BTC USD 83,096.5 Gold USD 4,110.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info terkini Waja Lancer dan Saga facelift (update new info di sini)

SHAH ALAM 12 Okt. - Model baru Proton yang namanya masih dirahsiakan, akan dijual pada harga di bawah RM80,000 seunit bagi enjin 1.8 liter dan bawah RM95,000 bagi enjin 2.0 liter.

Terdapat tiga varian enjin MIVEC yang disediakan iaitu model 1.8 liter menggunakan transmisi manual dan transmisi automatik, serta model 2.0 liter dengan transmisi automatik.

Bermula Khamis ini, orang ramai yang berminat memiliki kereta yang dikenali sebagai model pengganti Waja ini boleh membuat tempahan di seluruh rangkaian Proton Edar dengan bayaran pendahuluan RM1,000.

Nama model kereta yang diberi nama kod P3-90A ini juga akan diumumkan esok yang dipercayai mendapat 'inspirasi daripada nama tempatan,' manakala pelancaran rasminya ke pasaran ialah pada 10 November ini.

Model ini adalah versi ditukar lencana daripada Mitsubishi Lancer, dengan kendalian dan sistem gantungan (suspension) dipertingkatkan oleh Proton dan sentuhan 'pemanduan sebelah kanan Lotus' untuk disesuaikan dengan permukaan jalan serta gaya pemanduan tempatan.

Semalam, para pengedar Proton telah dibawa memandu uji kereta ini, manakala hari ini, sekumpulan wartawan pemotoran termasuk Utusan Malaysia telah memandu ujinya dari Pusat Kecemerlangan Proton di sini sehingga ke Genting Highlands.

Difahamkan, Proton meletakkan sasaran untuk menjual lebih 1,000 unit sebulan kereta ini dengan jangkaan versi 1.8 liter transmisi automatik bakal menjadi pilihan utama.
Berdasarkan penelitian Utusan Malaysia, terdapat pengubahsuaian minimum dibuat ke atas kereta ini iaitu pada bahagian jeriji depan dan bamper belakang berbanding Lancer.

Kereta ini disasarkan kepada pengguna Proton Waja dan Persona serta model-model jenama lain yang sekelas dengannya, yang mahu menaik taraf kepada kereta baru yang bergaya sport tetapi tetap sesuai untuk keluarga.
 
tu la...forum utk bg org info dan ilmu...diorg ni benda xtau main terjah je. pastu bod0 sombong ape la...kalau xtau buat la research sikit..punya la senang sbb zaman internet. Masing2 nak kuarkan pendapat sendiri walhal pendapat mcm budak2 tadika...

pala lutut depa leh bercakap. tu pasal la kluaq statement yg ting tong. :))
 
Hurmmm...tengok pada gambar...bagi aku memang menarik...tak kisahlah orang nak kata celup ka...tiruan ka...apa ka...nak pakai yang ori...tak mampu...jam tanganpun pakai replika sebab tak mampu nak beli yang ori...seluar jean pun pakai yang siam...sebab tak mampu beli yang ori...bateri npon nokiapun pakai yang 'baik' atau 'biasa' nyer sebab tak mampu nak beli yang ori...:">
 
Selamat pagi semua.
Arini dah 14/10...xde pape info baru pasal proton inspira ni ke
Ada ura2 nk launch arini tu betol ke...smalam tunggu jgak kot2 ada berita kt buletin utama kluar, tp xdak pulak..
Kl ada pape info kongsi2 la dgn geng2 CG semua sekalih! :D
 
Blog Paultan dh keluarkan review test drive proton inspira baru ni
Rajin2 la menjenguk ke blognya kl nk tau... :)
 
Selamat pagi semua.
Arini dah 14/10...xde pape info baru pasal proton inspira ni ke
Ada ura2 nk launch arini tu betol ke...smalam tunggu jgak kot2 ada berita kt buletin utama kluar, tp xdak pulak..
Kl ada pape info kongsi2 la dgn geng2 CG semua sekalih! :D

10 nov official launch.......arini dh leh stat booking, rm1000...
 
Last edited:
cun, leh miliki ni.tak yah beli lancer GT,dah mmg lancer GT pun ispira ni.
 
em...sape tau suspension tu??kate di up lg best...tak silap aku spec lancer asal absober die MacPherson...stenderd spec pun sport-type..klau proton up lg mmg best la..
 
Back
Top
Log in Register