emm..ok le tu..tp tunggu yg inspira turbo le..
Proton rancang perkenalkan enjin turbo .
SHAH ALAM 23 Sept. – Proton Holdings Bhd. akan memperkenalkan enjin bercaj turbo yang baharu tahun depan dengan Proton Exora dijadikan sebagai model pertama menggunakannya.
Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, prestasi enjin itu adalah bersamaan dengan enjin dua liter.
"Enjin itu akan menyokong produk-produk masa depan Proton yang berkaitan dengan prestasi yang dipertingkatkan, pelepasan dan kualiti,” kata beliau kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan syarikat di sini hari ini.
Syed Zainal Abidin berkata, sebelum akhir tahun, syarikat pembuat kereta negara itu akan melancarkan versi berwajah baharu model sedia ada dan model baharu dengan kerjasama Mitsubishi Motors.
Model baharu itu ialah penggantian untuk Waja, kata beliau.
Beliau berkata, harga model penggantian Waja lebih tinggi sedikit seiring dengan prestasi dan ciri-ciri yang lebih baik.
"Proton telah pun memulakan pembangunan kenderaan hibrid dan elektrik yang pada masa ini tertakluk kepada penilaian prestasi, ujian dan penilaian keselamatan,” kata beliau. – Bernama
Baru tahu kenapa Proton buat enjin turbo
Seminar "Proton Exora-The Making" yg diadakan di Universiti Putra Malaysia telah mendedahkan rahsia kenapa enjin turbo perlu dibuat utk Exora. Semuanya kerana kos projek utk membuat/membina enjin campro 2.0 cc adalah terlampau tinggi & tidak sesuai buat masa ini maka jalan pintasnya adalah menambah kuasa turbo kpd enjin campro 1.6 yg sedia ada lalu menjadikan enjin itu berjaya menghasilkan kuasa sehingga 270 hp dgn 350 Nm setanding dgn enjin mpv pesaing yg berkuasa 2.0 cc. Bagaimanapun ada sedikit ubahsuai utk pengaliran keluar masuk udara dibuat di bahagian atas bonet hadapan (atas enjin) spt gambar di atas. Manakala gambar bawah pula adalah enjin turbo yg telah dipasang pada Proton Exora Prestige Turbo prototype & dipamerkan pada seminar itu.
p/s: kalau sebut pasai turbo ni,org akn bercakap pasal minyak jgk, sekali pstttt...0.50sen hangus...ntahla turbo kat exora ni makan minyak atau sebaliknya...(dah la dorang naikkan harga minyak senyap2 baru2 ni.. link)