BTC USD 63,070.2 Gold USD 4,302.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info tentang Penyakit

Gastrik

Ubat-ubat yang boleh diambil

Antara ubat yang selalu diberikan untuk melegakan gastrik ialah :

*

antacids. Ubat-ubat ini melawan asid (anti-asid). Antara jenama terkemuka ialah seperti Actal, Gelusil, Mylanta, dsb. Antacids yang mengandungi aluminium boleh menyebabkan sembelit manakala yang mengandungi magnesium boleh menyebabkan cirit-birit sekiranya diambil berlebihan. Ubat-ubat ini selalunya dalam bentuk cecair atau tablet yang dikunyah. Antacids adalah ubat-ubatan yang selalu diberikan sekiranya anda mengambil ubat-ubat tahan sakit, dan penggunaannya dalam keadaan ini boleh menghalang berlakunya gastrik.
*

H2receptor antagonists seperti Zantac (Ranitidine), Tagamet (Cimetidine), Axid (Nizatidine) dan Pepcidine (Famotidine) - dalam kurungan adalah bahan aktifnya.
*

proton pump inhibitors seperti Losec (Omeprazole) dan Lansoprazole.
*

prostaglandin analogues seperti Cytotec (Misoprostol).
*

ubat-ubat terbaru untuk merawat ulser ini adalah bertujuan untuk membunuh H. pylori. Pengambilannya hendaklah diteruskan selama satu hingga dua minggu. Antara rawatan yang popular ialah pengambilan Losec (Omeprazole) bersama-sama dengan Clarithromycin dan Metronidazole selama dua minggu. Ketiga-tiga ubat ini diambil sekali.

Ulser didapati sering berulang-ulang terutama sekiranya H.pylori tidak dibunuh. Dalam erti kata lain, pengambilan ubat-ubatan selain daripada yang boleh membunuh bakteria H. pylori adalah sebagai langkah yang berterusan. Pesakit yang mengambil ubat untuk membunuh bakteria H. pylori selalunya (90%) tidak lagi mengalami masalah ulser selepas itu.

Kajian terkini mendapati ada kaitan antara H. pylori dengan kejadian kanser perut. Di Colombia dan China, di mana kehadiran H. pylori dalam usus adalah biasa, peratusan yang menghidapi kanser perut adalah tinggi.

H. pylori boleh berjangkit melalui air minuman dan pemakanan. Ia juga boleh berjangkit melalui air liur (seperti bercumbuan).

Sekiranya ulser tidak dikawal ia boleh menyebabkan masalah yang lebih teruk lagi:

*

haemorrhage iaitu pendarahan dalaman yang teruk. Akibatnya pesakit akan kehilangan banyak darah. Pesakit juga mungkin muntah darah dan mendapati darah dalam najis mereka.
*

lubang akan terbentuk di dalam lapisan usus. Ini boleh menyebabkan acute peritonitis dan memerlukan pembedahan segera.
*

perjalanan makanan dalam usus boleh terhalang bila terdapat parut hasil daripada ulser tersebut. Ini menyebabkan pesakit muntah dan boleh menurunkan berat badan.
 
Apakah faktor yang mempengaruhi penyakit ini?

Antara faktor-faktor yang perlu diperhatikan ialah:

*pengambil ubat-ubat tahan sakit seperti aspirin, brufen dsb. Kumpulan ubat dari jenis NSAID (non-steroidal anti-inflammatory drugs) ini boleh menyebabkan atau memburukkan lagi ulser yang dihidapi.
*pengambilan kafein dan alkohol berlebihan.
*pemakanan yang tidak terurus.
*stress (tekanan) secara tidak langsung boleh mempengaruhi penyakit ini.

:((:((:(( patut ahh dapat gastrik :((
 
lynkan aje skit ni.. klo x nnt dia jd mkin mgada2.. tu petua aku la.. sabar n tbah.. :)
 
gastrik pun aku

rasa lom kena gak.........

mudah mudahan tak la kena........
 
betul ke migrain? kalau teruk2 sangat, baik pergi check kat hospital, bimbang ada penyakit lain
 
betul ke migrain? kalau teruk2 sangat, baik pergi check kat hospital, bimbang ada penyakit lain

yup..
migrain lyn jenis nie

-Hemiplegicmigraine – rasa lemah sebelah badan. Gene yang berkaitan dengan familial hemiplegic migraine ini boleh dikenalpasti.


-Ophtalmoplegicmigraine – sekeliling mata.
 
migren .. errrr .. belum lagi
 
dua2 penyakit ni ziela ada...

klu dia dtg...

mak ai....

punya r sengsara....
 
Sapa yang penghidap migrain & Gastrik tu meh share ngan lyn tips nak kurangkan sakit nie...

MIGRAINE

Migrain juga dikenali sebagai hemikrania, perkataan Greek yang membawa maksud sebelah tengkorak. Ia juga dikenali sebagai vascular headache.

Sakit kepala yang berlaku berulang, berdenyut-denyut selalunya terjadi sebelah kepala sahaja. Ada juga yang bermula di sebelah kepala sahaja dan kemudiannya melarat kedua-dua belah kepala. Dalam kes yang teruk, migrain menyebabkan pening (nausea), muntah, cirit-birit, pengekalan cecair badan (retention of fluid) dan sensitif kepada bunyi dan cahaya



Jenis-jenis migrain yang utama

1 - Classic migraine

Lebih kurang 10% hingga 15% pesakit migrain mengalami migrain jenis ini. 10 hingga 30 minit sebelum berlakunya migrain, tanda-tanda awal (warning) berlaku. Tanda-tanda ini dikenali sebagai aura atau prodrome dan ia berlaku selama 5 - 15 minit. Tanda-tanda aura ini adalah seperti berikut: terlihat cahaya terang (bright spots), garisan zigzag (zigzag lines), penglihatan berganda (double vision), buta sementara (temporary blindness), kebas (numbness), kepala terasa berpusing (dizziness), pening (drowsiness), sukar bercakap (slurred speech) dan keliru (confusion). Selepas tanda-tanda ini hilang, migrain mula menyerang.

Aura dikatakan disebabkan oleh saluran darah yang menghantar darah ke otak dan tisu sekelilingnya mengecil sementara, jadi menghad penghantaran darah ke bahagian tersebut. Ini menyebabkan gangguan pada saraf rasa dan pengawalan motor. Bagaimanapun ada juga yang mengatakan bahawa aura bermula di sistem saraf – satu fenomena yang dikenali sebagai “spreading depression of the cortex”. Ada kajian yang menunjukkan bahawa pengaliran darah hanya bertambah beberapa jam selepas aura terjadi dan sakit kepala bermula.



2 - Common migraine

Tanpa amaran awal terlebih dahulu seperti classic migrain. Lebih biasa terjadi.

Suruh mai melintah tak nak...#:-S
 
aku pun slalu jugak migrain....
sungguh menyakitkan...
sampai muntah2....
sib baik xpengsan....
mmg alah dgn cahaya...

Mai la melintah...dah ramai yang sembuh
 
Back
Top
Log in Register