BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info: Serai

dyla shahri

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,918
Joined
Dec 2, 2009
Messages
22,918
Reaction score
1,040
Points
191
images

KHASIAT SERAI

Berikut adalah kasiat serai selain menjadi sebahagian dari bahan masakan:

Ubat gangguan pencernaan:
  • Teh serai membantu mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, masuk angin, kejang usus dan cirit-birit.
  • Serai juga membantu mengurangkan angin dalam usus sekaligus mencegah pembentukan gas berlebihan.

Detoksifikasi:
  • Serai mempunyai sifat detoksifikasi tubuh dengan meningkatkan jumlah dan kekerapan buang air kecil.
  • Hal ini boleh membuat organ pencernaan, hati, pankreas & buah pinggang bersih dan sihat kerana zat beracun dan asid urat telah disingkirkan.

Manfaat pada sistem saraf:
  • Minyak esential serai boleh digunakan untuk menguatkan dan meningkatkan fungsi sistem saraf. Kerana minyak serai yang disapukan ke permukaan tubuh memberikan kesan menghangatkan, melemaskan otot dan meredakan kejang.

Menurunkan tekanan darah:
  • Serai berkesan dalam mengurangkan tekanan darah, merangsang peredaran darah dan menghilangkan masalah tekanan darah.
  • Pengambilan segelas jus serai dapat menurunkan tekanan hipertensi
  • Sebagai analgesik Serai meringankan semua jenis peradangan dan iritabiliti yang berkaitan dengan kebanyakan jenis sakit
  • Jadi, jika seseorang mengalami sakit gigi, sakit otot, sakit sendi, atau sakit-sakit, teh limau berserai pasti dapat membantu.

Kecantikkan Kulit:
  • Serai merupakan asas dalam industri kosmetik. Di antara manafaatnya ialah; mengurangkan jerawat dan berfungsi sebagai penyegar. Minyak serai juga boleh disapu ke seluruh tubuh untuk memberi kesan menghangatkan.

Kesihatan wanita:
  • Pengambilan teh serai dapat mengurangkan sakit haid dan rasa mual.
  • Menyegarkan dan Menyejukan Meminum segelas serbat (rebusan) daun serai dalam cuaca panas dapat menyegar dan menyejukan badan.

images
 
Selamat membaca.

yg btul btul ambe cuba dan berkesan...ritu gigi tanggal simen...sakit tayah cerita...ada opah hulur btang serai suh gigit dan kunyah...sampai arini(doh 6 bulan) tak bertampal lg gigi tu sbb dah tak sakit:">:">:">
 
Resepi soda herbs:

:2 batang serai(ketuk sikit serai ni nk bg flavour dgn bau dia keluar)
:2@3sudu laici atau longan dlm tin
:10 helai daun pudina
:1cawan air aiskrim soda
:ais secukupnya

Campur semua bahan di atas dan siap.
 
Back
Top
Log in Register