalani saringan tuberkulosis.

🩺Sekiranya anda mempunyai gejala batuk dan demam berpanjangan melebihi dua minggu, anda berisiko untuk mendapat penyakit tuberkulosis.

❗Setiap anggota masyarakat bertanggungjawab dalam usaha untuk mengakhiri tuberkulosis di Malaysia.👨‍👩‍👧‍👧
 
IMG_20230520_145348_306.jpg


🫁Tuberkulosis menunjukkan beberapa gejala yang perlu diberi perhatian. Sekiranya terdapat gejala, ada perlu dapatkan pemeriksaan ujian kahak dan X-ray dada.

Majoriti penyakit tibi adalah tibi paru-paru, tetapi pesakit juga boleh mendapat Tibi tulang, otak, kalenjar limfa, buah pinggang dan sebagainya.

❗Penyakit tibi boleh berjangkit daripada pesakit kepada orang yang terdekat. Ahli keluarga dan orang yang berhampiran dengan pesakit tibi dinasihatkan untuk mendapat pemeriksaan lanjut.
 
IMG_20230521_112409_504.jpg


👨‍👩‍👦‍👦👨‍👩‍👦‍👦Sokongan ahli keluarga, majikan, rakan sekerja dan masyarakat memainkan peranan penting bagi memastikan pesakit tidak terhenti rawatan.

Salah faham berkaitan penyakit Tibi serta stigma terhadap pesakit dan keluarga perlu dihentikan. Komitmen yang tinggi dari anggota kesihatan di samping kerjasama yang erat dari semua agensi kerajaan, swasta dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) amat diperlukan bagi mencapai hasrat Malaysia untuk menamatkan Tibi menjelang tahun 2035 menjadi kenyataan.🫁🫁
 
Back
Top
Log in Register