L.O.V.E
CG Top Poster Club
- Messages
- 28,931
- Joined
- Jul 9, 2007
- Messages
- 28,931
- Reaction score
- 6
- Points
- 120
Sakit Jantung
Jantung manusia terdiri daripada serabut-serabut otot khusus yang bekerja untuk mengepam darah. Apabila otot jantung tidak mendapat bekalan darah yang cukup, seseorang itu dikatakan mengidap sakit jantung. Antara penyebab bekalan darah ke otot jantung tidak cukup, disebabkan saluran darah menjadi sempit kerana dinding sebelah dalam saluran darah dipenuhi lemak, terutamanya "kolesterol".
Serangan Penyakit Jantung
Penyakit jantung digambarkan sebagai rasa kesakitan yang amat sangat di bahagian dada yang berterusan sehingga setengah jam, menjalar kearah tangan kiri dan rahang. Pesakit akan mengalami keseukaran untuk bernafas dan perasaan takut yang keterlaluan.
Sebab sebenar rasa kesakitan ini adalah disebabkan kematian sebahagian otot jantung yang disebabkan oleh salur darah di bahagian tersebut tersumbat. Lebih besar salur darah yang tersumbat, lebih merbahaya serangan jantung tersebut. Sekiranya saluran darah tertutup sepenuhnya, sebahagian dari otot jantung akan rosak. Kemudian, sakit dada yang teramat sangat akan terjadi. Keadaan inilah yang dinamakan "serangan sakit jantung".
Faktor Penyebab
Asap Rokok
*Mempercepatkan pembekuan darah
*Menggalakkan pemendapan lemak pada dinding saluran
darah.
*Mengurangkan bekalan oksigen ke jantung.
*Tekanan Perasaan
*Seseorang yang mengalami tekanan perasaan, degup
jantungnya, meningkat.
*Tekanan darahnya juga meningkat.
Kandungan Lemak Yang Tinggi
*Lebih tinggi kandungan lemak, lebih berbahaya. M
Makanan yang tinggi lemak, adalah seperti mentega,
minyak sapi, daging berlemak.
Kurang bersenam
*Senaman penting untuk menguatkan jantung.
*Ia juga penting untuk memperbaiki pengaliran darah ke
jantung. Bersenamlah.
Darah Tinggi
*Darah tinggi menggalakkan berlakunya penyempitan
saluran darah.
*Jantung "terpaksa" mengepam lebih kuat untuk
mengalirkan darah melalui saluran yang sempit itu.
*Lebih tinggi tekanan darah, lebih besar pula peluang
serangan sakit jantung.
Kencing Manis
*Pesakit kencing manis lebih tinggi peluangnya
mendapat serangan sakit jantung
Faktor-Faktor Yang Meningkatkan Kemungkinan Menghadapi Penyakit Jantung Koronari
*Jika anda mempunyai keturunan yang mengidap penyakit
jantung.
*Jika anda berusia 35 tahun ke atas dan mempunyai
masalah berat badan.
*Jika anda merokok.
*Jika anda gagal mengawal tekanan darah anda.
*Jika anda mengidap penyakit kencing manis.
*Jika anda menghadapi masalah mengawal tekanan.
*Jika pemilihan makanan anda tidak betul makanan anda
mengandungi kadar kolesterol dan lemak yang tinggi.
*Jika anda kurang bersenam.
*Jika anda kurang memakan sayur dan buah segar.
Mengurangkan Risiko Sakit Jantung
*Anda boleh memastikan sama ada keluarga sebelah ibu
atau sebelah bapa anda ada yang menghidap penyakit
jantung. Sekiranya ada, anda perlu lebih berwaspada
dengan tanda-tanda penyakit jantung dan digalakkan
menjalani pemeriksaan tahunan.
*Berhenti merokok terutama sekiranya anda berusia
melebihi 35 tahun.
*Mengambil ubat dan mengawal permakanan anda sekiranya
anda mempunyai tekanan darah tinggi atau kencing
manis.
*Mengawal tekanan perasaan anda dan jangan cepat
meradang atau runsing.
*Digalakkan memakan daging putih "white meat" seperti
daging ayam, ikan, dan mengelakkan dari terlalu kerap
memakan daging merah "red meat" seperti daging lembu,
kambing, kerbau dan lain-lain sepertinya.
*Mulalah bersenam secara beransur-ansur.
*Gentian serat yang terdapat dalam makanan dipercayai
boleh menyerap sebahagian dari lemak / kalesterol,
oleh itu pakar permakanan mempercayai makanan yang
banyak serat seperti bijiran oat dapat mengurangkan
jumlah kalesterol yang diserap oleh badan.
Sumber Maklumat: Kementerian Kesihatan dan Utusan Malaysia